Monday, September 27, 2010

Ketika Halim Di Wad




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunjungan Pelawat


Biasalah. Apabila seseorang terlantar di hospital kaum keluarga akan gusar. Mereka akan berusaha datang melawat pesakit yang berkenaan. Sekurang-kurangnya dapat menunjukkan keprihatinan terhadap sakit yang dideritai si pesakit. Setidak-tidaknya boleh menampakkan rasa simpati yang terbit daripada hati yang suci. Paling penting untuk memberikan semangat jati bagi membolehkan pesakit segera sembuh daripada penyakit yang dihidapi.


Demikian keadaannya dengan Halim apabila terlantar di sebuah wad di University of Malaya Specialist Centre (UMSC). Halim dikunjungi ahli keluarga dan sanak saudara setelah dia dimasukkan ke wad Mawar pada 20 September 2010. Sekurang-kurangnya lega sedikit sakit yang ditanggung.


Tambahan pula . . . tak berapa hari lagi dah nak kena pulang ke Riyadh . . . tempat mencari rezeki. Negeri orang yang jauh daripada kaum famili. Tentunya ada sedikit rasa sayu di hati. Biasalah.

Ada pepatah yang berbunyi begini:

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . . . lebih baik negeri sendiri."

Justeru, apa yang harus dilakukan?

Terserah . . .
























































dsuarang.blogspot.com

Thursday, September 23, 2010

Cuti Aidilfitri Bedah Kaki




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

"Adakah" . . . masuk hospital


Ingat tak kisah budak tu? Budak yang dalam ceritaku dahulu . . . cerita di sebuah restoran terkenal di KL pada tahun-tahun 1970-an /1980-an. Alahai, si budak lelaki yang berusia lebih kurang 6 / 7 tahun ketika itu.

Ya lah . . . budak yang order ayam jantan sebagai menu makanannya di restoran itu ketika waiter menanyakan dia hendak makan apa!

Atau, budak yang begitu lama tak dapat memahirkan dirinya bercakap pada zaman awal kanak-kanak . . . tetapi tiba-tiba meledakkan ucapan "adakah" dan lantas bertutur kata dengan petah!

Ha ah, budak tu sekarang ni dah besar panjang. Dah bekerja di luar negara. Dah berkahwin pun. Baru saja . . . isterinya belum dapat kelulusan (Visa khas pemastautin Riyadh) untuk menyertainya di Riyadh, Arab Saudi. Jadi Halim ni berseorangan le merantau di negeri asing. Alahai takpe . . . bukannya tak biasa. Dah dekat dua tahun di sana bersendirian. Sebelum tu lebih dua tahun di Karachi, Pakistan. Insya-Allah tak apa-apa le. Takpe le . . . cari rezeki yang halal . . . kata orang.


Ini baru mukadimah. Bukan cerita pokok yang ingin aku sampaikan. Inti cerita kali ini berbeza sekali. Ada sedikit elemen ngeri kepada aku. Ya lah . . . sebagai seorang ayah aku tetap resah apabila Halim tiba-tiba memberi tahu aku bahawa betisnya terpaksa dibedah atas nasihat pakar perubatan Prince Court Medical Centre (PCMC) KL, tempat dia diperiksa.

Pembedahan (surgery) untuk mengeluarkan lump daripada pangkal betisnya bagaimana pun tidak dapat dilakukan di PCMC. Doktor pakar onkologi pula bercuti. Maka Halim pun dirujukkan kepada team kepakaran perubatan University of Malaya Specialist Centre (UMSC) KL.























Alhamdulillah setelah Halim dimasukkan ke UMSC pada 20 Sept 2010 untuk resection for left calf tumour dia kemudiannya keluar pada 21 Sept 2010 dengan keadaan yang agak stabil walaupun terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat/tupang (crutches).




Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pakar perubatan dan team yang merawat Halim setelah melakukan pembedahan pada betisnya itu. Penghargaan juga ditujukan kepada staf UMSC yang memberikan segala bantuan perkhidmatan yang berkualiti.




























Kaki Halim ternyata masih amat kesakitan. Tidak boleh memijak bumi dengan sempurna atau seperti keadaan sedia kala. Dia diberikan cuti sakit selama dua minggu oleh doktor pakar UMSC. Sepatutnya esok (Jumaat 24 Sept) Halim sudah kena balik ke Riyadh.








Pada ketika artikel ini dimuatkan sebagai bahan penulisan dalam blog ini, Halim terus gigih melakukan rutin latihan bergerak semula untuk berjalan dengan sesempurna mungkin. Halim melakukan praktisnya dengan bantuan (tunjuk ajar) seorang ahli fisioterapi di UMSC.







Mujurlah, doktor pakar berpendapat Halim perlu berehat dahulu di sini buat seketika sehingga kakinya yang dibedah itu benar-benar pulih. Harapan aku . . . majikan Halim di Riyadh dapat mengerti dan menunjukkan sedikit simpati. Maklum keuzuran ini pun bukan si pesakit yang punya kehendak hati!




Ahli farmasi pun dah prescribe ubat-ubatan yang perlu dimakan. Orang kampung teman selalu kata, "Makan le ubat spital . . . kalau nak cepat sembuh. Ubat doktor tu mujarab . . ."

Alahai, yang peliknya dalam hal begini . . . omputih pulak ada kata-katanya sendiri yang agak bertentangan dengan hal makan memakan ubat spital ni.

Omputih kata, "An apple a day, keeps the doctor away!" Ah, lantaklah omputih tu. Asalkan mik'e baik dah le Halim.

Takpe le Halim. Penyakit sememangnya berciri begitu. Datang macam ribut, pergi macam siput! Bersabar aje le. Mungkin ada banyak hikmahnya di sebalik dugaan ini.

W
allahualam.












dsuarang.blogspot.com