Friday, April 16, 2010

Terima Kasih Daun Keladi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Nilai Suatu Sarapan


Sarapan perkara biasa. Di mana-mana pun menjadi kelaziman orang minum/makan pagi sebagai aktiviti awal 'mengisi perut' untuk sesuatu hari dalam hidupnya. Memang tiadalah apa-apa yang terlalu istimewa . . . cuma makan untuk hidup . . . jika difikirkan begitu sahaja . . .



Antara menu yang tersedia pada pagi hari sarapan


Tetapi kepada aku dan anggota rombongan perkahwinan HZ & N ke Kuala Ketil, sarapan yang disediakan oleh adinda Hj Rosli dan Hjh Azizah Aziz di rumah mereka pada Ahad 14 Mac 2010 amat luar biasa nilainya. Undangan untuk kami bersarapan di rumah 'ala resort' mereka di Lorong Haji Karim, Kg Sungai Jagung, Sungai Petani mengandungi ertinya yang tersendiri. Sungguh cukup bermakna. Kami mendapat undangan itu pada malam terakhir berada di 'banglo' Hj Ishak dan Hjh Azimah Aziz (yang juga diuruskan 'availability'[nya] oleh Hj Rosli dan Hjh Azizah). Terima kasih.

Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua-dua adinda Ishak dan Azimah atas kebaikan budi mereka memberikan kesempatan kepada kami serombongan singgah dan menginap di rumah mereka selama 5 hari 4 malam.



Pemilik 'banglo'
di Taman Orkid, Sungai Petani

Adinda Hj Ishak
&
Adinda Hjh Azimah Aziz



Maka . . . pendeknya bertambahlah signifikan kehadiran kami di sini . . . dan terasa meriah dan ikhlas sambutan yang diberikan kapda kami. Dan . . . doaku semoga bertambah erat ikatan persaudaraan yang sememangnya telah lama terjalin antara kami semua. Ahlhamdulillah.



Bergambar ramai di hadapan rumah 'ala resort' Hj Rosli & Hjh Azizah di Kg Sungai Jagung.
Berdiri dari kiri: Basri, Mazlyn, Rashidi, Maimunah, Alimah, Penulis, Rosli, Azizah, Ishak, Azimah, Anum & Royhai'zam. Baris hadapan dari kiri: Nazehah, Marlyana, Afnan, Farhan, Shafik, Fitri & Afzan.


Terima kasih adinda Hj Rosli dan Hjh Azizah kerana bersusah payah menyediakan berbagai makanan dan minuman siap dengan "dessert" sekali untuk kami . . . khabarnya adinda Rosli yang menjadi Chef One . . . adinda Azizah pun tolong sama . . . ya tak . . . Chef Two le tu.



Adinda Hj Rosli aka Chef One


Adinda Hjh Azizah Aziz aka Chef Two

Kesegaran dan keriangan pagi itu dapat jua dirakamkan untuk kenang-kenangan. Foto-foto berikut memaparkan suasana di rumah adinda Rosli dan Azizah pada hari tersebut:



"Ambil aje makanan tu, semuanya lazat belaka", kata Penulis kepada isterinya Alimah. Zawiyah pulak tunggu siapa tu? . . . Siapa lagi kalau bukan Basri suaminya le. Nak sarapan bersama-sama.



Oh di sini rupanya Pak Long Basri. Sedang sarankan kepada Hazry (anak buahnya) apa yang enak di "try" ke? Makan aje le E . . . semua sedap. Tengoklah sapa masak! Farhan & Kak Uda Anum selamba ambil makanan . . . mesti mau "try" lah.


Saya makan aje . . . janji ok. Afnan dengan gayanya yang tersendiri. Aii tu pulak nak join makan sekali ke? Pak Teh dan Pak Shafik tu ada agenda tersendiri . . . Mereka gunakan Aii sebagai 'perisai' supaya senang minta orang lain ambilkan makanan untuk mereka.


Suasana di ruang makan rumah 'ala resort' R & A ketika ahli rombongan semua dihidangkan sarapan.


Makan aje 'baby' (siapa hah? ... yang baju belang hijau tu le ...) jap lagi nak "travel" jauh. Dak Anum tu asyik "pose" aje . . . tak makan ke? Atau dah kenyang sangat . . .



Masing-masing melakukan aksi menjamu selera dengan cara yang tersendiri. Alimah, Basri, Zawiyah (kat 'background') dan . . . Rashidi, Ishak serta d Don ... Maimunah (berwajah serius ... dan, jelas menyampaikan mesej kepada semua ... "makan aje, jangan main-main!")


"Cepatlah makan. Lepas ni kita 'survey' keliling," kata Fitri kepada Farhan. Zawiyah menyaksikan sahaja gelagat anak-anak muda ini. Farhan jawab,"Relaks le Bro . . . makanan ni best le . . . biar habiskan dulu." Afzan mengangguk setuju ," Ya, ya ..." dan terus saja makan le.



Nazehah, Farhan dan Hazry serta Marlyana terus sahaja menikmati hidangan sarapan ... Rezeki jangan ditolak.


Hai hujan pun berhenti . . . Tak pe "carry on" le. Acah aje . . . makanan banyak lagi di atas meja tu. Jangan membazir . . . itu amalan kita. Farhan di kiri dan Alimah di kanan.



Gendang, gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Lihat, perhati, makan dan ketawa. Kiri:
Penulis, Rashidi, Zawiyah. Kanan: Shafik and Bro Fitri.



Hai . . . Chef One Rosli ... sampai dah penat melayan Penulis.
Tak pe le Li . . . Uda boleh layan diri sendiri.
Rosli tak henti-henti melayan para tetamunya pagi itu.


Anum dan Roy ambil kesempatan bergambar dengan d Don Maimunah . . . jaga baik nampak ...



Sesi 'jaga baik' berterusan ... kali ini Anum dengan d Don Maimunah . . . dan Roy dengan d Don juga serta Mak Limah ( Don in the making).

OK, OK ... tak salah le bergambar dengan d Don dan d Don "in the making" . . . Tapi dah monopoly setengah ruang halaman 'blog' ni . . . apa kata ahli lain? Kroni le tu!


Pemandangan nyaman di sekitar kawasan rumah R & A


Shafik, Farhan, Hazry & Penulis merakamkan kenangan. Di kanan rakaman kenangan kami bersama seterusnya: Shafik, Basri, Farhan, Penulis, Fitri, Royhai'zam, Ishak & Rashidi.


Sawah terbentang saujana mata memandang. Pemandangan yang menarik di belakang rumah R & A. Foto kiri: Hazry, Anum, Roy, Maimunah, Fitri & Farhan. Foto kanan baris belakang: Penulis, Anum, Roy, Maimunah & Alimah. Baris hadapan: Farhan, Shafik & Fitri.


Foto kiri (Belakang): Penulis, Anum, Roy, Maimunah, Alimah & Marlyana. Hadapan: Farhan, Shafik & Fitri. Foto kanan (Belakang): Penulis,Anum, Roy, Maimunah, Alimah & Marlyana. Hadapan: Farhan, Shafik, Hazry & Mazlyn.


Belum habis lagi sesi bergambar ooi. Kiri: Anum, Maimunah, Alimah, Mazlyn (mendukung Ahmad Iman Iskandar) & Marlyana. Kanan: Marlyana, Anum, Maimunah, Penulis, Mazlyn (mendukung Aii), Rashidi & Roy. Hazry ... yang besar di hadapan tu!


Kali ini Penulis lak nak ambil alih 'glamour'. Ha . . . tu kat kiri Penulis dengan isteri Alimah bersama anak Mazlyn, cucu Aii dan menantu Rashidi. Kanan tu faham-faham le... "Needs no further introduction ... man."



Kena adil le . . . kali ni dengan menantu satu lagi . . . dengan dak Royhai'zam. Kanan: Mazlyn menyatakan sesuatu kepada anaknya Aii. Tak tau apa . . . kena tanya Aii sendiri.



Jaga baik lagi ke . . . Suka hati le. Kiri: Anum bersama bonda Alimah dan nenda Maimunah dan Kanan: Roy bersama bonda dan nenda juga bergambar di kawasan sekitar rumah R & A. Sungguh indah dan tenang pemandangan di kawasan itu.


Anum merakamkan kenangan berlatarbelakangkan bendang yang luas menghijau. Foto kanan: Anum bersama Nazehah tersenyum riang menyedut udara pagi yang segar dan nyaman. Jauh berbeza daripada apa yang dialami di KL!


Apa lagi kita nak buat ni? Shafik, Royhai'zam dan Farhan mencari geng lain untuk melakukan sesuatu . . Ha . dah jumpa ... alahai dak Afnan rupanya ... oh ada lagi yang lain di belakang tu ...Fitri, Shafik, Hazry & Rashidi . .

Semua tersenyum nampaknya . . . ada apa-apa ke? Oh tunggu "line clear" . . . nak terjun ke dalam lopak air bendang tangkap ikan puyu ke? . . . Ketua Jurulatih terjun kat hujung tu . . . suami sapa ha?


Ah apa pula ni . . . dah memandang ke langit lak . . . Nak terbang ke . . . Ha . . . tau pun ada orang memerhati! Geng bandar masuk kampung le katakan . . .







Jom kita bergerak sekarang . Kita bersiap untuk pulang le . . . Esok yang kerja-kerja ...yang sekolah-sekolah ... yang pencen pencen ... alah pendeknya semua ada urusan masing-masing.


Kanak-kanak riang . . . masih berjalan-jalan di sekeliling kawasan rumah. Lebih tepat kalau dikatakan merayau-rayau. Tak kira orang dah sibuk nak pulang! Kiri: Hazry & Geng. Kanan: Nazehah & Geng.



"Time to say goodbye." Terharu juga perasaan ketika hendak meninggalkan tempat ini. Maklumlah sudah 4-5 hari kami di sini (SP, KK, KSJ). Hazry masih merakamkan keindahan suasana keliling . . . dengan sawah padi luas terbentang dan saujana mata memandang. Nazehah mengabadikan segala kenangan yang terkumpul di sini selama beberapa hari. (Ya ke tidak . . . hantam sajalah Belalang!)



Jom gerak sekarang En Ahmad.
"Let's get going . . ."

Dan, sebelum bergerak pulang ke KL dari rumah Tokwan Hj Rosli dan Tok Hjh Azizah ... Ahmad Iman Iskandar (Aii) ingin turut mengucapkan "Terima Kasih Daun Keladi" kepada Tokwan dan Tok serta semua yang tinggal di sini. Semoga panjang umur dan dapat kita berjumpa lagi. Mudah-mudahan Allah sahaja yang membalas budi baik semuanya. Amin.


Aii

Bye, bye ...
lain kali saya datang lagi makan kat sini ...
ya Tokwan & Tok. Boleh ke?












dsuarang. blogspot.com