Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Keturunan Dari Seberang
Sehari dua ini aku berbicara tentang "waktu". Tentang "waktu" yang seharusnya dihabiskan secara "berkualiti". Tentang "keserasian" serta "kematangan" yang sepatutnya hadir bersama peredaran "waktu". Aku juga sering berbicara tentang betapa perlunya seseorang menepati "waktu". Tentang perlunya menghargai "waktu" dan tidak membazirkannya! Setiap kejadian di alam ini pasti ada sebab dan akibat yang berkaitan dengan "waktu".
Mengapa bermukadimah tentang "waktu"? Mudah jawapannya. Hari ini tepatlah "waktu" yang aku janjikan kepada diriku. Janjiku hendak memaparkan info tentang keluarga Baharom bin Mohd Shariff sebagai artikel yang ke seratus (100) dalam blog dsuarang. Blog ini bermula sejak November 11, 2009.
Baharom bin Mohd Shariff merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga Tok Shariff yang berasal dari Lubuk Sekeping, Sumatera. (Lihat: "Keturunan Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah"). Ayahnya, Mohd Shariff bin Ismail, setelah menetap di Malaya berkahwin dengan ibunya Aishah bt Long yang berasal dari Pulau Rusa, Terengganu. Baharom mempunyai lima orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan di sini.
Hj Mohd Shariff bin Hj Ismail & Hjh Aishah bt Long
(Ibu dan bapa Baharom Mohd Shariff)
Baris Belakang: Che Som Musa (Kak Long),Ismail Baharom (Abang Ngah), Aishah Long (Opah Tapah), Salleh Sharif (Adik Ipar-Pengantin), Aminah Mohd Shariff (Wan Chik), Zaleha Baharom (Adik-Pengantin), Zaidah Long (Opah Kg Datok), Abdul Majid Baharom (Penulis), Mohd Azman Baharom (Abang Long)
Dari kiri: Abdul Majid Baharom, Asmah Baharom
& Zaleha Baharom (dipangku)
Hadapan: Zaleha & Abdul Majid Baharom
[Foto diambil di Kg Pandan Govt Quarters, KL]
Ayahanda Baharom & Bonda Saliah
di halaman rumah, Jalan Raja, Tapah
Ayahanda Baharom & Bonda Saliah
Ikatan perkahwinan Baharom bin Mohd Shariff dengan Zainab binti Mohd Taib telah diberkati Allah dengan penganugerahan lima orang anak. Anak lelaki tiga orang dan anak perempuan dua orang. Susunan mereka mengikut 'senioriti' dalam keluarga ini adalah seperti berikut:
1) Mohd Azman bin Baharom
2) Ismail bin Baharom
3) Asmah binti Baharom
4) Abdul Majid bin Baharom (Penulis)
5) Zaleha binti Baharom
[Foto dirakam di Taman Tasik Perdana (dahulu Lake Gardens) KL]
Bergaya Lagi
Dari kiri: Ismail, Abdul Majid & Mohd Azman
2) Hafsah bt Baharom
3) Siti Hawa Nor bt Baharom
4) Jalaludin bin Baharom
5) Jamaludin bin Baharom
6) Halimaton binti Baharom
7) Khairudin bin Baharom
8) Hajaludin bin Baharom
Baris depan dari kiri: Siti Hawa Nor, Jalaludin, Ayhn Baharom,
Jamaludin, Bonda Saliah (pangku Halimaton) & Fatimah
Baris belakang dari kiri: Zaleha, Ismail, Abdul Majid, Asmah
& Mohd Azman
Jalaludin, Ismail, Ayhn Baharom, Salleh, Asmah,
Zaleha, Bonda Saliah, Abdul Majid & Mohd Azman.
Tengah: Siti Hawa Nor, Fatimah & Halimaton.
Hadapan: Jamaludin, Hajaludin, Khairudin
Manusia tidak pernah berdaya menolak kehendak takdir. Begitu nyata kebenaran kata-kata tersebut . . . dan bagai jodoh sudah ditetapkan "di syurga" kata orang, bapak berkahwin pula (buat kali ketiga) dengan Che Nor binti Yanis. Che Nor juga ada pertalian saudara dengan bapak di sebelah pihak Aishah binti Long (bonda bapak). Che Nor memanggil Aishah binti Long (opah Penulis) "Mak Tok". Penulis pula memang memanggil Che Nor "Wan Alang" sejak awal lagi (sebelum zaman perkahwinannya dengan bapak). Perkahwinan bapak dengan Wan Alang tiada dikurniakan Allah sebarang cahaya mata.
Ayahanda Baharom & Bonda Che Nor
Aku masih ingat kami sekeluarga pernah tinggal di merata-rata tempat di WP Kuala Lumpur dan Selangor sekitar pertengahan tahun-tahun 1940-an hingga akhir 1950-an. Di Perak keluarga kami tinggal dari awal tahun-tahun 1960-an hinggalah tahun-tahun 1990-an. Ketika bekerja dengan Jabatan Telekom, bapak pernah membawa kami sekeluarga tinggal di Batu 4 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (rumah sewa persendirian), di Peel Road, Kuala Lumpur (rumah Kerajaan), di Jalan Nakhoda Yusoff off Circular Road (rumah Kerajaan) atau dulu dikenali juga dengan nama "Kg Pandan Govt Quarters".
Foto kiri: Ismail, Abdul Majid, Asmah (mendukung Siti Hawa Nor) Zaleha & Fatimah.
Foto Kanan: Asmah & Ismail, Zaleha & Abdul Majid, Fatimah & Siti Hawa Nor.
Selepas itu bapak berpindah ke Tapah, Perak membawa keluarga kami bersama ke sana. Di Tapah kami sekeluarga pernah tinggal di Jalan Raja (rumah Kerajaan, bersebelahan stesen bas, Tapah dahulu. Sekarang sudah tiada lagi rumah itu. Seluruh tapak asalnya telah dijadikan stesen bas Tapah), di Bukit Baldwin (rumah Kerajaan), di Jalan Temoh (rumah opah Aishah Long), di Kampung Sungai Rokam, Ipoh (rumah sewa persendirian).
di hadapan rumah Jalan Raja, Tapah
Perkahwinan Mohd Azman & Che Som
di Baldwin Hill, Tapah
Berdiri: Ismail, Abdul Majid, Asmah & Zaleha
Duduk Tgh: Siti Hawa Nor, Halimaton, Jamaludin, Sufian Zainal Abidin & Fatimah
Duduk Dpn: Jalaludin, Zulkifli/Nazri Nadzar?, Zaharah/Zahemah Zainal Abidin? & anak Pakcik Ghani Telekom?
Sedikit tentang ayahanda Baharom bin Mohd Shariff. Sepanjang ingatanku bapak seorang yang berpendirian tegas dan strict (dengan izin . . . . menggunakan kata omputih!) dalam mendidik dan membesarkan kami semua. Beliau berdisiplin tinggi dan sangat terurus dalam kehidupannya sehari-hari dan sentiasa mahukan kami juga begitu. Bapak seorang yang cukup cekap berhujah dan pintar bertutur bicara! Bapak amat fasih berbahasa Inggeris (juga Minangkabau, he he). Tulisan Rumi dan Jawi beliau cantik.
Ayahanda Baharom rajin dan teliti menyimpan 'rekod' segala urusannya, baik yang 'peribadi' mahupun yang bersifat 'rasmi'. Bapak berwibawa sebagai ketua keluarga . . . disegani (dan/ atau digeruni?) oleh bukan sahaja anak-beranaknya tetapi juga saudara mara sekalian! Beliau berhemat dan pandai berjimat cermat dalam menampung hidup kami sekeluarga. Tinggi budinya . . . tidak terbalas oleh kami!
Kami anak-anaknya, sentiasa tahu bahawa insan yang bernama Baharom bin Mohd Shariff, amat bertanggung jawab dan penyayang terhadap kami semua (walaupun ramai yang 'takut' atau 'gerun' atau sebenarnya 'segan' terhadap beliau ketika hayatnya . . . mungkin berpandangan lain).
Seterusnya . . . sedikit tentang kerjaya Baharom bin Mohd Shariff. Sepanjang yang aku tahu dan diberitahu, setelah menamatkan persekolahannya (kelas Junior Cambridge) di Anderson School Ipoh, bapak 'terpaksa' bekerja sebagai "Operator Telefon / Telefonis" akibat kesan meleset zaman Perang Dunia Kedua (di rantau ini perang Jepun). Zaman peperangan itu banyak mengganggui kelancaran perjalanan berbagai perkara dalam kehidupan rakyat di negara ini!
Bapak terfikir beliau masih ada ramai lagi adik-adik yang memerlukan belanja untuk hidup. Ayahnya (Tok Shariff) memang terus berusaha untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Tetapi dengan sikap bapak yang mengambil berat terhadap keluarganya ditambah hasratnya yang berkobar-kobar untuk membantu ayah dan ibunya menyara hidup mereka sekeluarga, Baharom bin Mohd Shariff sanggup melepaskan peluangnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau berhenti belajar dan memilih untuk bekerja.
Aku mendapat tahu daripada Pak Uda, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (adik bapak) bahawa bapak lama bekerja sebagai "Operator Telefon" di pejabat Telekom Parit, Perak dan di Teluk Anson, Perak juga. Selain itu, sepanjang ingatanku pula, bapak berpindah ke Kuala Lumpur (ketika aku berusia kira-kira 3-4 tahun, hmm hmm). . .
Di Kuala Lumpur . . . (aku dah bersekolah rendah . . . hmm hmm) bapak sudah naik pangkat sebagai Kerani dan bertugas di Telecoms Headquarters dan kemudian di Telecoms Selangor Region. Lama juga bapak bekerja di Kuala Lumpur. Akhirnya (ketika aku hendak melangkah masuk ke sekolah menengah) bapak berpindah pula ke Tapah, Perak. Menurut bapak . . . , beliau hendak tinggal berdekatan dengan ayahandanya Tok Shariff (yang ketika itu sudah tua dan uzur) di Tapah. Sementelah pula bapak telah dinaikkan pangkat lagi menjadi Kerani Kanan (dan beliau diberikan pilihan tempat bertugas di Pejabat Telekom, Tapah) . . . Pucuk dicita, ulam mendatang . . . kata orang!
Beberapa tahun bertugas di Tapah, bapak dinaikkan pangkat lagi. Beliau kemudiannya berpindah ke Ipoh untuk menjadi "Special Grade Chief Clerk" di Pejabat Telekom di sana. Dan, di sanalah bapak bertugas sehingga sampai waktu beliau bersara beberapa tahun kemudian.
Aku secara peribadi banyak menimba pengetahuan 'hidup' daripada pengajaran bapak, Baharom bin Mohd Shariff. Aku yakin adik-beradik aku yang lainnya pun begitu. Kami sekeluarga dapat menjalani hidup yang boleh dikira aman dan tenang. Kami bertuah menjadi anggota keluarga Baharom bin Mohd Shariff. Aku bangga menjadi anakmu, bapak. Terima kasih.
Anak ... Menantu ... Cucu
Keluarga Baharom Mohd Shariff
(Panggilan mengikut pertalian dengan Penulis)
Baris depan dari kiri: Faiz (anak buah -- anak Siti Hawa Nor), Fahrul (anak buah -- anak Fatimah), Hafiz (anak buah -- anak Halimaton), Anaqi (anak buah -- anak Jamaluddin), Abaha (anak buah -- anak Jamaluddin), Hanafi (anak buah -- anak Halimaton), Anati (anak buah -- anak Jamaluddin), Farah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor pangku anak Jalaluddin), Hazira (anak buah -- anak Halimaton), Amirah (anak buah -- anak Jalaluddin), Nabilah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor), (?), Sarah (anak buah -- anak Siti Hawa Nor)
Baris dua dari kiri: Hazry (anak no. 5), Fatimah (adik no. 2), Asmah (kakak), Zaleha (kakak ipar -- isteri Ismail), Ismail (abang no. 2), Azman (abang sulung), Che Som (kakak ipar -- isteri Azman), Alimah (isteri Penulis), Penulis , Zaleha (adik no.1), Zaleha (adik ipar -- isteri Khairuddin)
Baris tiga dari kiri: Saleh (adik ipar -- suami Zaleha), Azurin (anak buah -- anak Azman), Marlyana (anak no. 6/bongsu), Sharina (anak buah -- anak Azman), Anum (anak no. 4), Maslina (anak buah -- anak Ismail), Zam Hadila (anak buah menantu -- isteri Khairul), Fazana (anak buah -- anak Fatimah), Norhazlin (adik ipar -- isteri Hajaluddin), Siti Hawa Nor (adik no. 3), Halimaton (adik no. 6), Hasmawati (adik ipar -- isteri Jalaluddin), Fauziah (adik ipar -- isteri Jamaluddin)
Baris empat dari kiri: Jalaluddin (adik no. 4), Samad ( anak buah menantu - suami Sharina), Halim (anak no. 3), Fahmi (anak buah -- anak Ismail), Khairul (anak buah -- anak Ismail), Nizam (anak buah -- anak Ismail), Hajaludin (adik no. 8/bongsu dukung anaknya Yasmin), Halmy (anak sulung), Izham (anak buah -- anak Zaleha), Khairuddin (adik no. 7 dukung anaknya Muhammad), Jamaluddin (adik no. 5), Hashim (adik ipar -- suami Halimaton)
Kini ada di antara kami yang telah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi. Ibu -ibuku . . . bapaku, abang dan adik-adikku . . . Aku akan terus merindui mereka . Apalah yang dapat aku kata dan lakukan lagi melainkan . . . kiriman bacaan Al Fatehah dan doa untuk mereka semua. Semoga roh-roh mereka ditempatkan Allah di sisi golongan orang yang mendapat tempat teristimewa di akhirat kelak. Amin.
Ismail Baharom (Abang Ngah), Cikgu Shamsuddin Hamzah (Acek Tahir),
Kamaruddin Zainal Abidin (Abg jiran) & Abdul Majid Baharom (Penulis)
dsuarang.blogspot.com