Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Macam Balik Kampung
Tengah hari tadi aku dan isteriku pergi ke Kg Sungai Sikamat, Kajang. Kami berdua ke sana kerana memenuhi permintaan anak sulungku Halmy. Dia hendak berjumpa Hj Sani (Hj Jamil Saeran, saudara lama aku le.) Mereka itu ada urusan rasmi (profesional). Liza menantuku juga turut bersama dalam "rombongan" ini.
Sebenarnya aku pun tak keberatan untuk pergi ke rumah Jamil. Dah lama juga aku tak bertemu dia dan Hjh Azizah isterinya. Terasa rindu bila lama tak bersua saudara yang akrab dengan kita . . . keakraban yang terjalin sejak zaman seasrama ketika bersekolah dulu!
Seperti biasa . . . tiba sahaja di rumah Jamil . . . kami pun dijemput masuk dengan mesra. Azizah tiada di rumah. Dia ke rumah adik iparnya di Sentul. Ada majlis "cukur jambul" cucu mereka di sana. Jamil tinggal seorang. Semua anaknya keluar atas urusan masing-masing. Takpe le Mil . . . rasa macam zaman bujang dulu-dulu he,he. Kami bersembang-sembang sambil Halmy menguruskan hal rasminya bersama Jamil.
Bicara Saudara Lama
Eh cekap gak member aku ni buat kopi
Pulasan pun ada! Minum serbaneka ni namanya . . .
Eh cekap gak member aku ni buat kopi
Pulasan pun ada! Minum serbaneka ni namanya . . .
Jamil sempat menyediakan kopi. Dia menjemput kami minum. Dia sempat juga mengeluarkan sebesen buah pulasan sebagai hidangan. Aku memang suka buah pulasan. Kami semua memakan buah pulasan dan minum kopi.
Aku sempat bertanya Jamil,"Mana dapat pulasan ni?"
"Aku tanam sendiri," jawabnya ringkas. "Macam-macam buah-buahan lain lagi aku tanam. Sengaja seronok-seronok."
"Rajin engkau ni Mil."
Jamil tersenyum. Dia sudah banyak berbudi kepada bumi. Kawanku ini rajin bertani. Sekarang usahanya sudah berhasil.
Belum lama kami berbual kedengaran derum enjin kereta di perkarangan rumah Jamil. Azizah dah balik dari majlis di Sentul tadi. Dia terus saja ke bahagian dapur rumahnya. Tup tup, dah siap pula sehidangan lagi. Ada tose dengan kuah kelapanya. Ada papaya. Ada pula rendang Minang! Wah lazat sungguh. Halmy dan Liza juga mengakui hakikat itu . . . (Liza pulak badan tengah "berat" ni) . . . maka mereka berdua makan sehingga "menjilat jari" he, he.
Cerita Orang Lama
Jamil, Penulis, Alimah,
Azizah & Halmy di meja bulat
Jamil, Penulis, Alimah,
Azizah & Halmy di meja bulat
Cerita punya cerita tak sedar hari sudah semakin larut petang. Kami pun memohon diri untuk pulang.
Penulis, Alimah, Nurliza, Azizah & Jamil
Sebelum kami dibenarkan pulang, Jamil dan Azizah sibuk mengambil buah pulasan, betik, limau kasturi, daun kunyit dll untuk bekal kami bawa pulang. Sampai ikan segar pun mereka hendak bekalkan . . . Wah wah . . . rasa macam kami balik kampung pulak!
Jamil memetik buah limau kasturi lak. . . turut berada di situ Azizah, Alimah & Penulis
Apa-apa sajalah Jamil dan Azizah. Terima kasih hingga jumpa lagi.
Catatan (awak samo awak):