Friday, August 20, 2010

Umar di d'SUARANG




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Pengunjung Dah Tiba . . .


Umar Ilham Majid sudah balik. Uim sudah tiba di d'SUARANG pada hari Ahad, 15 Ogos 2010. Nak berehat kat sini le buat beberapa lama . . . sebelum menetap di rumah ibu bapanya kemudian nanti. Aku dan isteriku Alimah, masing-masing sebagai datuk dan opahnya, tak kisah. Rasa selesa duduk lama, jika sebaliknya . . . duduk lagi lama . . . he, he. Begitu le juga yang kami rasa terhadap cucu-cucu yang lain tu. You like you stay . . . You don't . . . just don't go away!

Pada petang yang sama dengan hari ketibaan Umar Ilham Majid di sini, kira-kira jam 5 -- 6 ptg, cucu kami itu telah dikunjungi oleh Puan Shikin (auntie Nurliza tetapi panggil Kak Shikin?) Suka hati kome le!

Beliau merupakan ahli keluarga paling awal / yang pertama (dari keluarga sebelah Nurliza) yang datang mengunjungi Umar di d'SUARANG. Shikin datang bersama anak perempuannya. Aku difahamkan dia baru saja pulang daripada melawat anak lelakinya yang sedang menerima rawatan di IJN, Kuala Lumpur. Kita sama-sama doakan agar anaknya itu segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.


Camna sekarang? . . . Ok aje. Tahniah le dapat baby boy ni. Orang Cina kata 'ong'.
Itu le nak double check kat laptop ni . . . kalau-kalau ada details tentang 'ong' ke tak 'ong' tu . . . he, he.

I pegi Naluri Medical Centre tu nak check-up aje . . . Tiba-tiba terus ditahan untuk bersalin . . . Oh begitu ke kisahnya . . .


Shikin datang ni nak jenguk dak Mamak CT tu le . . .


Everyone ... Happy & Smiling

Apapun, terima kasih le kerana sudi mengunjungi cucu kami si Uim ni. Ha Umar ucaplah terima kasih kepada "Granny" Teh Shikin tu . . . (maaf le tak tahu Umar nak panggil nenek ke, wan ke, tok ke , opah ke etc etc). Ha Umar, begitulah orang yang berbudi bahasa. Hendaknya Umar terus menjalani kehidupan yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. Insya-Allah.

Pagi semalam pula (Khamis 19 Ogos 2010) Atuk Jamil dan Nenek Azizah dari Kajang datang berkunjung ke d'SUARANG untuk memeriahkan kehadiran orang baru ni (siapa lagi si Umar le!) Terima kasih juga diucapkan kepada kedua-dua Tuan Haji dan Puan Hajah ni.


Atuk Jamil memangku Azim Muqry Basrie & Nenek Azizah memangku Umar Ilham Majid


Atuk Jamil & Nenek Azizah melapangkan banyak waktu di d'SUARANG. Melawat cucu-cucu le katakan. Dua-dua Atuk dulu best member kat Asrama Putera KL. Cerita lama . . . panjang tu.


Dari kiri: Jamil (pangku Azim), Azizah (pangku Umar),
Maimunah, Alimah, Anum & Majid. Dalam bouncer: Aii


Uim: "Terima kasih Atuk Jamil dan Nenek Azizah kerana sudi mengunjungi saya. Terima kasih daun keladi . . . "

Aii & Amb: " Kami pun nak ucap 'Thank You' kepada G-Pa Jamil & G-Ma Azizah. Alah . . . cakap omputih sekali sekala, Atuk dan Nenek . . . Ok kan? he,he."









dsuarang.blogspot.com