Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
di Rumahku,
dan di Rumah Mereka . . .
Aku beruntung masih diberikan Allah tenaga dan kesempatan untuk menerima tetamu di rumahku pada musim-musim Aidilfitri begini. Sahabat-sahabat lamaku sempat berkunjung dan aku masih dapat melayani mereka dengan kadar yang serba sederhana baik.
Dan, aku rakamkan suasana seperti berikut:
Dan, aku rakamkan suasana seperti berikut:
Dan, untuk melengkapkan acara kunjung mengunjung sempena perayaan di Aidilfitri aku pun bawalah kaki ini melangkah ke rumah sahabat-sahabat seasrama zaman persekolahan di KL dahulu. Zaman aku belajar di Victoria Institution, KL. Zaman pop yeh yeh kata orang pada waktu itu. Tahun-tahun 1960-an.
Alhamdulillah kami sahabat-sahabat yang tinggal sebumbung di asrama dahulu masih terus diberi peluang oleh-NYA bertemu dari masa ke masa untuk menyegarkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.
Dan, menariknya . . . kami daripada berbagai-bagai sekolah berlainan di sekitar KL ketika itu . . . telah pun dapat memupuk semangat kesetiakawanan sejak zaman itu lagi (hingga kini) . . . ala semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan sekarang . . . hm hm hmm.
Maka aku rakamkan peristiwa seperti berikut:
Maka aku rakamkan peristiwa seperti berikut:
Dari kiri: Mar & Alimah
Kiri dan Kanan: Penulis bersama Harun di meja makan.
Di sini . . . di rumah Tuan Hj Harun Saeran, terdapat 'sesuatu' yang terus sahaja mengembalikan kenangan penulis kepada zaman persekolahan dahulu . . . lebih tepat lagi zaman tinggal seasrama di MBH KL sekitar tahun-tahun 1960-an.