Tuesday, July 19, 2011

Dian, Opah & Atuk




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Dian Oh Dian


Sabtu 2 Julai 2011 . . . Dian Seri Aishah cucu keempat aku dan Alimah . . . (cucu perempuan yang pertama kami) . . . baru berusia 16 hari . . . masih terlalu kecil . . .

Lazimnya sebelum ini aku tidak akan mendukung, menggendong, memangku atau menatang anak sekecil itu. Aku akan hanya berani berbuat demikian setelah anak itu berusia lebih daripada 44 hari . . . sekurang-kurangnya .

Ini kerana aku tidak yakin bahawa bayi itu sudah cukup kuat lehernya atau setiap anggota badannya untuk didukung-dukung, digendong-gendong, dipangku-pangku atau ditatang-ditatang. Takut-takut macam akan patah saja tangan kaki atau lehernya!

Akan tetapi . . . setelah peristiwa mengambil gambar pada hari dan tarikh itu . . . baru aku sedari . . . aku sudah dapat mengatasi perasaan gementar dan takut-takut atau ragu-ragu yang sedemikian. Aku pada hari itu telah terus sahaja mengangkat cucuku yang masih terlalu kecil . . . Dian Seri Aishah aku dukung dan pangku . . . supaya dapat diambil foto kami!

Pose dan pose lagi! Yalah sekali air bah sekali pasir berubah kata orang. Atau mungkin saja rasa teruja aku mendapat cucu perempuan yang pertama ini telah menyebabkan aku lupa kepada rasa bimbang yang aku alami selama ini.

Aku tahu di luar sana ada ramai lagi saudara mara, sahabat handai, rakan dan taulan yang punya perasaan takut atau 'seram' memangku bayi atau anak yang baru lahir atau yang masih terlalu kecil. Perasaan seperti yang aku alami dulu.

Ramai mereka yang menyatakan sedemikian kepada aku. Aku pun dulu memang menyokong pernyataan yang sedemikian.

Tetapi sekarang . . . nampaknya . . . aku ingin tidak bersetuju sedikit dengan pernyataan itu. Aku ingin memberitahu mereka . . . kawan-kawan aku itu . . . usah bimbang walaupun anak yang baru lahir itu kelihatan amat fragile . . . namun sesungguhnya ciptaan dan buatan ALLAH tidak harus dikhuatiri 'ketahanannya'.

Jangan sekali-kali diragui kebijaksanaan bayi itu menyelaraskan dirinya dengan keadaan dan suasana keliling. Alah bisa tegal biasa.

Insya-Allah semuanya baik dan sempurna . . . khasnya produk yang made in heaven!
Wallahuaklam!

Dian oh Dian . . . cucu sapa lah ni . . .

Dian Seri Aishah dalam beberapa pose / dengan gaya tersendiri . . . bersama abah Halim . . .


Atuk baru nak cuba-cuba pangku ni . . . beranikan hati je . . .

Atuk Majid buat pertama kali menatang / memangku Dian yang masih dalam usia belasan hari . . .

Macam ni le . . . bukan macam tu . . .

Opah Alimah mestilah ada di samping kami . . . membantu . . .

. . . in case of emergency! . . . manalah tahu . . .


Ha . . . kes emergency macam ni le yang teman maksudkan . . . mana le teman tau nak bedungkan Dian bagai . . .

Sorry ya . . . budak baju belang . . . atuk serahkan kepada pakar le . . . baru nampak selesa weh . . .

Budak baju belang . . . warna cukup terang . . . hati kenalah riang . . . nangis kenalah kurang!


Ha ah . . . Opah Alimah kata . . . "Macam tu le cucu opah . . ."

Tenang . . . tenang . . . dan tenang

Barulah semuanya . . . Senang, senang dan senang . . . 
{Nanti boleh jumpa Tok & Tok Wan kat Kedah lak . . .}



dsuarang.blogspot.com

Tuesday, July 12, 2011

Ini Baru Keroncong Eksklusif


 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bukan Mudah Nak Indah


Aku ke Irama Studios milik komposer Mahzan Manan pada hari Ahad 10 Julai 2011 atas undangan beliau yang juga penerbit sebuah album keroncong terbaru (bakal terbit dalam masa terdekat).

Komposer tersohor ini meminta aku mendengar semula beberapa buah lagu yang sedang dalam rakaman . . . termasuklah khusus dua buah lagu yang tertulis liriknya olehku.

Album keroncong yang dicadangkan berjudul Ini Baru Keroncong Eksklusif mengandungi 12 lagu keroncong . . . lagu-lagu original Melayu.

Proses rakaman sudah berjalan hampir setahun kini. Namun atas sifat dan sikap Mahzan Manan yang sentiasa cermat dan hati-hati dalam kerjanya . . . maka rakaman dibaiki dan terus dibaiki dari masa ke masa . . . apabila saja terdapat sebarang kecacatan atau kelemahan di sana sini . . . walaupun kecil . . . dalam pembikinan album ini.

Setibanya aku di lounge studio tersebut aku dapati keadaan sekitarnya agak sesak dan sibuk dengan aktiviti persolekan yang disusuli aktiviti pengambilan foto.






Aku terlihat penyanyi album keroncong ini . . . Jamilah Abu Bakar . . . sedang disolek rapi oleh seorang juru solek (makeover artist). Jamilah kelihatan begitu anggun dengan caranya yang tersendiri.










Turut bersama dalam suasana kesibukan yang meriah ini ialah pendokong kuat Jamilah iaitu ibu dan bapanya sendiri . . . Tuan Abu Bakar Ismail dan Puan Kamariah Che Soh. Mereka memang aku sudah kenali dan mereka seperti lazimnya memang memberikan sokongan melebihi 100 persen kepada Jamilah dalam perkembangan seni nyanyiannya.

Aku dapati Sdr Azahar Mahzan (adik kepada Sound Engineer Saiful Ekramm) juga berada di Irama Studios ketika itu. Azahar seorang pelukis berbakat besar dan memang juga seorang designer serta graphic artist yang berkebolehan.


Sdr Azahar Mahzan (kiri) & Sdr Fahizal Ismail (kanan)


Sdr Aiman (kiri) & Sdr Firdaus (kanan)


Aku juga diperkenalkan dengan Sdr Fahizal Ismail, Make-up Consultant (iS makeover), Sdr Aiman Ridhwan, Principal Photographer dan Sdr Firdaus, Graphic Artist.

Aku diberitahu bahawa aktiviti persolekan dan pengambilan foto Jamilah telah bermula sejak jam 9:00 pagi tadi. Patutlah aku perhatikan Jamilah nampak keletihan selepas selesai sesi photoshoot pada jam lebih kurang 4:30 petang itu.

Mahzan Manan selaku penerbit projek kemudiannya menangguhkan aktiviti sebelah petang hari itu. Aku terfikir elok benar demikian. Jamilah telah penat beraktiviti sejak pagi. Esok pagi dia akan bersekolah pula!

Setelah Jamilah dan rombongan memohon diri berlalu dari situ . . . Mahzan, Saiful dan aku sendiri terus ke bilik kawalan rakaman (konti) bagi mendengar lagu-lagu yang telah dirakamkan untuk album ini.

Selesai mendengar lagu-lagu itu dengan teliti . . . dan membuat kritikan dengan cara aku sendiri (dari sudut pendengaran hasil seni lagu dan nyanyian) setakat termampu olehku . . . maka aku berani membuat kesimpulan bahawa . . . lagu-lagu yang termuat dalam album keroncong ini bukan sebarang lagu . . . bukan lagu-lagu yang dibuat secara suka-suka (tangkap muat).

Album ini mementingkan persembahan yang berkualiti daripada segenap sudut pembikinan sebuah album.

Penyanyinya Jamilah, walaupun masih muda dan baru dalam seni rakaman album . . . dapat menghasilkan nyanyian yang mantap lagi menepati citarasa lagu keroncong . Suara Jamilah merdu dan mampu menyentuh perasaan orang yang mendengar nyanyiannya.

Aku bukan nak katakan Jamilah sudah perfect sebagai penyanyi. Aku nak katakan dia close to perfect sebagai penyanyi . . . khasnya penyanyi yang seangkatan atau seusia dengannya.

Dan . . . dengan bimbingan yang betul dan usaha yang gigih . . . memetik kata jiran omputihku: {This budding singer could easily be a diva in the making.}

Persembahan muzik pada keseluruhannya profesional. Amat mengasyikkan. Gubahan muzik yang berkualiti tinggi di dalam album ini tidaklah menghairankan. Gubahan muzik ditangani sendiri oleh seorang komposer/penggubah lagu yang berkaliber . . . dalam bentuk diri Mahzan Manan sendiri.

Mudah kata bicara . . . keseluruhannya . . . BEST!








Para pembaca yang budiman . . . dapatkanlah album ini apabila siap nanti. Setelah mendengar lagu-lagu yang termuat di dalam album ini kelak . . . pasti anda bersetuju . . . "Ha ah . . . ini barulah lagu-lagu keroncong namanya!"


Bergambar ramai setelah selesai photoshoot Jamilah










dsuarang.blogspot.com