Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sekelas di Swiss Cottage
Selepas menghadiri satu majlis pada Sabtu 5 Januari 2011 di rumah Hj Harun & Hjh Madznah (kawan lama seasrama zaman persekolahan penulis di KL dulu) penulis pergi pula memenuhi undangan berihat ('melepak' . . . bak kata orang sekarang) di Country Heights Kajang pada hari yang sama.Kemudian pada pagi Ahad 6 Januari 2011 penulis bergegas ke KL semula sebagai memenuhi suatu permintaan daripada Alimah Md Yasin (isteri penulis). Alimah mengajak penulis menemui salah seorang kawan sekelasnya ketika bersekolah di Swiss Cottage, Singapura pada tahun-tahun 1960-an.Penulis bersama anak (Marlyana) dan menantu (Norshafini) menemani Alimah ke G Tower Hotel di Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur untuk menemui kawan lamanya sekeluarga di sana. Kata Alimah dia mesti menemui kawannya itu hari ini (Ahad) juga kerana kawannya sekeluarga akan pulang ke Singapura pada kira-kira jam 11:30 pagi nanti.
Foto Kiri: Lounge G Tower Hotel & Foto Kanan: G Tower Hotel, Jln Tun Razak, KL
Pertemuan Alimah dengan Pn. Hjh Salehah Bte Karim (kawan lamanya itu) berlangsung di lounge G Tower Hotel pada jam 10:00 pagi.
Penulis bersama Marlyana dan Norshafini juga turut berada di lounge Hotel G Tower pada ketika itu untuk menemani Alimah. Kami dapatlah bertemu dengan Pn. Hjh Salehah, suaminya Tuan Aeji Al-Haj Bin Karmak, anak perempuannya Pn. Nur Insyirah Bte Aeji dan menantunya Encik Mohammad Rohadi Bin Ahmad. Kami bersembang-sembang kecil . . . bertanyakan khabar, hal keluarga dsb.
Berkenalan dengan kawan sekelas Alimah . . . Salehah. Foto kiri & kanan: Lyana, Majid, Alimah & Salehah.
Foto kiri: Majid, Alimah & Salehah. Foto kanan: Apalah agaknya yang diterangkan Shafini kepada cik Salihah & cik Aeji tu . . .
Oleh kerana ini pertama kali penulis bertemu dengan para tetamu dari Singapura yang juga kawan lama Alimah di zaman persekolahannya dahulu . . . rasanya tidak kena kalau pertemuan itu habis setakat di lounge hotel saja. Lagi pun penulis mahukan sedikit masa lagi untuk lebih mengenali para tetamu tersebut.
Berbual di lounge . . . lain dulu lain sekarang he, he . . . dulu kat warung kopi aje. Foto kiri & kanan: round d table . . . Majid, Alimah, Salehah, Aeji & Shafini
Lantas penulis menyarankan kiranya dapat Aeji dan Salehah sekeluarga meluangkan sedikit waktu mereka untuk kami semua makan tengah hari bersama-sama sebelum mereka bertolak ke Singapura. Penulis menyarankan demikian kerana mereka memandu kereta sendiri dan boleh bergerak mengikut waktu pilihan mereka sendiri.Para tetamu kami dari Singapura itu bersetuju. Maka kami pun terus menuju ke Desa Pandan. Kami ke Sari Ratu sebuah restoran Nasi Padang yang terkenal di Kuala Lumpur. Sambil makan kami semua (khasnya penulis) berbual-bual untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Foto kiri: Shafini, Majid, Aeji & Hadi & Foto kanan: Shafini, Majid, Aeji, Hadi (terlindung) & Nur Insyirah . . . sabar menunggu dihidangkan makanan.
Penulis yang baru kini mengenali para tetamu dari Singapura ini (Alimah sudah mengenali Salehah sejak tahun-tahun 1960-an dan kali terakhir bertemu Salehah dan suaminya di KL dua tiga tahun dahulu) mendapati keluarga Aeji & Salehah peramah dan mudah mesra. Pendeknya mereka sekeluarga kelihatan bersahaja dan 'simple'. Alhamdulillah . . . begitulah kawan yang ingin kita cari dan dampingi. Mudah-mudahan tali silaturahim ini berpanjangan.
Foto kiri: Majid, Alimah, Aeji & Salehah . Foto kanan: Majid, Aeji & Salehah bersembang panjang selepas makan.
Foto kiri & Foto kanan: Ya . . . kami berempat lagi . . . masih banyak cerita ni . . .
Selesai makan dan berbual panjang . . . tibalah masa untuk berpisah. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:30 petang. Aeji & Salehah sekeluarga perlu cepat bertolak ke Singapura untuk mengelakkan kesesakan lalulintas (traffic jam) di pintu masuk ke Singapura di Selatan nanti. Maklum hari ini hari terakhir setelah musim cuti panjang bersempena Tahun Baru Cina.
Dah kenyang . . . tapi belum habis cerita . . . nanti sambung next session
U tau tak . . . gosip si polan tu . . .alah I betul-betul fed up dengan reporter yang nak cover line . . . Alahai . . . acah aje! Tak kan le baru 1x jumpa dah gosip hebat! he, he, he . . . Lyana & Nur Insyirah
berbual mesra . . .
Kat sini senang cari makanan halal kan? Tapi u kena hati-hati gak kat setengah-setengah kedai atau restoran atau hotel kat sini . . . bukan 'halal' cuma 'halala-a-a' saja! Lyana, Nur Insyirah & Hadi berbual selepas habis makan.
Hadi memperkatakan sesuatu dalam foto kiri. Foto kanan: Oh . . . suruh bilang kita mau pulang sekarang . . . takut lewat nanti . . . Kalau kat sini, bilang tu . . . 1, 2, 3 . . . bilang angka , he, he jangan mare . . .
Apapun kami sempat mengiringi para tetamu dari Singapura itu hingga ke laluan keluar menuju Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Di situ kami semua saling melambaikan tangan daripada kereta masing-masing . . . tanda mengucapkan selamat jalan . . . hingga berjumpa lagi . . . ( and the next time around hopefully it would be a possible stopover at d'SUARANG . . .)
Catatan: Pn Hjh Salehah menelefon Alimah menyatakan mereka sekeluarga selamat sampai di Singapura pada jam 9:00 malam. Alhamdulillah.
dsuarang.blogspot.com