Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
OMG, OMG, OMG
Aku nak cerita sikit. Cerita pasal jam tangan. Bukan cerita sensasi. Bukan nak kutuk atau perli sesiapa. Cuma nak kongsikan kisah kerenah manusia.
Banyak betul ekspresi OMG (oh my God) yang terpancut keluar daripada mulut si omputih jiran aku (oja) pada petang itu. Si omputih tu seperti biasa memang cari pasal saja nak bikin sibuk.
Sebenarnya aku le punca dia menyibuk. Aku teringat akan peristiwa seorang saudara aku yang dulu membeli seutas jam tangan berjenama terkenal. Ha ah . . . jam itu mahal dan tulen! Kualiti dan nilai autentiknya terjamin.
Aku bercerita kepada oja tentang pembelian itu kerana terfikir akan berbagai-bagai perkara yang sanggup dilakukan manusia andainya manusia mahukan sesuatu.
Dulu saudara aku tu membeli jam tangan yang klasik itu dengan selamba sebagai mengingati ketibaan d millennium!
Dulu saudara aku tu membeli jam tangan yang klasik itu dengan selamba sebagai mengingati ketibaan d millennium!
"OMG . . . just like that? OMG . . . What do you mean? You mean, he bought the watch not because he needed one to keep time? OMG you mean he just wanted to commemorate some phase in time? OMG what do you mean . . . "
Aku potong pendek saja "OMG" yang banyak kali disebut si oja . . . berserta dengan ulangan "you mean, you mean . . ."
Hendak saja aku katakan kepadanya," What do you mean, what do I mean!"
Malas pula aku nanti kalau dijawabnya," What do you mean, what do I mean, what do you mean!"
Naik angin nanti aku pula layan,"What do you mean, what do I mean, what do you mean, what do I mean!"
Tak berkesudahan pula jadinya.
Apa yang ingin aku utarakan di sini ialah si oja tu tiba-tiba membuat kenyataan, " I would never have done such a thing . . . even if I have all the money in the world."
Kemudian oja bertanya pula," Would you?"
Eh si omputih ni . . . tanya aku pulak. Apa dia fikir aku ni tak banyak duit ke? Dia nak test aku kot! (Dia ni mesti tak tahu . . . duit dalam sebuah dua bank saja bukan aku punya . . . yang di bank-bank lain semua orang lain punya!)
Lantas aku jawab, " I would . . . provided . . ."
alah . . . ye . . . bio le teman cakap dalam bahasa ibunda teman . . . "dengan syarat jam yang mehe itu buleh mengembalikan masa yang telah cukup banyak teman baziokan . . . ataupun, jam berjenama hebat dan tersohor tu . . . buleh membekukan masa seantero dunia . . . mempercepatkan atau melambatkannya . . . menurut kehendak si pemakenya!"
Yang peliknya . . . ada orang dah punya jam mehe . . . tak kisah pulak ninggekannya di merata cerok! Tak sayang jam sebegitu klasik ke?
Omigod Omega!
image on BAMUDA ASSOCIATES |