M
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kota Keinsafan
Geylang Si Paku Geylang,
Geylang Si Rama Rama;
Pulang Marilah Pulang,
Marilah Pulang Bersama-sama . . .
Bait di atas terdapat dalam senikata sebuah lagu . . . Geylang Si Paku Geylang . . . yang popular di kalangan para penggemar dan pengikut lagu-lagu berbahasa Melayu di Malaysia.
Lagu ini lazimnya diperdengarkan di akhir sesuatu majlis atau keramaian . . . atau menjelang bahagian penutup sesuatu acara atau perjumpaan.
[ "Similar to the aud lang syne back home . . . I supposed," sampuk si omputih jiran aku tu!]
Penulis mengangguk kecil . . . mengiakan sahaja komen si Mat Saleh yang tak pernah diminta pun . . . untuk menghalangnya daripada terus membebel.
Setahu penulis . . . lagu aud lang syne . . . merupakan sebuah lagu lama bangsa Scotland . . . berfungsi untuk meluahkan rasa atau semangat persahabatan . . . dan secara tradisinya dinyayikan menjelang petang atau tengah malam Tahun Baru.
Jadi tidaklah tepat apabila si Mat Saleh jiranku itu mempersamakan fungsinya dengan fungsi lagu Geylang Si Paku Geylang . . . dalam situasi ini.
Tambahan pula . . . si omputih jiranku itu tersilap lagi . . . apabila menggunakan ungkapan 'back home' . . . kerana 'kampung' asalnya bukan Scotland tetapi England!

Di Oasis Atjeh Hotel
Tuan Hj Sani (kanan) dan Drs. Hj Radji Junus
Ibu Hjh Erwani Mutia (Meni) dan Pn Hjh Azizah
Pn Hjh Alimah
Raji dan Jamil
Menunggu di lounge hotel
Ha ah . . . dah siap semua . . .
Kita tunggu di sini saja . . .
Menunggu dengan penuh sabar . . .
Mengantuk ke?
Taklah! . . . Kita ke Airport sekarang . . .
Dah sampai pun . . .
Urusan check-in berjalan lancar . . . ramai 'pakar' yang membantu . . . ish, ish, ish . . .
Nanti ke mari lagi ya buk . . .
Pn Hjh Alimah (kiri), Nyonya Hjh Sri Aria Satiani
Penulis berempat ditemani ke airport oleh para sahabat dan sanak saudara di Banda Aceh ini pada pagi Ahad 23 September 2012.
Turut menghantar . . .
Seorang cucu (Yuda) dan seorang cicit (Fira) . . . hmm betul ke?
Pukullah tabuh . . . pukullah tabuh . . .
Penulis (kiri) dan Bapak Hj Zamhur
. . . Mana rebananya?
Insya-Allah kita mudah jumpa lagi kan . . .
Lagu Geylang Si Paku Geylang masih terngiang-ngiang di telinga penulis . . . baik ketika di kawasan menunggu awam di bangunan airport . . . mahupun sesudah memasuki kawasan menunggu khas di dalam untuk para penumpang pesawat sahaja.
Dah nak balik ni . . .
Cantik gak tempat ni . . .
Bye . . . Bandar Udara Internasional
Sultan Iskandar Muda . . .
All aboard . . .
Airborne . . . for 1 and a half hour . . .
Alhamdulillah . . . selamat tiba di LCCT Sepang
Menunggu kedatangan ahli keluarga . . .
Mana mereka agaknya?
Takpelah penat sedikit . . . asalkan gembira .
Geylang Si Paku Geylang mewarnai cerita perpisahan. Geylang Si Paku Geylang mengisahkan episod akhir sesuatu majlis atau keramaian . . . Geylang Si Paku Geylang menandakan perpisahan sesama insan.
Demikian halnya dengan kami yang 'terpaksa' berpisah setelah berkunjungan ke tanah bertuah ini.
Selamat tinggal Serambi Mekah. Terima kasih kerana telah memberikan kami suatu pengalaman yang amat menginsafkan.
Panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat . . . insya-Allah kami datang lagi.
Panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat . . . insya-Allah kami datang lagi.
Geylang Si Paku Geylang,
Geylang Di Kala Pagi;
Pulang Kami Dah Pulang,
Di Lain Kali Berjumpa Lagi.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com