Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Seawal jam 10:00 pagi Selasa 10 Julai 2012 . . . kami meneruskan kunjungan ke tempat-tempat menarik di sekitar Surabaya.
Petang semalam . . . ketika kereta yang kami tumpangi melewati suatu daerah dalam perjalanan pulang dari Taman Safari Indonesia II . . . aku terpandangkan sebuah masjid yang tersergam di sebelah kanan jalan . . . arah pulang ke hotel tempat kami menginap.
Aku bertanya kepada Yoto apakah masjidnya yang kelihatan begitu gah itu. Yoto menyatakan bahawa itulah masjid terbesar di Surabaya . . . malah di Indonesia. Masjid Al-Akbar kata Yoto.
Jamil yang sejak tadi asyik menikmati pemandangan dan suasana keliling tiba-tiba berkata," Aku dah pernah sembahyang sunat kat masjid tu dulu. Yoto bawa aku."
Aku tertarik dengan pernyataan Jamil itu . . . lantas timbul hajat untuk melakukan solat sunat di masjid itu juga jika ada kesempatan nanti.
Jamil dan Yoto berkata perkara tersebut 'bisa' diuruskan. Jamil berjanji akan membawa aku, Alimah dan Azizah* ke masjid itu keesokan harinya.
*[Rupa-rupanya Azizah juga belum lagi ke Masjid Al-Akbar walaupun sudah pernah sampai ke kota Surabaya sebelum ini.]
Maka begitulah kisahnya hingga kami semua berziarah ke Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya yang berlokasi di kawasan Pagesangan Surabaya Selatan, Jalan Masjid Al-Akbar (MAS) Timur No. 1 Surabaya.
Ringkasnya masjid yang terletak di sisi jalan tol Surabaya-Malang amat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.
Batu asas masjid terbesar di Surabaya ini mula diletakkan oleh Wapres (Wakil Presiden) H Try Sutrisno pada 4 Ogos 1995 atas gagasan Walikota Surabaya (ketika itu) H. Soenarto Soemoprawiro.
Perasmiannya pada 10 November 2000 dilaksanakan oleh Presiden Republik Indonesia (ketika itu) KH. Abdurrahim Wahid.
Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya yang mempunyai 45 buah pintu itu terbina di atas tanah seluas 11.2 hektar dan boleh menampung seramai kira-kira 59,000 jemaah sekali gus.
Satu pernyataan pihak Masjid Al-Akbar (MAS) dalam website mereka berhubung ciri binaan atap masjid ini amat menarik perhatian penulis: "Kesemuanya elemen penutup rangka atap tersebut telah teradopsi dari Masjid Raya Selangor di Syah Alam, Malaysia".
[Masjid Raya Selangor itu tentu sekali merujuk kepada Masjid Negeri di Shah Alam. Pasti terasa bangga menjadi seorang rakyat Malaysia apabila membaca pernyataan yang sedemikian.]
Pak Hj Sani di tangga pintu masuk utama MAS
Hj Sani dan Hjh Azizah
Penulis dan Hjh Alimah
Dua sahabat di pintu utama MAS
Hmm . . . dua sahabat ini pun tak mahu ketinggalan . . . pose juga
Rasa-rasa kenal mereka ni . . .
Pak Sani dengan Sunyoto (sidekicknya di Surabaya)
Di dalam dewan solat masjid . . .
Masih di dewan solat masjid. Perhatikan ada upacara pernikahan di belakang itu . . .
Azizah dan Alimah sempat bersolat sunat di dewan solat masjid . . .
Alhamdulillah . . . dapat jua kami bersolat di sini . . . seperti di tanah air sendiri
Indahnya bahagian dalam kubah masjid . . . pemandangan dari bawah
Pandang apa tu?
Pandang kamera le . . .
Persaudaraan Islam
Pak Sani berkenalan dengan Pak Sapto
(Pegawai Sekuriti Masjid)
Kemesraan
Pak Sani berbual-bual dengan Pak Sapto
(selepas bersolat)
Demikian secara ringkas penerangan tentang Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya yang dapat penulis perturunkan di siaran ini. Penghargaan penulis tujukan terhadap setiap sumber info yang membantu dalam penulisan ini.
Satu pemerhatian yang tidak dapat penulis abaikan ialah betapa banyaknya bilangan masjid yang terdapat di hampir setiap daerah (ceruk rantau) Surabaya. Banyak sekali dong!
Berbalik fikir . . . apalah yang hendak dihairankan. Penulis difahamkan bahawa populasi Surabaya memang termaklum padat . . . dan hampir 95 peratus daripadanya beragama Islam.
Mudah-mudahan sahaja masjid-masjid yang begitu banyak bilangannya itu sentiasa di isi para jemaah yang setimpal banyaknya. Amin!
Bamuda
dsuarang.blogspot.com