Thursday, September 27, 2012

Bertemu Pak Zamhur


WEDNESDAY, 26 SEPTEMBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Silaturahim Dua Sahabat Mekah  


Tarikh: 20 September 2012 (Khamis). Waktu Aceh:8:00 pagi. Lokasi: Oasis Atjeh Hotel, Banda Aceh



Alhamdulillah pada jam 8:00 pagi Pak Hj Zamhur sudah pun berada di lobi hotel tempat kami menginap. Tepat waktunya seperti yang dijanjikannya kepada Pak Hj Sani (Jamil) malam tadi.

"On time betul . . . orang ni," fikirku. Very punctual.

Sebenarnya, panggilan telefon daripada Pak Zamhur telah disambungkan ke bilikku sebelumnya . . . menyatakan beliau ingin bertemu sahabatnya Pak Sani. 

Pak Zamhur menegaskan bahawa beliau telah bercakap melalui telefon dengan Pak Sani malam tadi . . . dan berjanji untuk datang mengunjunginya pada sebelah pagi. Makanya pagi begini beliau sudah tiba.  






Kemesraan Antara Sahabat
Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur





Biarlah dia orang cerita . . . kita makan aje . . . hmm





Apa khabar Pak Haji sekarang?


Maka berlakulah pertemuan di Tanah Aceh ini . . . di antara dua sahabat yang pernah sekali cuma berkenalan di Tanah Suci Mekah . . . namun perkenalan itu terus bersemi dan menjadi ikatan silaturahim yang erat di antara dua insan . . . Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur.





Janji kita terus makan . . . posing sikit ok lah . . .




 Kat sini kena serius ke?














Tak le . . . santai aje macam bicara dua insan ni . . .


Bukan persahabatan antara dua insan ini sahaja yang bertambah kukuh. Kemesraan yang sedia terjalin itu meluas pula kepada kami yang lain-lain dalam group ini . . . hasil daripada keramahan Pak Zamhur sendiri yang tidak membataskan persahabatannya kepada Pak Sani seorang. 

Pak Zamhur mudah sekali mesra dengan orang di sekelilingnya. Itulah yang kami rasakan dalam pertemuan itu. Beliau seperti sudah amat lama mengenali kami. Begitulah sikap Pak Zamhur . . . yang secara sekali imbas dapat aku simpulkan. 





Minum? . . . merokok aje lah . . . he, he



Dah lama kita tak jumpa ya . . .




Diplomasi secawan kopi . . . penuh erti 


Pada pagi yang sama kami berhasrat pergi ke Sabang . . . untuk menikmati suasana nyaman dan melihat-lihat keindahan alam di pulau peranginan yang terkenal bukan sahaja di Indonesia . . .  malah di rantau sebelah sini.

Keponakanku Raji dan Meni sudah bersedia akan menemani kami melawat-lawat ke Sabang. Mereka juga datang ke hotel untuk menjemput kami ke Pelabohan Feri Ulee Lheue (bunyi macam Olele?)

[ Tiba-tiba aku teringat akan lirik sebuah lagu yang di antara baitnya ada tersebut begini: Olele di Kota Raja , Boleh tak boleh, Dibawa saja].

Pak Zamhur rupanya telah kenal juga dengan Drs Suradji Junus (Raji). Jadi pada hari yang mulia itu mereka berjumpa pula di lobi hotel yang sama untuk tujuan yang serupa.

Begitulah kehendak Tuhan. Kemesraan lantas terjalin di antara mereka. Alhamdulillah.





Dari kiri: 
Pak Zamhur, Pak Sani, Pak Suradji, Ibu Meni



Dari kiri:
Pak Suradji, Ibu Meni, Ibu Alimah,
 Ibu Azizah, Pak Zamhur, Pak Sani




Dari kiri: 
Ibu Alimah, Pak Zamhur, Pak Suradji, 
Pak Sani, Ibu Azizah, Ibu Meni





Penulis bersama Ibu Alimah, Pak Zamhur, 
Pak Suradji, Ibu Azizah, Ibu Meni 


Raji dan Meni membawa penulis dan Alimah menaiki kereta mereka ke pelabohan feri itu. Pak Zamhur pula membawa Pak Sani dan Azizah dengan keretanya. Beliau tidak turut bersama kami ke Sabang tetapi berjanji akan menjemput kami berempat apabila balik pada petang yang sama nanti. 

Selepas ini . . . kisah kami ke Sabang. Tunggu . . .





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Makan Ikan Bakar





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Makan Malam Hari Pertama


Setelah berehat sebentar di hotel dan kemudian menunaikan solat Maghrib, kami berempat dijemput oleh Raji dan Meni untuk keluar makan malam.

Kali ini anak mereka yang ke-4 . . . Agus Adiyatsah (Agil) . . . turut bersama mengiringi kami . . . sebagai juru pandu. 





Agil (pangkat cucu penulis) menguruskan 
tempat untuk kami makan malam










Kami dibawa ke tempat makan ikan bakar yang terkenal di  Banda Aceh. Memang enak makanan di situ. Terima kasih Raji, Meni dan Agil kerana membawa kami ke sana.














Selesai makan malam . . . kami yang agak keletihan kerana perjalanan siang tadi . . . memohon diri pulang ke hotel. 

[Dialog biasa
Agil: Tak apa-apa atuk . . . nanti Agil hantar saja atuk dan opah semua ke hotel.
Atuk: Terima kasih, Agil.]

Sebelum itu . . . Jamil teringat untuk menelefon sahabatnya yang dikenali ketika mereka sama-sama berada di Mekah pada tahun 2009 dahulu . . . Hj Zamhur . . . dengan tujuan mungkin mereka dapat bersua muka lagi. 

Alhamdulillah . . . Hj Zamhur lantas memberi tahu akan ke hotel tempat kami menginap itu . . . awal pagi esoknya . . . untuk menemui Jamil dan kami semua. 

Kami pun menanti hari esok . . . 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Dijemput Keponakan


SUNDAY, 23 SEPTEMBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ke Rumah Meni dan Raji


Seperti dinyatakan di awal siaran kunjungan ke Banda Aceh dan Sabang . . .  kami tiba di Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda pada  tengah hari Rabu 19 September 2012.

Kami dijemput dari airport tersebut oleh keponakan aku Hjh Erwani Mutia (Meni) dan suaminya Drs Hj Suradji Junus (Raji). Mereka terus membawa kami  berempat ke rumah mereka yang memakan masa kira-kira setengah jam waktu perjalanan.  





Fira (cucu sulung Meni dan Raji) 
membuka get rumah ketika kami sampai.
 Wah dah bercicit aku ni . . . hmm




 Dalam  kereta . . .  menuju garaj rumah



Setibanya kami di rumah Meni dan Raji . . .  kami dapat beristirahat . . .  bersembang-sembang sambil dihidangkan minuman dan juadah ringan.





Dari kiri: Hjh Meni, Fira, Hjh Alimah, Hjh Azizah, Hj Raji,
Hj Sani (Jamil)  




Keterangan gambar seperti di atas



Kami kemudiannya menikmati makanan lontong dengan side dish seperti daging goreng, udang goreng, sotong goreng, masakan tauchu, salad sayuran serta keropok, kerepek dll yang sungguh enak dan menyelerakan.






Dari kiri:
Alimah, Azizah, Meni, Fira, Jamil




Dari kiri:
Alimah, Azizah, Meni, Fira, Raji, Jamil








Dari kiri: 
Alimah, Azizah, Meni, Fira, Raji, Penulis



Setelah makan dan minum semahunya . . . kami sempat bergambar ramai sebelum berangkat ke hotel yang telah ditempah awal-awal lagi oleh sahabatku Jamil (maka itulah sebabnya kami tidak tinggal sahaja di rumah Meni dan Raji ini walaupun telah disediakan kamar-kamarnya oleh mereka.)




Dari kiri: 
Raji, Penulis, Meni, Fira (depan), Alimah, Azizah, Jamil




Dari kiri:
Raji, Penulis, Meni, Fira (depan), Alimah,
Azizah, Harry Susetia (Ary- anak ke-2 Raji n Meni)




Penulis berlatarbelakangkan pokok
 salak manis di rumah Meni n Raji




Atuk dan Cucu
Ari (kiri), Penulis


Kemudian kira-kira pada jam 4:00 petang waktu Aceh kami mula berangkat ke Oasis Atjeh Hotel. Raji dan Meni sudi menghantar kami ke hotel sambil mereka menghantar Ari ke pelabuhan.

Ari akan pulang ke Sabang dengan feri terakhir pada jam 4:30 ptg hari itu. Ari bertugas di Sabang.  











Onward to Oasis Atjeh Hotel










Terima kasih Raji dan Meni. Kami mohon berehat sebentar di hotel. Hingga episod seterusnya . . .






Bamuda
dsuarang.blogspot.com