Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Di Sini Jua Akhirnya
Dengan bacaan doa di atas kami melangkah masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka.
Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara mendahului rombongan. Beliau diiringi Shaiful Izwan satu-satunya anakanda Allahyarham LKpl Abdullah Majid bersama balunya Pn Hjh Salmah Hj Ali. Shaiful yang menunjukkan jalan ke mari tadi.
Perjalanan dari rumah keluarga Allahyarham ke sini mengambil masa 10 minit sahaja.
Perjalanan dari rumah keluarga Allahyarham ke sini mengambil masa 10 minit sahaja.
ke kawasan tanah perkuburan
Penulis menyusuli bersama
ahli-ahli keluarga Allahyarham
Tanah perkuburan di tempat ini luas dan kelihatan terjaga juga . . .
Saujana mata memandang . . .
Setiba di pusara Allahyarham Abdullah Majid kami sama-sama membaca doa dan ada yang sempat bertahlil ringkas di situ.
Alhamdulillah . . . walaupun tiada tercatat tulisan untuk seorang pahlawan atau terukir kata-kata buat seorang wira . . . pusara Allahyarham kelihatan hening sahaja pada petang itu.
Basri di pusara Allahyarham Abdullah Majid bersama ahli-ahli keluarga Allahyarham . . .
Basri menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham . . .
Begini . . .
dan begitu . . .
dan . . .
penulis . . .
Sempat Bertanya
Sebelum Melangkah Keluar
Ketika hendak meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu untuk pulang ke KL . . . penulis sempat mengajukan pertanyaan kepada Shaiful tentang apa yang kini istimewa dirasakannya sebagai anak seorang pahlawan negara.
" B-A-N-G-G-A "
Demikan jawapan Shaiful dengan satu perkataan ringkas . . . perkataan yang membawa seribu makna!
Menurut Shaiful selama ini beliau tidak merasakan apa-apa pun. Malah beliau tidak pernah mengalami apa yang diperkatakan tentang kehebatan pahlawan atau sifat kepahlawanan.
Kini setelah hadir dalam pertemuan ini dan beramah mesra dengan Basri dan rombongan barulah Shaiful benar-banar dapat merasakan betapa mulianya sifat kepahlawanan dan betapa pahlawan itu layak menerima penghormatan jika pun tidak disanjung!
Shaiful baru sedar Allahyarham ayahandanya seorang wira yang telah menabur bakti mulia kepada negara dengan kesanggupan mempertaruhkan nyawanya sekali pun!
Selepas itu kami bergambar ramai untuk kenang-kenangan . . . sebagai ingatan telah melawat pusara Allahyarham . . . bersama ahli-ahli keluarga beliau.
Salam Perpisahan
Surah al-Fatihah . . . tidak jemu-jemu kami bacakan sambil berjalan keluar meninggalkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka . . . tempat bersemadi jasad Allahyarham Abdullah Majid yang gugur dalam tragedi Ops Gubir II pada 25 April 1976.
Hari ini genaplah 36 tahun 7 bulan dan 5 hari berlakunya peristiwa yang menyayat hati ramai warga Malaysia ketika itu . . . dan pastinya juga mereka yang ada perhubungan darah daging atau persamaan tanggung jawab dengan Allahyarham!
Dari kiri:
Zawyah, Basri, Shaiful
berwajah ceria setelah terlaksana hasrat
yang terpendam cukup lama
Basri dan Shaiful serta keluarga ternyata amat puas dengan pertemuan ini . . . dari mula hingga akhir. Nyata terpancar kepuasan perasaan itu melalui seri wajah mereka setelah segalanya berlangsung.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat-NYA ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau sebaris para syuhadah . . . dan mereka yang gugur syahid . . . demi mempertahankan tanah air tercinta.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com