Monday, December 17, 2012

Dua Beradik Cerdik




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mengejar Cita-cita


Aku dipelawa anak-anakku ke sebuah hotel agak terkemuka di Petaling Jaya pada tengah hari  Sabtu 24 November 2012. Aku diundang ke sana untuk menghadiri suatu majlis meraikan kejayaan dua adik beradik . . . yang cerdik . . . dalam bidang akademik masing-masing. 

Adik beradik yang cerdik ini adalah dua daripada *empat cahaya mata dalam keluarga pasangan suami isteri Allahyarham Hj Zolkeplay Madiasin dan Pn Hjh Norhati Ibrahim. 

Mereka . . . Anwar Farhan bin Zolkeplay (anak sulung keluarga ini) dan adiknya Fatin Thurayyah binti Zolkeplay (anak kedua) . . . adalah keponakan isteriku.


*[Dua orang lagi Filza Zuhaira dan Fateha Syahira]






Kiri: Anwar Farhan bin Zolkeplay      Kanan: Fatin Thurayyah binti Zolkeplay




Aku tentu sahaja tidak menguzurkan pelawaan yang bertujuan baik sedemikian.  Sebaliknya . . .  jika kehadiranku dapat meniupkan sedikit semangat kegembiraan ke dalam diri mereka . . . maka aku kira  apalah salahnya aku raikan bersama-sama kejayaan yang amat bererti kepada dua anak muda ini. 

Sementelahan . . .  ayahanda mereka Allahyarham Zolkeplay Madiasin belum pun lama kembali ke rahmatullah.

Aku hanya terharu membayangkan betapa akan lebih melimpah rasa kegembiraan dan suasana keceriaan dalam majlis ini . . .  kepuasan yang sebenar . . . khasnya bagi anak-anak ini . . . andainya ayahanda mereka dapat turut sama meraikan!

Apa yang dapat diperkatakan lagi. Segalanya sudah menjadi ketentuan Allah swt.








Buku Program Istiadat


Pada sebelah pagi hari yang berkenaan . . . dalam Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM, Shah Alam . . . Anwar Farhan  dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Perangkaian Komputer. Tahniah Farhan. Pasti keluargamu bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini.










DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 
menyampaikan Ijazah Sarjana Sains Perangkaian Komputer 
kepada Anwar Farhan 



Untuk pengetahuan bersama . . . Farhan merupakan ahli keluarga besar Allahyarham Hj Yassin Ahmad dan Hjh Maimunah Mahat yang pertama mendapat ijazah di peringkat tersebut. Syabas jua diucapkan kepada beliau.






Suatu Kepuasan











Fatin Thurayyah pula menerima anugerah Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina) dalam Sidang Ketujuh pada Selasa 27 November 2012 di dewan yang sama. Tahniah Fatin. Semoga berterusan kejayaanmu. 








Fatin Thurayyah 
gembira menerima ijazah pertamanya













Alangkah gembira lagi . . . seandainya . . . 
























Majlis berlangsung secara sederhana namun tetap dengan penuh bermakna. Tidak dinafikan ada terselit unsur emosi di sana sini sepanjang perjalanan majlis. Ini ketara melalui ucapan-ucapan yang disampaikan ahli-ahli keluarga yang hadir . . . apatah lagi daripada Farhan dan Fatin sendiri.

Apa yang mampu aku berikan hanyalah sedikit kata motivasi dan nasihat kepada kedua-dua anak ini sambil berbual-bual dengan seisi keluarga.

Ingati dan hargailah sentiasa segala jasa dan bakti suci yang telah ditaburkan kedua-dua ibu bapa kalian . . . demi kebajikan dan kebaikan kalian semata-mata. Alhamdulillah.






























Ahli keluarga meraikan kejayaan Farhan dan Fatin




Mengakhiri penghargaan ini . . . penulis ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn Hjh Norhati Ibrahim yang walaupun berhadapan dengan dugaan dan rintangan yang sangat menguji semangat dan ketahanan minda pada waktu-waktunya . . . tetap bersabar memastikan penerusan dan kesinambungan pengajian Farhan dan Fatin sehingga mencapai tahap kejayaan yang diharapkan.

 Syabas Nor!





Bamuda
dsuarang.blogspot.com