Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Ulee Lheue dan Sabang
"Ole le di Kota Raja . . . boleh tak boleh dibawa saja . . . "
Penulis amat 'familiar' atau biasa dengan baris senikata ini dalam sebuah lagu tempatan Nusantara yang popular di daerah-daerah serantau dari dulu hingga sekarang.
Dulu (waktu zaman muda-muda le . . . he, he) penulis sering menyanyikan lagu ini dalam berbagai-bagai majlis sosial . . . tanpa mengambil berat lokasi yang disebut-sebut dalam lagu itu.
Rupa-rupanya 'Ole le' yang disebut-sebutkan dalam lagu itu adalah nama tempat yang terletak di kawasan paling barat provinsi Aceh, Indonesia . . . dan . . . di sanalah terdapatnya pelabuhan feri terkenal dengan nama Ulee Lheue (amat berbeza ejaannya berbanding sebutan atau bunyinya yang mungkin saja berasaskan sistem sebutan atau bunyi Belanda!)
Apa pun . . . mereka yang mahu ke Sabang atau Pulau Weh dari Banda Aceh . . . pelabuhan Ulee Lheue merupakan tempat menaiki feri yang tersohor di Aceh dan apabila hendak pulang ke Banda Aceh semula pengunjung perlu pula menaiki feri di pelabuhan bebas Sabang di Pulau Weh.
Pelabuhan Ulee Lheue
Banda Aceh
Pelabuhan Bebas Sabang
Pulau Weh
Perjalanan sehala . . . dari dan ke arah kedua-dua 'poin' yang berkenaan . . . dengan menaiki feri 'cepat' mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja.
Ada juga feri 'lambat' beroperasi dari kedua-dua pelabuhan ini . . . tetapi waktu yang diambil untuk perjalanan jarak yang sama lebih daripada satu jam suku . . . walaupun bayaran yang dikenakan murah sedikit.
Terpulanglah kepada pilihan atau kehendak para pengunjung membuat keputusan sendiri.
Bagi penulis . . . untuk ke Sabang / Pulau Weh . . . destinasi pelancongan yang istimewa dengan keindahan alam semula jadinya . . . lebih cepat sampai ke destinasi . . . dengan keadaan lebih selesa tentulah lebih menyeronokkan!
Cubalah ke sana dan rasai kegembiraannya. Sesuatu yang pasti ialah kita akan menginsafi betapa besar dan hebat kuasa Allah SWT.
Kita juga pasti mengagumi serta menghargai akan ciptaan-NYA yang tiada tolok bandingnya . . . setelah berkunjungan ke daerah-daerah seperti Sabang di Pulau Weh ini!
dsuarang.blogspot.com