Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Zaman Asrama dan Sekolah
Khamis 4 Julai 2013. Aku diundang ke Rumanissa. Sahabat karibku yang mengundang.
Setiap kali menjelang Ramadan dia akan membuat undangan begitu kepada ramai sanak saudara dan sahabatnya . . . tidak ketinggalanlah aku!
Nama sahabat karibku itu Harun. Sekarang bergelar Tuan Hj Harun. Nama penuhnya Harun bin Saeran.
Beliau inilah yang telah mengundang aku ke rumahnya . . . Rumanissa.
Tuan Hj Harun bin Saeran
Pn Hjh Madznah bt Adnan
Beliau inilah yang telah mengundang aku ke rumahnya . . . Rumanissa.
Penulis & Tn Hj Harun
berlatar belakangkan Rumanissa
Ketika bersekolah menengah pada tahun-tahun 1950-60an dahulu aku tinggal seasrama dengan Harun di Kuala Lumpur. Beliau seorang prefect (pengawas) asrama. Beliau memang layak menjadi 'prefect' kerana berwibawa sebagai seorang 'big brother'.
Harun seorang yang berdisiplin. Beliau cermat menguruskan hal-hal kehidupan sehari-hari. Beliau sering mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingannya sendiri.
Sikap Harun yang terpuji ini sudah terserlah sejak zaman persekolahan lagi. Zaman kami telah rapat bersahabat . . . malah boleh diumpamakan sebagai adik beradik.
Harun sering memberikan nasihat dan pandangan yang bernas dalam banyak perkara menyangkut hal ehwal 'permastautinan' kami di asrama ketika itu.
Ingin tahu mengapa aku diundang ke Rumanissa?
Sebenarnya aku memang sering ke Rumanissa (walaupun tanpa undangan he, he, hmm) . . . tetapi undangan pada setiap kali menjelang Ramadan ini ada keistimewaannya yang tersendiri.
Tuan Hj Harun Saeran akan menyediakan senarai nama sanak saudara dan sahabat handainya . . . dan kemudian akan memesan lemang dan rendang daripada 'tukang' lemang dan rendang . . . untuk 'disedekahkan' kepada mereka yang nama masing-masingnya terdapat di dalam senarai tadi!

Penulis berdiri di jalan masuk ke Rumanissa
Tuan Hj Harun Saeran akan menyediakan senarai nama sanak saudara dan sahabat handainya . . . dan kemudian akan memesan lemang dan rendang daripada 'tukang' lemang dan rendang . . . untuk 'disedekahkan' kepada mereka yang nama masing-masingnya terdapat di dalam senarai tadi!
Begitulah kebiasaan amalan beliau pada setiap tahun.
Aku terfikir sendiri-sendiri . . . "Tak sudah-sudah Harun ni bermurah hati terhadap insan di sekelilingnya."

Harun memang seorang yang pemurah. Aku ikhlas menyatakan hakikat ini.
Contoh yang paling tidak dapat aku lupakan:

Ketika di asrama dahulu . . . Harun merupakan antara segelintir amat pelajar yang memiliki radio bimbit (transistor radio) dan seterika (iron).
Barang-barang tersebut dapat dibelinya (walaupun ketika itu 'kecukupan' wang menjadi masalah utama para pelajar) berkat sifat berjimat cermat menggunakan bantuan 'scholarship' yang diterima daripada pihak kerajaan.
Walaupun beliau telah bersusah payah bersendirian dalam mendapatkan peralatan tersebut . . . Harun tetap bermurah hati berkongsi setiap kemudahan yang ada padanya itu.

Kemurahan hati beliau begitu ketara . . . hinggakan . . . kadang kala beliau sendiri tidak tahu di mana 'tersoroknya' radio dan seterikanya itu!
Ramai sangat 'hamba Allah' yang sempat menumpang 'kemudahan' milik Harun.
Harun tidak pernah banyak mempersoalkan perkara itu . . . asalkan peralatan yang berkenaan terjaga baik oleh si peminjam!
Begitulah sikap Harun yang baik hati sejak zaman kanak-kanak lagi.
Pada hari aku ke Rumanissa . . . Tuan Hj Harun sibuk menyediakan bungkusan lemang dan rendang yang hendak dibahagi-bahagikan kepada bakal penerimanya.
Dalam kesibukan itu . . . beliau tiba-tiba memegang bahu aku lantas berkata,"I've a surprise for you . . . sure engkau surprise punya!"
Beliau terus sahaja masuk ke ruang dalam rumahnya . . . dan 'menghilang' beberapa ketika.
Tertanya-tanya juga aku dibuatnya. Apa pula hal yang hendak disampaikan sahabatku ini?
Sejenak kemudian Harun muncul semula di hadapanku dengan membawa dua keping foto berbingkai kemas.
"Ha . . . ini ada dua gambar lama . . . satu gambar kawan-kawan hostel dulu . . . dan satu lagi gambar kawan-kawan kelas di sekolah," kata Harun.
Aku telitikan gambar kawan-kawan hostel terlebih dahulu (foto pertama) dan dapat mengecam beberapa orang daripada mereka (aku tiada di dalamnya? . . . entah ke mana hilang pada ketika foto diambil!) . . .
. . . dan kemudian menatap gambar kawan-kawan kelas Harun pula (foto kedua).
Aku dapat melihat air muka Harun yang sedikit 'kelesuan' seolah-olah membendung kenangan jauh ke masa-masa yang telah lama berlalu.
Aku tidak berasa hairan kerana Harun terkenal di kalangan kawan-kawan seasrama sebagai seorang yang sensitif, sentimental dan berjiwa halus.
Foto yang kedua itu . . . rupa-rupanya mengandungi personaliti kerabat diraja Selangor yang amat hebat di dalamnya.
Harun menunjukkan rakaman wajah yang kini cukup terkenal di negeri Selangor Darul Ehsan . . . malah di Malaysia . . . dalam foto tersebut.
Personaliti Diraja yang berkenaan ialah DYMM Sultan Selangor sekarang . . . Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Harun (berdiri no 4 dari kiri di barisan belakang)
Baginda sedarjah dengan Harun ketika belajar dalam kelas SMC (Special Malay Class) di St John's Institution, Kuala Lumpur pada tahun 1955.
Alhamdulillah . . . dapat jua aku tuliskan secebis kisah kawan karibku ini menjelang permulaan puasa Ramadan tahun ini.
Dengan sesuci hati dan setulus perasaan . . . aku berdoa agar kita semua mendapat segala keberkatan yang dianugerahkan Allah SWT sempena bermulanya puasa.
Aku juga berdoa semoga semangat persaudaraan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
Catatan:
Tuan Hj Harun bin Saeran beristerikan Pn Hjh Madznah bt Adnan dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan setakat ini tiga orang cucu.
Beliau terus sahaja masuk ke ruang dalam rumahnya . . . dan 'menghilang' beberapa ketika.
Tertanya-tanya juga aku dibuatnya. Apa pula hal yang hendak disampaikan sahabatku ini?
Sejenak kemudian Harun muncul semula di hadapanku dengan membawa dua keping foto berbingkai kemas.
"Ha . . . ini ada dua gambar lama . . . satu gambar kawan-kawan hostel dulu . . . dan satu lagi gambar kawan-kawan kelas di sekolah," kata Harun.
Aku telitikan gambar kawan-kawan hostel terlebih dahulu (foto pertama) dan dapat mengecam beberapa orang daripada mereka (aku tiada di dalamnya? . . . entah ke mana hilang pada ketika foto diambil!) . . .
Ahli-ahli pasukan sepak raga jaring MBH, KL 1950-60an
. . . dan kemudian menatap gambar kawan-kawan kelas Harun pula (foto kedua).
Aku tidak berasa hairan kerana Harun terkenal di kalangan kawan-kawan seasrama sebagai seorang yang sensitif, sentimental dan berjiwa halus.
Foto yang kedua itu . . . rupa-rupanya mengandungi personaliti kerabat diraja Selangor yang amat hebat di dalamnya.
Harun menunjukkan rakaman wajah yang kini cukup terkenal di negeri Selangor Darul Ehsan . . . malah di Malaysia . . . dalam foto tersebut.
Personaliti Diraja yang berkenaan ialah DYMM Sultan Selangor sekarang . . . Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Harun (berdiri no 4 dari kiri di barisan belakang)
YM Tengku Idris Shah (berdiri no 2 dari kanan di barisan tengah)
Baginda sedarjah dengan Harun ketika belajar dalam kelas SMC (Special Malay Class) di St John's Institution, Kuala Lumpur pada tahun 1955.
YM Tengku Idris Shah
(dalam kelas SMC 1955 di St John's Institution, KL)
Harun bin Saeran
(sekelas SMC 1955 dgn YM Tengku Idris Shah)
Guru Kelas SMC
St John's Institution, KL 1955
Alhamdulillah . . . dapat jua aku tuliskan secebis kisah kawan karibku ini menjelang permulaan puasa Ramadan tahun ini.
Dengan sesuci hati dan setulus perasaan . . . aku berdoa agar kita semua mendapat segala keberkatan yang dianugerahkan Allah SWT sempena bermulanya puasa.
Aku juga berdoa semoga semangat persaudaraan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
Hjh Madznah bersama Hjh Alimah
Selamat berpuasa Ramadan 1434H
Wassalam.
Catatan:
Tuan Hj Harun bin Saeran beristerikan Pn Hjh Madznah bt Adnan dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan setakat ini tiga orang cucu.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com