Wednesday, August 28, 2013

Perkahwinan Yuni n Ruly






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kemeriahan Walimatulurus



Setinggi-tinggi penghargaan daripada penulis sekeluarga kepada Ria D.M. (pangkat cucu saudara dgn penulis) dan famili Bapak dan Ibu Dahlawi (pangkat anak saudara dgn penulis) kerana sudi mengundang kami ke majlis (pesta) perkahwinan Yuni dan Ruly pada siang Isnin 19 Ogos 2013.









Majlis yang tetap berseri dengan kegemilangan suatu pesta perkahwinan itu diadakan di sebuah dewan sosial dalam daerah Banda Aceh.





















Penulis bersama Alimah (isteri) serta Lyana (anak) ke majlis tersebut ditemani ramai sanak saudara dari Sabang, Kuala Simpang, Medan dan Banda Aceh sendiri.



















Mereka juga merupakan di antara para tetamu yang diundang ke majlis perkahwinan Yuni dan Ruli pada hari itu.


Meriah. Sungguh meriah. Terjalin silaturahim di kalangan semua ahli keluarga dan sanak saudara yang kami temui ketika itu.








Untuk pasangan pengantin baru . . . Yuni n Ruly . . . atuk ucapkan selamat melangkah masuk ke gerbang kehidupan yang serba baru ini.






Tempuhilah segala ujian hidup dengan tenang dan bijaksana . . . sambil menikmati apa jua bentuk keseronokan berumah tangga yang dikurniakan Allah SWT bersekali dengannya . . . dengan penuh kesyukuran kepada-NYA. 

Setelah menjamu selera dengan makanan ala Aceh dan nasional yang lazat-lazat . . . kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersempena majlis yang berkenaan. 











Foto-foto yang terakam dipaparkan seperti di bawah ini. Pasti mengabadikan kenangan yang indah-indah di jiwa kita semua. 























Selain daripada berbagai-bagai jenis makanannya yang sangat enak . . . penulis amat tertarik dengan warna-warni tatarias dewan dan hiasan pelaminan serta bill board ucapan untuk pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan ini. 









































Sesungguhnya . . . bill board ucap selamat yang sebegini . . . penulis perhatikan . . . lumrah terdapat di majlis-majlis di rantau sebelah Nusantara ini . . . tidak di Malaysia. 









Itu penulis kira satu keistimewaan yang eksklusif bagi budaya ucap selamat di sini. 

Ahli-ahli keluarga DM selaku tuan rumah majlis yang meriah ini amat ramah dan mesra . . . serta pandai mengambil hati para tetamu yang hadir. 












Terima kasih kami ucapkan. Penghargaan seikhlas-ikhlasnya daripada kami sekalian terhadap layanan baik yang telah kami terima daripada famili ini sepanjang kami berada di majlis itu.

Penulis juga sudah pasti tertarik dengan persembahan seni lagu dan tari tradisional yang dihadirkan dalam majilis ini.




Suasana riang dan penuh keceriaan dapat diwujudkan dalam majlis begini dengan adanya seni budaya tradisional menghiasi waktu dan ruang peristiwa. 

Persembahan seni yang seperti ini sering memberikan tambahan 'semangat' kepada majlis semeriah ini. 



















Adat tetap terpelihara . . . dan tradisi tetap dihormati. Begitulah pegangan kita orang timur. 







Kata orang . . . " Hidup dikandung adat , mati dikalang tanah! "

Penulis berdoa kepada Allah SWT agar ikatan silaturahim yang telah terjalin dengan baik antara kita semua ini akan bertambah erat dan mesra dari masa ke masa . . . buat selama-lamanya.







Kami ucapkan selamat pengantin baru kepada Yuni dan Ruly sekali lagi . . . semoga berkekalan kasih dan sayang antara kalian hingga akhir waktu.

Amin dan Wassalam. Hingga kita bertemu semula . . . all d best!





bamuda
dsuarang.blogspot.com