Sunday, October 13, 2013

Selamat Datang Airyn






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Nia Airyn Sofeah
(Nas)




Syukur . . . Alhamdulillah. Keluarga AMB semakin berkembang. Semakin ramai bilangan anggotanya dengan tambahan seorang lagi ahli perempuan baru-baru ini. 





















Nia Airyn Sofeah (Nas) telah diamanahkan Allah SWT kepada pasangan suami isteri Halim Zaharyn Abdul Majid dan Noor Shafini Abdul Hamid pada 12 September 2013.

Airyn (penulis memanggil Nas begitu) dilahirkan Noor Shafini di Prince Court Medical Centre (PCMC), KL pada jam 2:57 petang hari Khamis itu. Beratnya ketika dilahirkan 3.05 kg.




































Paediatrician yang menjaga hal ehwal kesihatan Airyn ialah Dr Sharmila manakala Obstetrician yang mengendalikan urusan kelahirannya ialah Dr Seri Suniza.

Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada kedua-dua Dr Sharmila dan Dr Seri Suniza yang telah menyumbangkan khidmat bakti yang baik sekali sepanjang peristiwa kelahiran Airyn ini.














































Ramailah kaum keluarga dan sanak saudara yang datang melawat Airyn di PCMC. Ini termasuklah kakak Airyn sendiri Dian Seri Aishah dan adik beradik sepupu yang lainnya Amad, Ajim, Umar, Aish dan Kasih. Mereka semua tumpang gembira dengan kehadiran Airyn di kalangan mereka. Ada geng baru le katakan. 


















Nia Airyn Sofeah (Nas) adalah cahaya mata perempuan yang kedua bagi Halim dan Shafini selepas mereka dikurniakan Dian Seri Aishah dua tahun lalu. 

Kedua-dua Dian dan Airyn merupakan bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan Caesarean. Apa pun kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan segala-gala urusan kelahiran ini berlangsung dengan lancar dan selamatnya. 

Airyn cucu ketujuh bagi penulis dan opah Alimah dan adalah cucu perempuan yang ketiga dalam keluarga AMB. 

Di sebelah Tok Wan Abdul Hamid Abdullah dan Mak Tok Rohani Mohd Saad pula Airyn merupakan cucu kedua. Keluarga AHA baru mempunyai dua orang cucu . . . kedua-duanya perempuan.





































Ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara semuanya menerima kedatangan Airyn dengan semangat penuh kasih sayang. Mereka menerima kehadiran Airyn dengan penuh ikhlas dan berusaha menyediakan segala yang terbaik untuk ahli keluarga terbaru ini ibarat "menatang minat yang penuh". 

































Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kami kehadiran seorang puteri yang kami namakan NIA AIRYN SOFEAH.

Sudah ketentuan-MU jua . . . di sebelah keluarga AMB . . . tarikh kelahiran Airyn bertepatan dengan tarikh kelahiran Abah Mi (Halmy Zahari) . . . dan sama bulan kelahiran dengan Mak Lin (Mazlyn Hanim), Mak Cu Nana (Marlyana Haniz) serta hmm . . . atuk yang menulis ini le.

Di sebelah keluarga AHA pula bulan kelahiran Airyn (September) bersamaan dengan bulan kelahiran Makcik Azrin (Rin) dan Pakcik Nizar (Uli). Sama bintang kata orang!












Kami semua mengucapkan selamat datang kepada Nia Airyn Sofeah. Kami doakan Airyn gembira berada dalam keluarga ini dan dapat menyumbangkan segala kebaikan dan kebajikan bagi manfaat keluarga besar ini.


Kami doakan Airyn menjadi anak solehah . . . taat kepada Allah SWT serta kedua-dua ibu bapa.

Kami doakan juga Airyn berakhlak mulia dan menjadi warga negara Malaysia yang setia dan sentiasa bersyukur. Amin. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com