Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Gimik Pintar
Salah satu daripada erti kata akar 'sila' ialah "duduk dengan kaki berlipat dan bersilang".
Perbuatan 'bersila' pula membawa erti "duduk dengan melipatkan dan meyilangkan kaki."
Namun . . . bukan erti perkataan yang hendak penulis ketengahkan di sini. Bukan ketepatan makna kata-kata yang hendak penulis bahaskan.
Apa yang ingin penulis nyatakan ialah kadang kala penggunaan kata-kata bukan semata-mata bertujuan untuk mengelirukan tetapi lebih merupakan suatu seni gimmickry.
Sesungguhnya kata-kata yang digunakan menampakkan daya kreativiti pihak yang membuat gimik itu.
Kata-kata begini boleh dianggapkan sebagai kata-kata gimik yang mudah tetapi pintar!
Berikut ini kisah yang hendak penulis sampaikan:
Penulis bersama dua orang sahabat singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran di Medan, Sumatera tidak berapa lama dahulu.
Restoran itu diberi nama Rumah Makan Simpang Tiga. Penulis mendapat tahu kemudiannya bahawa restoran itu agak terkenal di daerah sana.
Rumah makan yang berkenaan mempunyai dua bahagian ruang makan . . . satu di sebelah kiri (sayap kiri) dan satu lagi di sebelah kanan (sayap kanan) dari arah laluan masuk pintu hadapannya.
Di sayap kiri restoran ini tersedia kerusi meja biasa seperti di rumah-rumah makan yang lain untuk para pengunjung duduk menjamu selera.
Di sayap kanannya pula terdapat meja-meja rendah ala meja Jepun untuk kegunaan para pengunjung duduk makan.
Penulis bertiga sahabat ingin menjamu selera ala di restoran Jepun. Jadi kami melangkah masuk ke ruang makan di sayap kanan rumah makan tadi.

Ketika melangkahkan kaki masuk ke ruang makan itu perhatian penulis segera tertumpu kepada 'kata-kata aluan' yang terpapar di atas pintu gerbang (gapura) di situ. . . Selamat datang di ruangan bersila.
Kata-kata ini ditujukan kepada para pengunjung yang mahu makan bersila seperti dilakukan orang Jepun atau para pelanggan yang makan di restoran Jepun.
Sebaik sahaja pelayan restoran menunjukkan kami meja tempat untuk menjamu selera . . . kami pun terus mahu bersila di sisi meja itu.
Melihat kami mahu melakukan sedemikian, pelayan rumah makan terus berkata:
" Pak, gak perlu bersila benar-benaran . Cukup kakinya aja diunjurkan nanti."
" Pak, gak perlu bersila benar-benaran . Cukup kakinya aja diunjurkan nanti."
Penulis agak kehairanan. Keliru. Penasaran.
Tak sopan berlunjur kaki bermalas-malasan sambil makan!
Pelayan rumah makan kemudiannya menyingkap sedikit kain alas meja itu.
Lubang itu cukup sahaja kedalamannya untuk kami menjuntaikan kaki sambil makan di meja rendah itu dengan selesa.
Maka jelaslah . . . para pelanggan yang menjamu selera di ruang makan ini akan kelihatan seolah-olah bersila menghadap makanan yang terhidang. Sebenarnya mereka cuma duduk dengan berjuntai kaki sambil makan.
Penulis terfikir sendiri. Bagus juga idea pihak pengurusan rumah makan ini.
Dengan cara ini mereka berjaya mencapai dua tujuan sekali gus. Begitulah kecekapan mereka melaksanakan dasar serampang dua mata!
Dengan cara ini mereka berjaya mencapai dua tujuan sekali gus. Begitulah kecekapan mereka melaksanakan dasar serampang dua mata!
Mereka tidak mengecewakan orang yang tidak mampu duduk bersila lama-lama untuk makan.
Pada waktu yang sama mereka memenuhi hasrat pelanggan yang mahu duduk bersila ketika makan ala di restoran Jepun.
Pada waktu yang sama mereka memenuhi hasrat pelanggan yang mahu duduk bersila ketika makan ala di restoran Jepun.
Apa-apa pun, kalau di Malaysia "bersila" itu membawa erti "duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki".
Apakah mungkin di Medan erti "bersila" itu pula cukup sahaja dengan "menjuntaikan kaki" . . . dalam lubang yang dikorek bawah meja . . . hmm.
Tak apa-apa . . . pokoknya Perbaungan-Medan-Malaysia itu tetap mantap!

bamuda
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com