Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Nora n Jeffri
Alhamdulillah penulis suami isteri dapat turut meraikan majlis pernikahan anak saudara . . . Nora Ruszalina bt Rusilan . . . anakanda kepada Rusilan Hj Mohd Yunus dan Haleza Khusaini . . . dengan pasangannya Mohd Jeffri Lee Mohmed Ramli.
Majlis diadakan di rumah ibu bapa pengantin perempuan di Bukit Indah, Ampang. Acara pernikahan selesai dijalankan pada jam 10:00 malam hari Rabu 11 Disember 2013 bersamaan 8 Safar 1435H.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan teratur walaupun jurunikah tiba lewat sedikit daripada waktu yang dijanjikan . . . kerana bertembung dengan suatu majlis tazkirah di masjid kariah daerah situ.
Suatu majlis yang tergolong sederhana tetapi penuh diwarnai kegemilangan.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com