Sunday, December 29, 2013

Pertunangan Arah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ikatan Awal 


Suatu majlis pertunangan antara Arah dan pasangannya telah diadakan di rumah ibu bapanya Encik Mohd Yazid (Kantan) dan Cik Yah di Bidor, Perak.















Majlis berkenaan berlangsung pada hari Sabtu 28 Disember 2013 bersamaan 25 Safar 1435H dan dihadiri oleh ramai ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.


Alhamdulillah . . . penulis dan isteri (Alimah) serta anak (Lyana) sempat melapangkan waktu ke Bidor menghadiri majlis itu. 






Arah berpangkat anak saudara kepada penulis. Bapanya adik ipar* kepada abang penulis.


*[Sebenarnya keluarga bapa Arah memang sedia mempunyai pertalian saudara dengan keluarga penulis . . . walaupun seandainya tiada berlaku sebarang perkahwinan antara ahli daripada kedua-dua keluarga kami.]  

Penulis gembira dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai dalam majlis pertunangan anak saudara ini.


Sesungguhnya kegembiraan lebih-lebih lagi dirasai penulis kerana dapat bersua dengan abang sendiri . . . Tuan Hj Ismail Baharom . . . yang menjadi jurucakap (orang depan) pihak perempuan dalam majlis pertunangan pada hari itu. 




















Alhamdulillah . . . majlis pertunangan Arah berjaya dilangsungkan dengan teratur dan penuh meriah. 


Segala acara . . . menyambut para tetamu . . . 















. . . mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki yang meminang . . .  












. . . perbincangan dua hala antara dua pihak . . . 










































. . . saling bertukar hadiah . . . 



















. . . bertahlil dan membaca doa . . .



















. . . upacara menyarung cincin . . . 





















. . . dan jamuan makan . . . 































. . . terlaksana dengan penuh semangat persaudaraan yang mesra.


Kepada Kantan dan Yah . . . terima kasih sudi mengundang kami ke majlis tuan dan puan yang penuh meriah itu. 


Kami doakan majlis kemudiannya sebagai kesinambungan kepada majlis yang dijalankan pada hari ini akan seterusnya juga berlangsung dalam suasana yang sebegini meriah atau lebih lagi. Amin.


Penulis sekeluarga bermohon diri untuk pulang ke KL setelah menjamu selera dan berbual-bual dengan sanak saudara pada penghujung majlis.


In shaa Allah . . . panjang umur kita berjumpa lagi.




bamuda
dsuarang.blogspot.com