Thursday, January 23, 2014

Kesan Peninggalan Sejarah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Batu Bersurat atau Batu Bersejarah?


Papan tanda Batu Bersurat yang mempunyai terjemahan bahasa Inggeris . . . Historical Rock . . . cukup mengelirukan.

Adakah batu yang terbelah dua ini . . . memang bersurat . . . atau hanya bongkah batu lama yang dianggap 'bersejarah'?














Penulis tercari-cari akan butir yang lebih lengkap atau sebarang maklumat tambahan tentang batu bersurat ini. 

Kalau ada informasi yang dicari, sekurang-kurangnya dapatlah penulis sedikit petunjuk berkaitan keistimewaan batu ini dari segi peristiwa dan sejarah.

Kecewa juga sudahnya. Penulis tidak terjumpa walau sedikit pun keterangan yang dicari itu! 




























Kemudian penulis dan ahli-ahli keluarga menjenguk ke Kota Belanda pula. Kota peninggalan sejarah zaman penjajahan Belanda di Pangkor ini terletak tidak jauh bersebelahan lokasi Batu Bersurat tadi. 










Di sini terdapat serba sedikit penerangan tentang kota yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. 

























Walau bagaimana pun . . . banyak lagi usaha boleh dilakukan untuk menaiktaraf tempat ini . . . usaha yang bersungguh-sungguh ke arah menjadikannya tempat kunjungan yang lebih diminati para pencinta sejarah, khasnya dan para pengunjung tempatan atau pelancong asing ke pulau ini, amnya.

































































Penulis berpendapat pihak berwajib  dan orang ramai (terutama sekali warga tempatan) harus berganding bahu menjaga kebersihan dan memelihara keindahan tempat-tempat bersejarah di Pulau Pangkor. 























































Langkah-langkah memulihara dan menyenggarakan tempat-tempat begini mestilah dilakukan dengan bersistem dan rapi demi mewujudkan tapak peninggalan sejarah yang berkelas nasional mahupun antara bangsa.  






























































Mudah-mudahan tempat-tempat peninggalan sejarah ini boleh menjadi kebanggaan buat negeri Perak Darul Ridzuan . . . dan seterusnya negara Malaysia.




















Sumbangan masa, tenaga, dan buah fikiran selain daripada peruntukan kepakaran dan bantuan wang ringgit daripada semua pihak yang prihatin . . . ke arah mencapai matlamat ini . . . tentunya sangat dialu-alukan.






Hingga kita . . .





berjumpa lagi . . . 





 salam mesra . . .






buat semua . . . 






pencinta peninggalan sejarah negara 






bamuda
dsuarang.blogspot.com