Thursday, July 3, 2014

Buskers @ A' Famosa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kehebatan Bakat Tersendiri 


Ketika mengunjungi kota bersejarah A' Famosa di Banda Hilir, Melaka pada Sabtu 24 Mei 2014 penulis berkesempatan menyaksikan persembahan muzik dan nyanyian sepasang insan seni. 
































Dua orang insan seni yang penulis temui itu . . . seorang lelaki dan seorang wanita . . . penulis kenali kemudian . . . masing-masingnya bernama Baharudin (Din / Pitt) dan Ira. Mereka buskers.


Mereka ini tergolong dalam kelompok pemuzik / penyanyi bebas yang membuat persembahan di luar / di jalanan atau apa yang diistilahkan sebagai 'pengamen' di Indonesia dan paling popular disebut buskers di kalangan pengikut / penggemar seni hiburan di seluruh dunia.

Din khususnya mempunyai suara yang amat baik dan gaya persembahan yang menarik manakala Ira merupakan seorang pelajar yang kelihatan sungguh gigih mempelajari cara terbaik menguasai kemahiran seni ini.  

Seperkara yang harus penulis nyatakan di sini ialah Din juga terbukti seorang pelukis yang mahir. 

Karya lukisannya dapat dilihat di tempat beliau menjalankan aktiviti muzik dan nyanyiannya itu. 

Juga menarik . . . hasil kerja seninya itu terjual dengan harga yang cukup berpatutan.  





























Kedua-dua Din dan Ira ini berhemah tinggi dan pada pandangan penulis masih berpegang teguh kepada cara dan budaya ketimuran dalam berbicara / berkomunikasi dengan penonton.

Tahniah buat Din dan Ira kerana tidak melupakan 'akar umbi' kebiasaan orang kita.

Nanee dan Intan . . . dua anak saudara penulis dari Medan, Sumatera Utara . . . tentunya berkongsi pendapat yang sama dengan penulis!



















Sedikit fakta yang menarik tentang buskers zaman ini. Mereka bukan sahaja berbakat sebagai penghibur tetapi juga terpelajar.

Ramai di antara mereka merupakan pelajar kolej atau mahasiswa universiti. Ada yang terus bergiat dalam bidang ini walaupun setelah mereka lulus pengajian tinggi dan bergelar mahasiswa.

Sudah ada pula buskers yang berjaya 'menempah nama' dan menjadi terkenal dalam bidang hiburan di tanah air mahu pun di luar negara.



















Penulis dengan ikhlas mengucapkan syabas kepada mereka ini dan berdoa agar mereka berhasil mencapai matalamat kejayaan hidup yang mereka inginkan.

Tiada salahnya melakukan kerja / usaha yang halal demi menegakkan suatu kehidupan yang penuh bererti!    










Keep up your good work . . . Din n Ira. Salam.



bamuda 
dsuarang.blogspot.com