Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Jom Ke Selayang
Pagi Ahad 25 Mei 2014 penulis membawa rombongan ahli keluarga dari Sabang dan Medan berkunjung ke rumah abang penulis (Abang Ngah) . . . Tuan Hj Ismail Baharom.
Nanee, Intan, Ayi memanggil beliau 'Pak Ngah'. Icha, Faris dan Alif pula tentulah memanggilnya 'Atuk' seperti panggilan mereka terhadap diri penulis.
Setelah tiba di rumah Abang Ngah, kami duduk di ruang tamu sambil penulis memperkenalkan ahli-ahli keluarga famili besar Tok Shariff . . . antara satu sama yang lainnya.
Anggota keluarga dalam famili besar Tok Shariff kemudiannya terus memperkenalkan diri dan keluarga masing-masing.
Tuan Hj Khairol Anuar (anak sulung Hj Ismail) memulakan penyampaian maklumat . . . disusuli mereka yang lain.
Sesudah semua saling berkenalan dan memahami susur galur pertalian keluarga . . . kami pun ke ruang makan untuk menjamu selera.
Kami makan seenaknya makanan yang terhidang. Makanan yang disajikan Kak Nina (Kak Ngah) makanan tempatan yang amat popular di sini . . . nasi lemak sambal udang berencah petai . . . dan kuihnya pula lepat pisang.
Selesai makan kami bersembang lagi sehingga menjelang tengah hari.
Kemudian kami serombongan memohon diri bergerak ke rumah bapa saudara penulis . . . (Pak Uda) . . . Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff di Petaling Jaya bagi meneruskan kunjungan silaturahim dengan keluarga di sana pula.
Sebelum berangkat ke PJ kami sempat bergambar ramai di pekarangan hadapan rumah.
Terima kasih Abang Ngah Hj Ismail dan Kak Nina Hjh Zaleha atas kesudian menyambut kami dan kemesraan serta kebaikan budi melayan kunjungan ahli-ahli keluarga besar Tok Shariff khasnya mereka yang datang dari tanah seberang.
Insha Allah . . . panjang usia . . . ada rezeki kita berjumpa lagi.
bamuda
dsuarang.blogspot.com