Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Balik Keramat
Para tetamu dari tanah seberang dijemput E dan Roy dari Segambut ke Keramat pada petang Isnin 26 Mei 2014.
Mereka dibawa 'balik' ke d' SUARANG untuk makan malam dan kemudiannya relaks sebentar . . .
Setelah itu barulah mereka dihantar ke rumah Halim/Shafini untuk beristirahat.
Kesempatan berada di d' SUARANG walaupun untuk seketika waktu pada malam itu kami penuhi lagi dengan acara santai . . . berfoto seisi keluarga.
Esok pagi hingga petang program kunjungan tetamu akan padat dengan lawatan ke KLCC, Dataran Merdeka, Galeri KL dll.
Ada juga rancangan ke I-City di Shah Alam pada sebelah malam esok jika keadaan mengizinkan dan paling penting para tetamu tidak terlalu 'capek' atau keletihan.
So until tomorrow . . . harap-harap para tetamu dapat beristirahat secukupnya di rumah Halim/Shafini malam ini.
bamuda
dsuarang.blogspot.com