Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Secawan Kopi:
Pencetus Mesra atau Pemangkin Lara?
Perhatian penulis tertarik kepada penulisan Siti Zarina Sahib dalam akhbar Harian Metro Isnin 29 September 2014 tentang Hari Kopi Antarabangsa dan betapa kopi menjadi minuman kegemaran masyarakat dunia setelah awalnya diperkenalkan oleh para penduduk sekitar Laut Merah dan kemudiannya oleh warga Arab lain.
Pengaruh kopi begitu meluas sehinggakan kopi layak diperuntukkan satu hari yang khas setiap tahun buatnya.
Info yang disampaikan Siti Zarina Sahib sungguh menarik. Penulis yakin tidak ramai yang sedar atau tahu bahawa kopi telah pun ada hari antarabangsanya sendiri.
Ini bererti kopi sudah mencapai kedudukan yang semacam sama statusnya dengan kanak-kanak, ibu bapa, pekerja, guru, kesihatan, kanser dan banyak lagi golongan serta bidang lain yang punya hari pengiktirafan antarabangsa masing-masing.
Penulis berharap biarlah bahan pencetus semangat jenis ini sahaja mendapat 'pengiktirafan' antarabangsa . . . jangan sampai melarat kepada bahan 'penyegar' lain seperti rokok, arak, dadah dsb yang kian digemari ramai ahli masyarakat moden sekarang!
Namun . . . apa benarkah kehadiran kopi dalam gaya hidup masyarakat moden memang sebagai pencetus semangat bagi hal-hal yang positif sahaja . . . atau ada sisi negatifnya yang jarang mahu diceritakan orang.
Penulis bukan ingin menganjurkan (jauh sekali menggalakkan) pandangan negatif terhadap amalan 'mengopi' ini . . . cuma kadang kala terlintas di benak ini akan hal-hal yang sering tidak enak didengari, dilihat dan paling teruk dialami bersangkutan dengan 'secawan kopi' yang boleh memesongkan kemurnian erti menikmati minuman kopi.
Keratan Akhbar
(Harian Metro 29 September 2014)
Apa pun pada akhirnya segala sesuatu tentang bicara keistimewaan kopi ini terserah kepada pertimbangan dan kebijaksanaan setiap individu penggemar kopi atau yang gemar 'mengopi'.
Penulis ada ceritera kopi yang ingin dipaparkan semula . . . dengan mengambil kira sudut positif dan negatifnya. Sudikanlah ikuti:
TUESDAY, JUNE 8, 2010
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Secawan Kopi
Seperti dijanjikan dalam blog yang lalu, ini kisahnya . . . kisah secawan kopi!
Ceritanya begini. Para tetamu meninggalkan d'SUARANG setelah selesai majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung pada petang Sabtu 29 Mei 2010. Ada yang sudah lama pulang. Ada yang baru pulang. Ada pula yang baru memohon untuk pulang. Kategori tetamu yang terakhir ini termasuklah Tuan Hj Mohd Nadzar & Puan Hjh Zaleha (Pak Uda & Mak Uda Penulis).
"Secawan Kopi"
Puisi AMB tertulis pada tahun 2005
ttg tipu muslihat "belanja minum kopi"
Pasangan Bahagia
Pak Uda Hj Mohd Nadzar & Mak Uda Hjh Zaleha
Petikan Puisi
Bhg I
Anak Beranak
(penulis bersama bapa saudara)
Cakap omputih sikit . . . hmm
Uncle & Nephew
Tuan Hj Mohd Nadzar & AMB
Apabila mengetahui Pak Uda Nadzar & Mak Uda Zaleha hendak pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Penulis dan Alimah (isteri) meminta mereka tunggu sekejap untuk bergambar kenangan. Pak Uda & Mak Uda dengan sikap penuh 'sporting' menunaikan permintaan kami itu. Selesai gambar diambil mereka berdua terus ke pintu pagar rumah menuju ke kereta untuk pulang.
Keturunan Keluarga Tok Shariff
Dari kiri:
Penulis, Hjh Zaleha, Hj Mohd Nadzar & Alimah
Petikan Puisi
Bhg II
Hj Mohd Nadzar & AMB
Tiba-tiba, adinda Basri Hj Omar bersuara kepada Pak Uda lebih kurang begini bunyinya.
"Tak kan nak balik dah ... Pak Uda. Kena secawan kopi dulu. OK kot ... One for the road!"
Terhenti langkah Pak Uda Nadzar suami isteri. Pak Uda menoleh ke arah Basri dan berkata perlahan," Boleh juga gamaknya . . ."
Pak Uda berkata demikian sambil memandang kepada Mak Uda Zaleha. Seolah-olah memohon sokongan isterinya itu.
Penulis perasan situasi itu lalu meminta pengesahan daripada Mak Uda.
"Boleh ke Pak Uda minum kopi?"
Siapa Buat Perangai?
Penulis & Pak Uda Nadzar memerhatikan sesuatu
Petikan Puisi
Bhg III
Macam-macam topik dan hal diperkatakan sambil menikmati secawan kopi
Mak Uda Zaleha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Penulis terus menerima isyarat itu sebagai kelulusan yang membenarkan Pak Uda Nadzar meminum kopi. Maka Penulis pun mempelawa Pak Uda Nadzar masuk semula ke rumah untuk menikmati secawan kopi . . . pastinya yang panas dan menyegarkan.
Sambil melangkah ke ruang tamu Pak Uda Nadzar berkata (seperti berbisik) dengan selamba,"Ha ah, teringat Pak Uda rangkai kata One For The Road tu . . . dulu-dulu famous penggunaannya di kalangan kawan-kawan rapat dan orang yang mengembara . . ."
Pak Uda masih ketara seorang Guru Bahasa yang hebat. Fikirannya masih intact. Pengetahuannya masih luas. Pertuturannya cermat dan teratur. Beliau pandai menggunakan peribahasa dan perumpamaan dsb dengan tepat dan sesuai.
Gaya bahasanya juga cantik dan halus. Tetapi, loghat Peraknya tak boleh buang langsung. Begitu tebal dan mendalam! Mungkin jati dirinya sebagai anak Perak begitu teguh walaupun sudah berpuluh tahun bermastautin di Selangor khususnya Petaling Jaya!
Petikan Puisi
Bhg IV (akhir)
Penulis mengingatkan Pak Uda Nadzar bahawa sebentar tadi selepas makan . . . ketika hendak meminum air sarsi . . . Pak Uda ada menyatakan begini,"Pak Uda ingat kopi tadi."
Pak Uda mengiakan kata-kata Penulis. Beliau lantas mengakui bahawa kadang-kala timbul keinginan yang kuat untuk meminum kopi. Maka katanya,"Elok juga Basri ngajak minum kopi ni. Kalau dah jeki (rezeki) tu tak ke mana le."
One For The Road
(Lt Kol Bersara Hj Basri 'bercerita' ttg keenakan kopi
sambil Hj Mohd Nadzar mendengar dgn penuh teliti)
Penulis mempelawa Mak Uda Zaleha minum kopi sekali. Mak Uda pun dengan 'sporting' menerima pelawaan itu. Penulis senang dengan sikap kedua-dua ibu dan bapa saudara ini yang jelas menunjukkan mereka pandai menjaga hati dan perasaan orang lain.
Seronok . . . dapat convince . . .
(Hj Mohd Nadzar, Hj Basri & Afnan)
Sambil meminum kopi adinda Basri membuat kenyataan lebih kurang begini,"OK lah kot . . . kalau boleh dapat convince orang senior . . . Bukan senang nak convince orang nak setuju dengan kita (apatah lagi) . . . orang paling kanan dalam keluarga pulak!"
Sembang Terus
Ahai, Ahai Ketawa Le Lagi
(Mesra terasa bersembang sefamili
Cikgu Nadzar dan Lt Kolonel Basri Omar
Shafik & Ashraf asyik memerhati)
Penulis bersetuju dengan kenyataan Basri itu.Penulis membuat kesimpulan bahawa Basri berjaya berbuat demikian kerana beliau tahu cara melayan dan menghormati orang yang jauh lebih tua daripadanya. Dan, kerana itu juga orang yang lebih tua daripadanya menyayangi beliau!
Paling penting . . . Penulis amat yakin bahawa Basri mempelawa Pak Uda Nadzar dengan hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang lencongan niat . . . seperti berbagai situasi 'lain' dalam hal pelawaan minum kopi yang cuba dihuraikan Penulis melalui puisi "Secawan Kopi" yang tertera dalam blog ini.
Syabas kepada kedua-dua pihak. Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi.
Thanks for making my day!
dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda at 6:04 PM
bamuda
dsuarang.blogspot.com