Monday, May 4, 2015

Merisik Khabar







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Jumaat 1 Mei 2015 yang baru lalu . . . cuti hari pekerja di seluruh negara.

Penulis dan ahli-ahli keluarga mengatur perancangan. Kami bersama-sama melakar suatu perjalanan.

Bukan ke utara atau ke selatan. Kami mahu ke Pantai Timur yang keindahan pesisiran dan lautannya cukup masyhur! 

Penulis ingin memanfaatkan waktu yang terluang pada hujung minggu untuk beristirahat . . . sambil merisik khabar di Gong Badak . . . bagi memenuhi suatu hajat. 


Hajat melaksanakan sesuatu yang murni. Ingin menyunting si kembang sari.

Doa kami semoga Allah SWT memperkenankan . . . biar lancar segala urusan. 

Mudah-mudahan tujuan yang baik ini dipermudahkan-NYA . . . tanpa banyak halang bicara. 

Mudah-mudahan tercapai segala yang dihajatkan tanpa gangguan sebarang rintangan.   Amin. 

[Foto-foto yang dirakam dalam majlis ringkas "merisik" di rumah keluarga Encik Azahar Hussein / Cikgu Wan Rosliha tertera seperti dalam siaran blog ini.] 





































Yang ditunggu sudah pun tiba,
Yang menunggu sudah pun sedia;
Kerana semua sudah menanti,
Eloklah dimulakan acara ini.
























Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah perkasa singgah di para;
Bukan madah sebarang madah,
Madah pembuka wadah bicara.



































Tinggi darjat orang bestari,
Sudah berilmu bergaya pula;
Kami berhajat merisik 'puteri',
Andai setuju katakanlah "ya".






































Yang tersirat sudah tersurat,
Yang tersurat semakin nyata;
Yang diikat biarlah erat,
Yang bermuafakat biarlah sekata. 




























Bunga selasih taruh di pinggan,
Kami datang hendak bertanya;
Terima kasih penuh penghargaan,
 Kami senang permintaan diterima.




















































































Hidup ini dikandung adat,
Bila mati berkalang tanah;
Tinggi budi tinggilah darjat,
Tanda bukti orang berhemah.














































































































Pohon duri dielak helang,
Helang bimbang kaki cedera;
Mohon diri kami nak pulang,
Pulang dengan hati gembira.
































































































'''''











Lagu 'Geylang Si Paku Geylang',
'Geylang' bertempat di Singapura;
Harapan kami sebelum pulang,
Moga yang tinggal gembira juga.













































Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.




















































Cenderawasih tinggi di awan,
Terbang menuju ke kaki langit;
Terima kasih kami ucapkan,
 Riang di kalbu bukan sedikit. 





ALHAMDULILLAH







bamuda
dsuarang.blogspot.com