Friday, August 14, 2015

Terbukti Sejati








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran isteriku (yang baik budi) yang baru berlalu . . . untuk kesekian kalinya aku ulangi bahawa kau:



Terbukti Sejati


Isteriku Alimah yang tercinta
sejak mula kita pernah bicara
tentang masa depan yang kita harapkan
empayar yang ingin kita tegakkan
risiko yang harus kita ambil
impian kita yang boleh jadi nyata
kalau mendapat restu keizinan-NYA
untuk nikmat kita bersama!



Alimah yang tercinta
lama sudah kita lalui susah senang kehidupan
ini salah satu cara dapat kusampaikan kesyukuran

mimpi kita nampaknya membungakan kenyataan
anak-anak jagaan kita besar sudah . . . Alhamdulillah
hidup dengan cara yang kita bina . . . agak sempurna


Yang tercinta
aku sering ingin memberitahu mu
naluri keinginanku bersama mu kekal . . .
gagal atau menyesal tidak pernah kukenal!



Tercinta
engkau terlalu banyak berbakti kepadaku dan keluarga kita
rasanya tak terbalas olehku sebagai seorang suami biasa
cuma moga kau selesa dengan apa adanya setakat ini
insya-Allah nanti balasan daripada-NYA lebih berganda lagi
namun untuk hari ini aku tandakan bahawa peribadimu
terbukti sejati . . .
aku bersyukur kau benar-benar seorang isteri!










keratan puisi-puisi peribadi yang pernah aku nukilkan buat Alimah . . .  










bamuda
dsuarang.blogspot.com



HAK



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera









H-A-K 


( hak, amanah, kewajipan) 



sebelum bergelar suami isteri
hak peribadi milik sendiri
hak bersama dikongsi keluarga
hak seramai tiada terhingga;
setelah melalui gerbang perkahwinan
banyak hak bertukar tangan
banyak beza budaya perkongsian
hak berubah menjadi tanggungan!

keluarga terdekat kenalah diingat
ayah bonda disanjung sentiasa
masih terpelihara hubungan istimewa 
erat ... dari dunia sampai akhirat!
namun jangan alpa hak pasangan
jangan biarkan hatinya terkilan
dia yang sekarang jadi tanggungan 
dia yang kini diamanahkan
Yang Maha Esa Tuhan
untuk dihargai untuk disenangi!

fikir fikirkan, timbang-timbangkan
jauhkan penting diri, elakkan percanggahan
biar pasti
yang mana BOLEH yang mana MESTI!






bamuda
dsuarang.blogspot.com