Wednesday, September 30, 2015

Pak Uda Nadzar di PPUM






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Kelegaan Terasa



Alhamdulillah . . . begitulah ucapan yang pantas keluar daripada mulutku mengiringi suatu kelegaan yang amat sangat dalam diriku (yang mahu aku zahirkan di sini) . . . setelah aku dan Alyn ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur tengah hari tadi untuk menziarahi bapa saudaraku Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff yang sedang menerima rawatan perubatan di situ. 
























Aku dapat bertemu Pak Uda Nadzar (personaliti popular dan disegani dalam keluarga besar kami) dan berbual-bual dengan beliau agak lama tengah hari tadi.



Pak Uda Nadzar ditemani anakanda ketiga beliau Pn Dr Ferida Mohd Nadzar buat hari ini. Semalam dan kelmarin khabarnya Pak Uda Nadzar ditemani anakanda-anakanda beliau yang lain . 


Sepanjang perbualan dengan Pak Uda Nadzar . . . aku dapat merasakan kecerdasan mindanya yang masih tajam . . . walaupun mungkin ada situasi / suasana kecil, remeh dan lama di sana sini yang tidak dapat ditampung memorinya. Tak mengapa. Pokoknya minda mantan pensyarah ini masih bagus. Alhamdulillah. 




















Aku akan terus berdoa dan memohon agar Allah SWT memudahkan segala usaha dan urusan ke arah pemulihan kesihatan Pak Uda Nadzar seperti sedia kala.

Marilah kita semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta rakan dan taulan yang mengenali Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff sama-sama mendoakan yang terbaik buat kesihatan diri beliau dalam waktu yang menguji ini. 

Ya Allah . . . Ya Tuhan kami . . . berikanlah kesembuhan yang segera kepada beliau. Amin.






bamuda
dsuarang.blogspot.com