Assalamualaikum
n
Selamat Sejahtera
Dah Pandai Tunjuk
Sign?
Aku ada terdengar sesuatu semenjak Aii Ahmad Iman Iskandar (Aii) masuk hospital baru-baru ini. Sesuatu yang mengejutkan juga. Malah agak membimbangkan.
Mereka (ahli-ahli keluargaku le) sibuk kata Aii tunjuk jari. Asal tanya aje dia tunjuk jari. Tanya aje tunjuk jari lagi!
Heh apa kena si Aii ni? Dah pandai apa pulak . . . budak (baik?) ni . . .
Dalam keadaan kurang mahu mempercayai kepandaian "baru" si Aii ni aku pun senyap-senyap membuat siasatan sendiri.
Aku terfikir siapa pula yang mengajar Aii ni menunjukkan jari (sign tak sepadan dengan usianya) kepada mereka yang bertanya itu!
Maka aku pun ke PCMC untuk menjenguk progress kesihatan Aii (sambil tu aku nak lihat dan pastikan sama ada benar kata-kata mereka itu).
Walaupun hati berdebar takut kalau-kalau apa yang akan aku lihat nanti tidak menyenangkan, aku tetap kena pastikan.
Kalau sesuatu itu tidak menyenangkan atau tidak baik . . . kata orang tua-tua . . . ia mesti dihentikan atau dicegah segera.
Kata omputih pula . . . "A nip in the bud". Kata Melayu pun ada le . . . "Melentur buluh biar dari rebungnya." Hah, apa-apa aje le. Janji baik.
Sampai di wad 6 Bilik 8B, aku terus ternampak sekumpulan ahli keluarga Aii mengerumuninya.
Mereka ketawa beramai-ramai. Ada yang terbahak-bahak. Suka sangat bunyinya. Aku terfikir mereka ni gemar agaknya si Aii menunjukkan sign yang bukan-bukan tu!
Aku terfikir begitu bukan kerana "berotak kuning" tetapi kerana aku hanya diberitahu begini oleh ahli-ahli keluargaku.
Kata mereka,"Si Aii dah pandai tunjuk-tunjuk dengan jarinya, tunjuk sign, ha ha."
Maklum . . . yang berkata kepada aku itu semuanya golongan yang muda-muda pula. Mereka sahaja yang tahu pasal sign menyain ni!
Aku pun menerpa ke tepi katil Aii yang dikerumuni itu. Memang . . . nyata Aii sedang menunjuk-nunjukkan jarinya.
Dia menunjukkan jarinya kepada semua yang bertanyakan soalan," Mana sakit? Mana kena cucuk?"
Dan, apabila aku pula bertanyakan soalan yang sama Aii lantas menunjukkan jarinya kepadaku.
Rupanya dia menunjukkan jarinya yang dicucuk "missy" (jururawat le). Nurse mencucuk jari Aii untuk melakukan "blood test".
Oh begitu rupanya. Lega aku.
Tunjuk Jari
Aii menunjukkan jarinya
yang dicucuk jururawat untuk ujian darah
Gambar kelompok ini
aku "curi" dari blog menantuku LIZA (TCML)
Aku melihat kepada Aii sambil tersenyum. Aii memandang tepat kepadaku sambil membalas senyuman ku.
Dia seolah-olah berkata:
"Don't worry. I won't let you down lah Atuk. I'm still that good boy lah."
Aku percaya dan aku harap pun begitu. Sampai bila-bila.
Cuma ada sedikit pengajaran di sini.
Simple and easy. Don't be hasty in making your judgement.
Ya, jangan berprasangka . . . sebelum kenal akan sesuatu dengan pasti.
Aii's latest pose(s)
Bamuda
dsuarang.blogspot.com