Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera
Bersama Keluarga
Telah lama aku perhati dan amati. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu!
Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?
Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi!
Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka.
Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali!
(Emak pergi buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)
Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas!
Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang ... khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang ... sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri".
Bak kata omputih tu . . . something always taken for granted . . .)
Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri.
Entahlah. Wallahuaklam.
Entahlah. Wallahuaklam.
Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali.
Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna.
Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu!
Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri.
Terpulang . Terserah.
" Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.
Terpulang . Terserah.
" Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.
Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian."
Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu!
Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu!
Insya-Allah.
Foto lama keluarga AMB ...
{belum sempat ambil foto baru
in shaa Allah kemudian nanti}
Kini sudah ada lima kelamin baru di dalam keluargaku.
Pasangan pertama (Mazlyn Hanim + Mohd Rashidi ) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata). Pasangan kedua (Halmy Zahari + Nurliza Zainuddin) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata) . Pasangan ketiga (Mazlyna Hanum + Royha'izam Basri) berkahwin pada 2009 (3 cahaya mata). Pasangan keempat (Halim Zaharyn + Noor Shafini) berkahwin pada 2010 (3 cahaya mata). Pasangan kelima (Hazry Zaharith + Shafiq Azahar) berkahwin pada 2015 .
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan dapat jua ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk berusaha ke arah membentuk keluarga berkualiti. Insya-Allah.
Aku Harapkan Begitu!
(Harapan Seorang Ketua Keluarga)
Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku
Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai
Aku sebagai ahli keluarga kalian . . .
(Aku harapkan begitu!)
Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan
Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan
Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada Tuhan
Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian . . .
(Aku harapkan begitu!)
Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti keluarga
Aku tentulah suka menjadi ketuanya,
Aku tak tahulah kalau kalian mampu bertoleransi tinggi
Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam dan iri
Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama sendiri
Aku malu jika ini berlaku
Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu . . .
(Aku harapkan begitu!)
Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat lagi menyerlah
Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan . . .terserah,
Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah,
Aku harap kalian sentiasa beramal ibadat dan ingat akan Allah
Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa sudah
Aku harap kalian faham apa yang tersirat di kalbu seorang abah
Aku yakin kalian pun tahu . . .
(Aku harapkan begitu!)
bamuda
dsuarang.blogspot.com