Wednesday, June 12, 2019

BM vs BI










Assalamualaikum 



 Wan atau One




Duduk-duduk bersendirian menonton TV pagi tadi . . . dan mendengarkan beberapa pengacara TV daripada berbagai saluran TV tempatan menyebut beberapa perkataan Inggeris . . . teman tiba-tiba terkenangkan 'kekecohan' yang timbul tidak berapa lama dahulu tentang isu hangat rakyat Malaysia mesti fasih berbahasa Inggeris . . . mesti mempelajari bahasa Inggeris bersungguh-sungguh . . . jika pun tidak 'bermati-matian'! 


Semua ini kerana hendak menjamin generasi yang akan datang tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemajuan . . . terutama sekali dalam 'dunia' yang semakin galak berbahasa Inggeris sekarang.


Teman setuju saja dengan usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia . . . khasnya bagi orang kita Melayu . . . tapi janganlah pula sampai wujud keadaan yang 'pelik-pelik' seperti contoh di bawah ini dalam kegigihan mencapai tujuan 'murni' itu. 


Sambil berusaha mengetengahkan kebiasaan 'bercakap omputih' . . . janganlah pula sampai kita lupakan budaya bahasa tok nenek yang sudah sebati dalam jiwa bangsa kita . . . terutamanya para pemastautin di desa-desa atau di daerah-daerah luar bandar (kampung le tu) . 


Janganlah juga kita masing-masingnya 'malu' atau tidak mahu langsung cuba meningkatkan keupayaan berbahasa ibunda kita sendiri (bahasa Melayu le tu) . . . dengan mengamalkannya di tempat-tempat yang sepatutnya. 


Janganlah biarkan matlamat menghalalkan cara!


Tentang usaha mengetengahkan 'cakap omputih' ini . . . teman rasa biarlah kena pada tempatnya juga. 'Tak berapa kena pada tempatnya' jika seperti dalam kisah berikut: 


Teman teringat akan suatu kisah lama . . . kisah seorang kawan baik teman (orang Melayu le) yang balik ke kampungnya di N9 bersama isteri dan anak-anaknya pada suatu ketika. 


Kawan baik teman itu dahulunya tinggal lebih daripada sepuluh tahun di Amerika Syarikat bersama isteri (juga orang Melayu) dan dua orang anaknya. Ketika itu anak-anaknya baru berusia 6 dan 8 tahun.


Kepulangan mereka sekeluarga sudah tentulah disambut meriah oleh sanak saudara di kampung . . . termasuk ibu kawan baik teman (nenek budak-budak tu le). Kenduri besar-besaran dan bacaan doa selamat diadakan sebagai menyambut ketibaan mereka itu.


Apa yang menyedihkan ialah . . . anak-anak kawan baik teman itu langsung tidak boleh berbahasa ibunda mereka. Tak fasih cakap Melayu le. Agaknya asyik berbahasa Inggeris saja di sana (salah siapa?).


Tak kisahlah tu. Apa yang ingin teman ceritakan ialah kelucuan dalam salah faham yang terjadi apabila salah seorang daripada anak kawan baik teman tu meminta pisang daripada neneknya (yang dipanggil Wan di N9). Begini dialognya:


Budak: "Granny, do let me have one banana."

Wan: "Apo kato kau?. . . Wan (one) mana (banana)? Ini Wan ekau ha! Dah tak kona lai . . . Ha tulah poi lai lamo-lamo kek noghori omputih tu . . . dah tak suman jadi eh . . . "

Budak: (Sambil menunjuk kepada pisang dalam bakul di atas meja . . .) "One banana, one banana . . . I want one banana."



Untuk menyelamatkan keadaan . . . isteri kawan baik teman tu cepat-cepat menyatakan kepada ibu mertuanya:


Menantu: "Dia nak pisang tu mak!"

Wan: "Hantu kau jang . . . wan mana, wan mana (one banana) . . . tengkorak kau! Sobut pisang sumo orang faham lahai."


Budak-budak itu terpegun. Entah apa yang mereka fikirkan. Tuhan saja yang tahu.

Aku pula berpegang kepada keupayaan berfikirku sendiri. Bagiku ini soal jati diri. Soal sama ada seseorang itu menitikberatkan bahasa ibundanya sambil lancar bertutur dalam bahasa asing!


'Alah bisa tegal biasa!' Aku bukan anti BI. Tapi penggunaannya biarlah kena pada tempat dan masanya.


Aku bolehlah bercakap omputih . . . sikit-sikit. Bagus tidaknya terpulanglah kepada penilaian orang yang mendengar aku berkomunikasi dalam bahasa itu.


Dahulu masa aku bersekolah Inggeris aku kena ambil peperiksaan dalam mata pelajaran English Literature. Aku belajar sastera Shakespeare le kata orang zaman tu! 


{Alahai bukan nak tunjuk-tunjuk . . . tapi aku score jugak le dalam subjek tersebut . . . dan ini aku lakukan tanpa mengenepikan bahasa ibunda ku hingga jadi terpinggir!}



Fikir-fikirkanlah . . . jika para pembaca yang budiman masih mencintai bahasa Melayu . . . bahasa ibunda bangsaku. 








bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, June 11, 2019

Warisan Berzaman



Assalamualaikum



 Keretapi Negeri Sabah

(North Borneo Railway)



Pagi Isnin 10 November 2014. Penulis dibawa Tuan Hj Salleh Rahim (seorang sahabat di Kota Kinabalu) melawat ke Stesen Keretapi Sabah (Isnin 10.11. 2014) 






















Suatu pengalaman yang sangat menarik buat diri ini. Sesungguhnya penulis amat menggemari perkara-perkara yang berkaitan kereta api!





























Penulis berkesempatan ke stesen kereta api di Kota Kinabalu bersama anakanda Marlyana. Terima kasih sahabat kerana membawa kami ke sini. 












Lain kali penulis ingin pula melakukan perjalanan dengan kereta api ke beberapa tempat laluan keretapi di seluruh Negeri di Bawah Bayu ini.































Penulis berdoa mudah-mudahan Allah swt akan mengizinkan penulis mencapai hasrat yang sudah lama terpendam di hati ini. Amin.  



bamuda
dsuarang.blogspot.com


Tulis Blog Semula



Assalamualaikum

Aku akan meneruskan aktiviti menulis dalam ruang d'SUARANG. Mudah2an masih diizinkan Allah swt utk aku berbuat demikian dan mudah2an masih ada mereka yang mahu melihat dan membaca  walau sekali imbas pun apa yang aku catatkan. Sengaja untuk mengisi waktu lapang. Santai bersama sahabat handai sekalian.


Bamuda
Selasa 11.6.2019


Friday, June 7, 2019

Ibadah Bermusim?



Assalamualaikum



Mudah-mudahan kita semua akan diizinkan Allah swt untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Semoga kita seterusnya berkesempatan menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan yang mulia ini pada waktu-waktu mendatang. 

Sebenarnya setiap kali Ramadan tiba aku sering terfikirkan sesuatu. Aku terfikir alangkah baik andainya selepas Ramadan pun keadaannya terus begini! Para jemaah begitu ramai beramal ibadat di surau-surau mahu pun di masjid-masjid. Umat Islam berlumba-lumba ke tempat-tempat ibadat yang suci itu. Maka penuh sesaklah surau-surau dan masjid-masjid di seluruh ceruk dan pelosok negara. Maka semaraklah semangat umat Islam memakmurkan surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan. 

Hampir setiap pagi selepas waktu subuh aku sempat menonton berbagai rancangan dalam slot-slot keagamaan di stesen-stesen TV tempatan yang memaparkan tindakan meluas umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan tahun demi tahun. 

Sambutannya meriah. Sungguh meriah! Suasana di surau-surau dan di masjid-masjid kelihatan ceria dan segar dengan kehadiran begitu ramai para jemaah yang bersolat fardu dan berbagai-bagai jenis solat sunat. Paling ketara bersolat sunat Tarawih dan berzikir, bertadarus . . . amalan lazim sepanjang bulan pussa. Alhamdulillah.

Namun apa yang sering tanda tanya di benak aku ialah tentang keadaan yang wujud setiap kali setelah Ramadan berlalu. Para jemaah regular di surau-surau dan masjid-masjid yang berkenaan kebanyakannya bersetuju bahawa kehadiran para jemaah Ramadan di surau-surau dan masjid-masjid pasti berkurangan menjelang pertengahan Ramadan . . . dan merosot teruk pada penghujungnya. 

Aku sendiri mengamati bahawa lazimnya selepas berakhir Ramadan pada sesuatu tahun surau-surau dan masjid-masjid akan menjadi 'lengang'. Para jemaah tidak lagi ramai. Tidak seperti sepanjang bulan Ramadan! 

Kadangkala hendak memenuhkan dua saf para jemaah bersolat pada waktu-waktu sembahyang fardu pun susah. Waktu subuh lebih teruk keadaannya! 

Antara beberapa persoalan yang selalu bermain di benak aku: 

1. Ke mana hilangnya para jemaah yang begitu ramai mengunjungi surau-surau dan masjid-masjid pada setiap bulan Ramadan? 

2. Adakah para jemaah itu bukan orang dari kalangan penduduk kariah surau-surau atau masjid-masjid yang berkenaan itu sendiri? 

3. Apakah para jemaah Ramadan cenderung mengamalkan ibadah "bermusim". 

Allah swt sahaja yang maha mengetahui! 



Bamuda