Thursday, August 29, 2019

6 Macam 6 Ragam







Assalamualaikum 






6 Macam 6 Ragam 



salah satu amanah-Nya
kepada kita
yang bergelar hamba …
salah satu anugerah Tuhan
kepada kita
yang bergelar insan …
Keturunan!

syukur alhamdulillah
Kau kurniakan kami zuriat …
yang harus dijaga sepanjang hayat
agar tidak sesat
agar tiada cela dan cacat
agar semuanya selamat …


6 macam 6 ragam
inilah permata hati kami
tiga perwira tiga srikandi
lengkap susunan berpasang-pasang
lelaki perempuan berselang-selang
‘selang bunga’ kata orang …
antara setiap pasang
setahun jeda usia
antara setiap pasangan pula
dua tahun jaraknya …
bagaimana terjadi
tak usah persoalkan
kuasa-Nya yang menentukan!


anak pertama seorang putera
1977 tahun lahirnya
Sebagai abang panggilannya Along
kalau tak berperangai baik
tak dapek lah nak nolong!
dulu kecilnya kerap saja semput
jalan berlaga kepala lutut!
wah! mentang-mentang
ang sakarang lah gadang
hebat sekali memerintah orang
dengan siblings selalu naik berang
bertelagah setiap kali berbincang …
kesusilaan Melayu biarlah banyak
walaupun raut wajah persis si mamak!


anak kedua seorang puteri
Kak Ngah pangkatnya
keluarga yang beri
sayang sakan kepada haiwan
terhadap insan tak ketahuan
tak pernah pula dicurahkan perasaan!
comot selamba semasa kecil
tak sangka kini beransur comel …
1978 tahun lahirnya
berwajah anugerah ala Cindia …
suka berkemas juga menghias
kerja dapur sedikit culas!
time management kurang selesa …
kerja last minute berleluasa!


1980 tahun lahirnya
Bang Lang (Bangla?) anak ketiga
jejaka nerd dalam keluarga
tak habis-habis tugas kira-mengira
kadang-kadang serius tak kena gaya …
sejak kecil mamat ini smart
suka tiru gaya tokoh korporat
lagu puisi dia minati
pecahkan kerusi ala JR Dynasty!
bila bercakap suara biar langsung
jangan tersekat di kerongkong!
telinga tu mujur tak pekak
masa kecik masuk kerengga, ingat tak
‘bunyi macam kereta rosak!’


setahun kemudian lahir Kak Uda
tahun 1981 punya cerita
doktor kata better do without her
konon for the sake of the mother …
what nonsense yours sincerely kata
jangan doktor nak mengada-ngada!
akhirnya syukur alhamdulillah
anak membesar tak banyak masalah
rupanya kuat memanjat anak keempat ini
mengalahkan kecekapan si budak lelaki!
badan yang kurus dah heboh gemuk
berwajah ‘kaur’ habis tak payah sorok
kerja di rumah bolehlah tahan
aktiviti kajibumi masya-Allah dia lagi number one!


tahun 1983 agak istimewa
tahun lahirnya anak kelima
seorang lelaki … and history was created …
being the one and only not wanting to be delivered
di mana-mana hospital
mungkin baginya di rumah dah cukup afdal!
kebetulan Tok Anjang jadi tukang bang
langsung lekat gelaran ‘Wak’ sampai sekarang …
tak apalah semua famili sayang!
waktu kecil agak benyek
sikit-sikit melalak sikit-sikit merengek
dah besar ni kuat pula menyakat
mengacau kaum kerabat tak dapat disekat
ditegur saja serta-merta berwajah kelat!


jadi plumber dia boleh, electrician pun boleh juga
banking dia biasa uruskan, spending pun boleh tahan!
tahun 1984 tahun kelahirannya
anak bongsu dalam keluarga
tentulah dia diberi manja!
masa kecilnya berperangai pelik
tiap kali nak masuk rumah orang, mesti nak balik
bila dah besar boleh tahan celupar
mulut laser ramai yang tak sanggup dengar!
ciri baik yang dia miliki
walaupun perempuan dia boleh buat kerja lelaki
boleh control apa saja di bawah jagaannya
tak kira haiwan ataupun manusia
dengan jelingan yang tajam menusuk jiwa!


6 macam 6 ragam
Menghidupkan warna suasana
Di teratak jiwa …
6 macam 6 ragam
menceriakan erti kehidupan
di laman perasaan …
akhirnya anggaplah coretan kata ini
sebagai teguran berunsur komedi …
dan sesungguhnya
Allah saja yang maha mengetahui

12.8.2005






Bamuda
dsuarang.blogspot.com

buaya mati dua kali




Saturday, June 5, 2010



Assalamualaikum 



PFB's First Malay Reader

When I first joined Oxford University Press/Penerbit Fajar Bakti in 1980 I was immediately given "the bible". The Editorial Manual containing hard and fast rules and regulations for all OUP/PFB editors! I was also given the Press Publication List. I was indeed overwhelmed if not overawed by the huge number of titles flowing down the list. I thought it could go on and on and on . . .

But what actually caught my eye was one title "Buaya Mati Dua Kali" (BMDK) shown in the Publication List. I wondered what it was that this crocodile did until it died twice. He must have been a "sinner" I thought. Well, after a short while of pondering . . . the matter was just left at that.







PFB's First Malay Reader
Buaya Mati Dua Kali











Prelims 
Title Verso

Every thought about the "buaya" was neglected and the situation went into oblivion. One can simply say I still did not understand at that time what "Buaya Mati Dua Kali" (BMDK) was all about.





Prelims
Title Verso (tv) & Contents Page








Prelims
Double Spread Illustration encompassing Title Page







The Pages



Many months lapsed. Then there was this thing about OUP celebrating its 25th Anniversary in Malaysia in a few months time . . . There was this talk about OUP/PFB Malaysia going into the celebration in a more than moderate manner.








Eye-catching Illustration


Illustration facing verso page






On 23 October 1982 OUP/PFB Malaysia indeed went into the act of celebrating OUP's 25th Anniversary in Malaysia in a big way. There was this big celebration held at the International Hotel, Kuala Lumpur in grand Malay Traditional style with the Bunga Manggar, Kompang, Busana, band and all.






T





The Big Nite
Malam Buaya Mati Dua Kali











After 25 Years in Malaysia




Though a new hand at OUP/PFB, I was given the task of taking care of food and venue for the big night. That was a challenge by itself! Every Department was asked to present an entertainment item for the occasion. Marks were given in some sort of a competition amongst the departments. There were about 8 departments in all. I cannot remember that clearly who actually won what . . . but looking back today I guess everyone was a winner that time then!















There was also this Talentime Competition and Award Presentation Ceremony. I featured in all the excitement. Every other staff enjoyed to the fullest the running of the occasion "Malam Buaya Mati Dua Kali" in conjunction with OUP's 25th Anniversary in Malaysia on 23 October 1982.







The Committee Members for MBMDK









That 1980 special do answered my curiosity . . . the title "Buaya Mati Dua Kali" was so relevant that it was chosen to highlight the big night "Malam Buaya Mati Dua Kali" marking a significant happening. And only then I came to know that BMDK was the first Malay Reader for PFB. It was actually, a translated version of Shamus Frazer English reader, "The Crocodile Dies Twice". The English version was published in 1954. The Malay translation by Asraf was first published in 1958. Abdullah Ibrahim was the illustrator for the translated reader.










Another interesting illustration
of the pirates



After that came the avalanche of Malay readers . . . leading to numerous quality titles taking up the columns in OUP/PFB reading list (and the space of shelves in leading bookstores) which became very popular and dominant in the local book market!



That's the true "colours" of . . .
. . . d croc that "dyes" too wise



Photo Gallery







Ice and Butter Sculpture of d Croc

From left:
AMB, Manoharan Pachymuthu (MP),
Hashim, Abdul Rahman Hamid (ARH),
Raymond Siew (RS), Hapadz Simon (HS)






The Swingers

KSH, AMB, MS & TGL showing off . . .







AMB, YKH & RS





AMB rendering ...






. . . Duniaku





. . . To Win




The Captain's Award
MS handing the Sepak Raga Jaring Captain's Plaque to AMB




For You AMB
Doreen helping REB to give away the prizes 







Prizes Galore
For the Talentime Winner











Letting Go

Azlina & Prof Yunus + OUP/PFB family










The Chicken Dance
Andrea Wong & John Nicholson 
taking centre stage















dsuarang.blogspot.com

Wednesday, August 28, 2019

Kenangan 2011: Kenalan baru dari Singapura


*{Berikut siaran ulangan terbitan 2011 dgn sedikit pengubahsuaian}




Assalamualaikum



Pagi Ahad 6 Januari 2011 penulis diajak Alimah Yasin (isteri) menemui salah seorang kawan sekelasnya ketika bersekolah di Swiss Cottage, Singapura pada tahun-tahun 1960-an.

Penulis ditemani Marlyana (anak) dan Norshafini (menantu) ke G Tower Hotel di Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur untuk bertemu kawan lamanya sekeluarga di sana. Kata Alimah dia mesti menemui kawannya itu hari ini (Ahad) juga kerana kawannya sekeluarga akan pulang ke Singapura pada kira-kira jam 11:30 pagi nanti.

Pertemuan Alimah dengan Pn. Hjh Salehah Bte Karim (kawan lamanya itu) berlangsung di lounge G Tower Hotel pada jam 10:00 pagi. Bila kawan lama berjumpa, banyaklah cerita lama yang terjelma.




Alimah (kiri) dan Salehah







Penulis bersama Marlyana dan Norshafini juga turut berada di lounge Hotel G Tower pada ketika itu untuk menemani Alimah. Kami dapatlah bertemu dengan Pn. Hjh Salehah, suaminya Tuan Aeji Al-Haj Bin Karmak, anak perempuannya Pn. Nur Insyirah Bte Aeji dan menantunya. Kami bersembang-sembang kecil . . . bertanyakan khabar, hal keluarga dsb.





Berkenalan dengan kawan sekelas Alimah . . . Salehah. 






Dari kiri:
Lyana, Majid, Alimah & Salehah.







Dari kiri: Majid, Alimah dan Salehah







 Apa agaknya dikatakan Shafini kpd Salehah & Aeji tu . . .


Oleh kerana ini pertama kali penulis bertemu kawan lama  Alimah di zaman persekolahannya di Singapura dahulu . . . rasanya tidak kena kalau pertemuan itu habis setakat di lounge hotel saja. Lagi pun penulis mahukan sedikit masa lagi untuk lebih mengenali para tetamu tersebut.





Majid, Aimah dan Aeji berbual mesra ...






 Aeji . . . duduk relaks




Berbual di lounge . . . lain dulu lain sekarang he, he . . .



 . . . dulu kat warung kopi aje . . . 



Lantas penulis menyarankan kiranya dapat Aeji dan Salehah sekeluarga meluangkan sedikit waktu mereka untuk semua kami makan tengah hari bersama-sama sebelum mereka bertolak ke Singapura. 

Penulis menyarankan demikian kerana mereka memandu kereta sendiri dan boleh bergerak mengikut waktu pilihan mereka sendiri. Para tetamu kami dari Singapura itu bersetuju. 

Maka kami pun terus menuju ke Desa Pandan. Kami ke Sari Ratu sebuah restoran Nasi Padang yang terkenal di Kuala Lumpur. Sambil makan kami semua (khasnya penulis) berbual-bual untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.








Shafini, Majid, Aeji, Nur Insyirah . . . 
sabar menunggu dihidangkan makanan.






Masih sabar menunggu . . . kata orang . . .
 Sabar itu separuh daripada iman . . .






Walaupun penulis baru pertama kali bertemu dan mengenali para tetamu dari Singapura ini, penulis mendapati keluarga Aeji & Salehah peramah dan mudah mesra. Mereka sekeluarga kelihatan bersahaja dan 'simple'. 

Alhamdulillah . . . begitulah kawan yang ingin kita cari dan dampingi. Mudah-mudahan tali silaturahim ini berpanjangan.







Majid, Alimah, Aeji & Salehah 



Majid, Aeji & Salehah bersembang panjang selepas makan.





Ya . . . kami berempat lagi . . . masih banyak cerita ni . . .






Selesai makan dan berbual panjang . . . tibalah masa untuk berpisah. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:30 petang. Aeji & Salehah sekeluarga perlu cepat bertolak ke Singapura untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas (traffic jam) di pintu masuk ke Singapura di Selatan nanti. Maklum hari ini hari terakhir setelah musim cuti panjang bersempena Tahun Baru Cina.






Dah kenyang . . . tapi belum habis cerita . . . 
nanti sambung next session




U tau tak gosip si polan tu. I betul2 fed up
dengan reporter yang nak cover line . . . heh heh 
 Alahai . . . 
acah aje! Tak kan le baru 1x jumpa dah membawang! 
 Lyana, Nur Insyirah berbual mesra . . .




Kat sini senang cari makanan halal kan?
Tapi u kena hati-hati gak kat setengah-setengah 
restoran atau hotel . . . bukan 'halal' cuma 'halala-a-a' saja! 
Lyana & Nur Insyirah berbual selepas habis makan.


Apapun kami sempat mengiringi para tetamu dari Singapura itu hingga ke laluan keluar menuju Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Di situ kami semua saling melambaikan tangan daripada kereta masing-masing . . . tanda mengucapkan selamat jalan . . . hingga berjumpa lagi . . . ( and in the near future hopefully it would probably be many more stopovers at d'SUARANG . . .)



{... al-Fatihah buat Allahyarham Aeji Karmak yg telah kembali ke rahmatullah baru2 ini. Semoga roh beliau terpelihara di sisi Allah swt bersama golongan mereka yg beriman, Aamiin.}







Bamuda
dsuarang.blogspot.com




Suatu Petang Aku di Permatang


Assalamualaikum 




Ketika itu aku teringat sangat akan sesuatu. Entah kenapa aku tak tahu. Ketika itu aku terkenangkan sangat masa lalu. Walaupun kronologi detik dan peristiwanya tak menentu.

Ketika itu aku cuba memastikan arah, ya Allah. Tentang perjuangan hidup aku buat masa muka. Tentang keberkesanannya, aku pasrah.

Tiba-tiba semacam perasaan mengimbau datang. Keluargaku tidaklah senang.Tapi aku tidak pula malang. Insaf kesyukuran terus datang menerpa.

Aku selesa dianugerahkan ayah bonda yang pernah mampu menjadi tempat tumpuan kami sekeluarga. Biro pengaduan kami semua. Tempat yang sering aku sandarkan harapan bila dihimpit kesukaran, kesempitan, keperitan. Pendeknya segala kesusahan.



Kemudian macam ada suara menyapa. Sepelaung kedengarannya:

"Hai pendatang ke permatang. Igau apa berada di sini sekarang? Kan hari dah petang!"

"Untuk melepaskan rindu yang terpendam. Sebelum hari merangkak malam!" Tercetus jawapan daripada mulut ku yang terkumat-kamit, sambil fikiran melayang-layang, melayan segala kenangan manis dan pahit masa silam ...



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Bermacam Nama Kerusi





Assalamualaikum


Orang panggil saya Amad. Nama penuh? Ahmad Iman Iskandar (Aii). Nama bapa? Mohd Rashidi.

Nama ibu saya Mazlyn Hanim ... { dgn suara perlahan.} Sebelum ditanya-tanya lagi, baik saya bagi tau!

Ha, umur saya? Sekarang 3 ... ha tak lama lagi 4 tahun.

Hari ini, Sabtu 23 November 2013. Saya ikut mak, abah, atuk, opah pergi rumah kawan atuk. Rumah atuk Harun. Rumah nenek Madznah. Onyang Munah pun ikut.

Tak taulah apa pasal atuk pergi. Saya ikut naik kereta ... seronok.


Ha dah sampai. Ada ramai orang kat situ. Makanan ada banyak. Macam-macam. Buah rambutan, dan apa tu ha, dokong ... pun ada.

Saya nampak kawan atuk cakap-cakap. Atuk pun cakap-cakap. Orang lain pun cakap-cakap.

Saya tak ada kawan. Boring.

Makan? Saya tak maulah. Minum sikit-sikit air sirap. Mak kata tak boleh banyak-banyak takut perut kembung.

Minum susu dalam botol saya saja ... ok (saya masih tiup trompet).

Tiba-tiba saya nampak benda ni. Boleh goyang-goyang.

Apa nama benda ni ? Saya tahu sebut k-e-r-u-s-i aje.

K-e-r-u-s-i apa ... saya tak tahu. {Lagi pun saya pelat}. Nanti buat orang tak faham aje!

Ini mesti best. Boleh goyang-goyang. Ayun-ayun macam buai. Elok gak aku cuba-cuba duduk.







"Macam best gak k-e-r-u-s-i ni. Atuk kata k-e-r-u-s-i ni buat dengan rotan. Rotan bulat, kecil, besar.


Jadi ... nama k-e-r-u-s-i ni mesti k-e-r-u-s-i rotan"


"Tapi, k-e-r-u-s-i ni boleh gerak-gerak, ayun-ayun, goyang-goyang ... atuk. Ha, namanya k-e-r-u-s-i rotan gerak, ayun, goyang . . .









"Apa tu ... menuju ke sini? Aiskrim rupanya! Hmm ... Ini le saya suka. Relaks-relaks makan aiskrim."








"Makan aiskrim camni sedapnya. Atuk kata ini makan cara santai-santai , malas-malas.


Atuk , boleh le kita namakan k-e-r-u-s-i ni ... k-e-r-u-s-i santai atau k-e-r-u-s- i malas?"


"Jap, jap atuk. Tadi ... Amad dengar pakcik-pakcik, atuk-atuk tu ada cakap apa ha ... ada kayu melengkung jadi kaki k-e-r-u-s-i yang boleh buat k-e-r-u-s-i ni bergoyang-goyang ke depan ke belakang!

Apa ha tadi ... 'jumpelang' ha ah 'jumpelang'. Ha, ya lah ... dah tau dah atuk. Nama k-e-r-u-s-i ni k-e-r-u-s-i jumpelang atuk!"









"Dah tau dah nama kerusi ni. Apa tadi atuk?"

"Entahlah Mad . . . Atuk pun dah confuse ni. Kalau atuk senang aje ... nama kesrusi ini 'rocker' atau 'rocking chair'. Ringkas dan tepat!"

"Ya lah atuk ... itu nama omputih. Kata nak perkasakan bahasa ibunda kita ... hehe."

"Takpe le Mad. Nanti kalau ada lagi orang lain tanya nama kerusi ni ... Amad aje le yang jawab ... ok?"

"Ok atuk..."








"Apa tuan? Nama kerusi ni? Nak tau gak? Alah lupakan le. Biar orang tua-tua aje yang tentukan ... hehehe ... relaks bro!"

Oh ini rupanya yang selalu dengar abang-abang dan pakcik-pakcik cakap "relaks bro" tu!

Kalau camtu k-e-r-u-s-i ni namakan saja 'kerusi relaks bro'.


Ha aha ... suka hati kau lah Mad!

Itulah yang dilakukan si Aii pada hari kami empat keluarga bersahabat berkumpul dan bersilaturahim di Rumanissa.

Aii terus relaks dalam dunianya yang tersendiri .


Biarkan, biarkan ... si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Dalam dunia fantasi atau imaginasi kanak-kanak segalanya mungkin!

Wallahuaklam.




{Terbitan semula siaran 2016}





bamuda
dsuarang.blogspot.com