Saturday, August 10, 2019

Resepsi Perkahwinan Arneisha & Hafiz (anknd kpd Rosyam & Runika)



Assalamualaikum 





{Diperbaharui drpd entri berjudul
Memenuhi Undangan Hero Malaya
episod Jun 10, 2013}




Tengah hari Ahad 9 Jun 2013 . . . penulis bersama isteri dan seorang anak perempuan melapangkan waktu pergi ke Dewan Komuniti Pantai Dalam, Kuala Lumpur. 

Tujuan penulis ke situ untuk meraikan resepsi perkahwinan Arneisha Azureen dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Hafiz. 




Pasangan Raja Sehari  


Arneisha Azureen atau nama penuhnya Arneisha Azureen binti Mohamed Noor ialah anak sulung Rosyam Nor . . . pelakon handalan Malaysia yang terkenal dengan panggilan Hero Malaya. Pada suatu ketika yang belum lama . . . Hero Malaya ini  juga terkenal sebagai Castello!

Sebaik tiba di perkarangan Dewan Komuniti (DK) yang berkenaan kami disambut mesra sekali oleh Rosyam . . . walaupun kami sudah agak lama tidak bersua dengan beliau. 

Rosyam terus sahaja berkata," Dah lama tak jumpa . . . " dan lantas mengajukan pertanyaan,Dah makan?"

Apabila penulis menjawab 'belum' . . . Rosyam langsung mengisyaratkan kepada adiknya, Azman Nor, supaya membawa kami ke dewan berhawa dingin di sebelah dataran berkhemah di perkarangan DK itu.


"Kat situ sejuk sikit . . . " tambah beliau.












Sambil berjalan menuju ke dewan itu penulis tiba-tiba teringat akan suatu waktu dulu kami berdua pernah bersembang-sembang (sambil menjalankan tugas produksi tv) tentang keperluan menghadapi masa depan dalam hidup ini dengan bijak dan berkesan.

Ketika itu pun penulis sudah dapat melihat dan menjangkakan Rosyam akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya di masa muka . . . berkat usaha dan kegigihannya menongkah arus kehidupan itu sendiri.

Mungkin ke arah mencapai matlamat itu . . . setelah puas berlakon dan berjaya meraih banyak anugerah berkaitan kerjayanya sebagai seniman . . . Rosyam Nor kini mempelbagaikan usahanya dalam lingkungan  kemampuan dan kemahiran seni beliau . . . khususnya dalam bidang pengarahan, penerbitan, pengeluaran dan pengedaran filem pula.

Selain daripada itu beliau juga bergiat sebagai seorang entrepreneur yang sedang meningkat naik. Penulis mendoakan segala yang terbaik untuk Rosyam. Amin.


Catatan Baru: 

{Alhamdulillah Rosyam kini telah mencapai banyak kejayaan baik dari segi kerjayanya sebagai seorang artis mahupun dalam usahanya memahat nama menjadi seorang entrepreneur yang disegani.

Kini beliau telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' yang pada hemat penulis memang cukup layak diterimanya. Dulu penulis pernah bergurau dengannya (ketika kami sering makan tengah hari bersama semasa menjalankan tugas produksi TV) tentang kemungkinan beliau menerima gelaran sebegini daripada pihak berkuasa. Beliau sering kali dengan selamba menjawab sambil ketawa kecil, "Orang lulusan Universiti of Kerinchi macam saya ni boleh dapat ke?" Saya jawab mudah saja. "Kalau rezeki tak ke mana." } 
















Berbalik kepada kisah meraikan resepsi perkahwinan Arniesha Azureen + Mohd Hafiz . . . penulis masih terbayang akan wajah seorang gadis cilik yang pernah ke rumah penulis kira-kira 11 tahun dahulu (2002) bersama ibu bapanya.

Gadis itu kini sudah dewasa dan bergelar isteri, dan . . . kedua ibu bapanya itu juga buat julung-julung kalinya mendapat menantu . . . dan bergelar ayah dan ibu mertua.

Tahniah buat Arniesha Azureen dan Mohd Hafiz kerana berjaya mendirikan 'masjid' dan syabas kepada Rosyam dan Runika kerana telah mempermudah pendirian 'masjid' ini.


























Alhamdulillah, dengan izin ALLAH swt jua, penulis dapat menghadiri walimatul urus yang gemilang itu dan sekali gus mempereratkan silaturahim yang sudah lama terjalin antara kami. 














Di akhir majlis . . . kami memohon diri untuk pulang. Bagi penulis . . . pertemuan kami dalam majlis ini mengembalikan kenangan kepada zaman kami bekerjasama dahulu. Suatu perjalanan waktu yang penuh bererti.








Terima kasih kami ucapkan kepada Rosyam dan Runika sekeluarga kerana sudi mengundang kami ke majlis perkahwinan puteri mereka.

Didoakan kebahagiaan yang berpanjangan untuk keluarga kalian.

Penghargaan kami juga kepada Sdr Azman Nor yang sudi menjadi 'usher' kami hingga ke dalam dewan . . . dan kemudiannya menunjukkan kepada kami jalan hingga 'keluar' . . . ha, ha, ha (bergurau aje). . . 

Terima kasih daun keladi.









Hingga kita berjumpa lagi. Alhamdulillah.





bamuda
dsuarang.blogspot.com