Cari Serasi
Budaya
pegangan keluarga ini
cubalah
resapkan di hati nurani;
Amalan hidup
keluarga ini
cubalah
sesuaikan dalam diri;
Cara tindak
keluarga AMB,
timbang-timbangkan dengan penuh toleransi
mudah-mudahan
dapat serasi …
Serba serbi
kenalah biasa
memang tak
semua sentiasa selesa
andai ada yang kurang sesuai
sedikit keruh
hubungan keluarga
sedikit tersentuh
ipar dan duai
tak usah
kecoh, sebaliknya santai
selesaikan
secara mesra dan damai …
maklum katakan
menantu AMB
semuanya bijak
dan pandai!
tatkala
menzahirkan pegangan
budaya,
amalan dan tindakan
kebajikan keluarga
jadikan keutamaan
tali
persaudaraan pelihara erat
dengan semangat
teguh bermuafakat .
AMB - 6 Julai 2009
[Untuk renungan para ‘menantu’ kami
yang tidak akan pernah terbatal wuduk mereka dengan kami yang bergelar ‘mertua’
sehingga ke akhir hayat … terilham di d’ SUARANG pada jam 12 tgh hari Isnin 6
julai 2009.]
Bamuda
dsuarang.blogspot.com