Sunday, July 26, 2009

Cari Serasi






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 




Cari Serasi



Budaya pegangan keluarga ini  

cubalah resapkan di hati nurani;    

Amalan hidup keluarga ini

cubalah sesuaikan dalam diri; 

Cara tindak keluarga AMB,

timbang-timbangkan dengan penuh toleransi

mudah-mudahan dapat serasi …

Serba serbi kenalah biasa

memang tak semua sentiasa selesa

andai ada yang kurang sesuai

sedikit keruh hubungan keluarga

sedikit tersentuh ipar dan duai

tak usah kecoh, sebaliknya santai  

selesaikan secara mesra dan damai …

maklum katakan menantu AMB

semuanya bijak dan pandai!

tatkala menzahirkan pegangan

budaya, amalan dan tindakan

kebajikan keluarga jadikan keutamaan

tali persaudaraan pelihara erat 

dengan semangat teguh bermuafakat .




AMB - 6 Julai 2009



[Untuk renungan para ‘menantu’ kami yang tidak akan pernah terbatal wuduk mereka dengan kami yang bergelar ‘mertua’ sehingga ke akhir hayat … terilham di d’ SUARANG pada jam 12 tgh hari Isnin 6 julai 2009.]





Bamuda
dsuarang.blogspot.com


Friday, July 24, 2009

Kadangkala






Assalamualaikum dan salam sejahtera

[Semoga kita sentiasa menghargai erti ‘realiti’ dan ‘liabiliti’ dalam hidup ini.]  




Kadangkala




Kadangkala

kita lupa menghargai

sesuatu yang kita ada

selagi ia masih di sisi

selagi ia kita miliki;

Kadangkala

kita leka mensia-siakan

anugerah dan pemberian

kerana kurang pengertian;

Kadang kala

kita tidak berterima kasih

kepada mereka yang berbudi

sehingga mereka dah tiada lagi;

Kadangkala

kita tidak peduli sangat

tentang kebajikan dan kemanusiaan

sudah terhakis rasa keihsanan;

Kadangkala

kita tidak ikhlas dan suci hati

terhadap mereka yang …

membimbing

menasihati

mengambil berat

memahami

menyayangi;

Kadangkala

kita mudah terlajak kata

mudah terlanjur aksi

lupa tatasusila

lupa diri;

Paling dahsyat

kita selalu alpa

mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi!

Aduhai

jangan nanti

dah tiada baru terasa

dah tinggal baru menyesal

dah hilang baru walang

dah berpisah baru gundah

dah habis baru menangis!




Amb 24 Julai 2009




Bamuda
dsuarang.blogspot.com