Friday, December 4, 2009

IT Sajakah Hidup Kita?


Friday, December 4, 2009


Canggih IT Meriah TB



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Kita sembang sedikit tentang ‘adat’ dan ‘pantang larang’ orang Malaysia dulu dan sekarang. Dulu orang kita pantang dilihat bercakap-cakap seorang diri. Mereka juga pantang dilihat beraksi macam-macam bersendirian.

Orang yang ketawa atau mengangkat-angkat tangan, menuding jari, goyang kepala dsb tanpa diketahui sebabnya akan dicap tidak berapa 'betul'. Kalau mereka berbuat demikian ketika berjalan-jalan seorang diri, mereka mungkin dikatakan 'mereng'. Apatah lagi kalau mereka sedang memandu atau menunggang 'mesin berenjin' di jalan-jalan raya.Mereka tentu dicap tak siuman atau gila tak menentu!



Sekarang orang kita dengan selamba berbuat demikian. Mereka tidak pula dicap 'tak berapa betul', 'mereng', 'tak siuman' atau 'gila' seperti kata-kata yang dilemparkan kepada orang dulu-dulu. Mengapa begitu? Apa yang menyebabkan mereka boleh bebas bertindak atau lepas laku?

Jawabnya: Kuasa TELEFON BIMBIT (TB) punya angkara!

Telefon bimbit amat mempengaruhi kehidupan manusia sekarang. Di dalam dan di luar bangunan, di dalam kenderaan, di lautan dan di daratan, di angkasa dan di merata bumi, di tengah bandar atau di penghujung hutan. Pendeknya di mana-mana sahaja pelusuk alam ini!

Telefon bimbit jadi teman setia yang kadang-kadang merugikan. Ramai orang terbunuh atau tercedera dalam kemalangan lalulintas kerana asyik 'ber-telefon' atau 'ber-sms' menggunakan telefon bimbit sepanjang perjalanan. Selalu berlaku pemandu kereta dsb yang mengalami keadaan sedemikian.

Paling dahsyat bila pejalan kaki atau penunggang motosikal yang terlibat! Ranap! Longlai!

Penggunaan peralatan berteknologi tinggi, moden lagi canggih yang boleh memudahkan kita berhubungan dalam kehidupan sehari-hari memang dialu-alukan. Tetapi janganlah sampai langsung tidak diambil peduli bahaya-bahaya yang sentiasa mengancam . . . semata-mata kerana 'asyik maksyuk' dengan kecanggihan TB.

Nyawa lagi 'mahal' . . . lagi 'canggih' ooi!


Renung-renungkan ...


Nuffnang Ads

0 comments:

Post a Comment


No comments:

Post a Comment