Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
"Adakah ..."
Ini kisah anak kecil yang baru mula belajar bercakap. Perhatikan mereka cuba menuturkan sesuatu dengan gaya atau cara tersendiri. Tutur kata mereka biasanya melucukan. Kata yang terucap memang tidak cukup jelas. Mungkin pelat. Mungkin tergagap-gagap. Tidak mengapa. Mereka tetap mencuba!
Kecuali seorang, anak-anak aku yang lain, cepat dapat bercakap. Mereka sudah boleh bertutur dengan teratur pada usia yang awal. Mereka rata-ratanya mula bercakap dalam lingkungan usia 10 bulan hingga satu tahun. Tetapi anak lelaki aku yang seorang ni lain sedikit. Dia tidak boleh berkata-kata sehingga mencapai umur 1 tahun 4 bulan lebih kurang.
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Penulis, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]
[Kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Penulis, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]
Kami sekeluarga risau dengan perkembangan 'vokalnya' yang tidak 'mantap'. Dia hanya boleh menunjuk dengan tangannya kepada sesuatu yang dikehendakinya. Apabila dilayan bercakap dia akan berdiam diri. Dia akan memandang sahaja kepada muka sesiapa yang bercakap itu. Isteriku yang paling risau. Pernah dia menyarankan supaya anak ini dibawa berjumpa doktor pakar. Minta diperiksa kerongkongnya atau kotak atau peti suaranya. Isteriku risaukan anak kami itu kot-kot 'bisu' ... aku pun sebenarnya risau ... tapi buat-buat relaks aje.
*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Penulis, Halim Zaharyn]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Penulis, Halim Zaharyn]
Hendak jadi cerita, suatu petang pada tahun 1980/81, Basri Omar datang ke rumahku. Basri adalah adinda saudaraku. Dia ketika itu seorang pegawai tentera berpangkat mejar. Basri dan isterinya Zawiyah Abdul Aziz (masa itu mereka belum punyai cahaya mata) memang tinggal setaman dengan kami di Selayang pada waktu itu. Mereka berdualah yang rajin datang 'menjenguk' kami sekeluarga. Tetapi pada hari itu Basri berkunjung ke rumahku bersendirian sahaja.
*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 8 Oktober 1988. Foto ini dirakamkan 8 tahun selepas peristiwa dalam blog. Sekadar memperkenalkan keluarga Basri dan Zawyah)
[Kiri ke kanan: Basri Omar memangku Siti Nur Asilah bt Basri, Zawyah Abdul Aziz memangku Muhammad Fitri bin Basri]
[Berdiri: Siti Nur Nazihah bt Basri]

Ketika Basri sampai di pintu pagar masuk ke rumahku, anak yang diceritakan ini sedang bermain-main. Dia berlari-lari di kawasan lapang depan ruang tamu. Kalau tak silap aku dia sedang melakukan sesuatu 'kenakalan' yang menarik perhatian Basri. Lantas Basri bersuara, "Adakah ... ..."
Aku dan isteriku nampak anak itu terus terhenti daripada 'beraktiviti'. Dia memandang tepat kepada Basri yang masih berdiri di hadapan pintu pagar sebelum masuk. Basri berkata lagi dengan suara yang kuat, " Adakah ... ..."
Rupa-rupanya anak itu memerhati sahaja apa yang diperkatakan Basri. Mungkin dia terkejut. Atau mungkin dia asyik membaca gerak bibir Basri. Percaya atau tidak apa yang terjadi selepas itu . . . aku serahkan kepada para pembaca sendiri memikirkan.
*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Alimah, Halim Zaharyn]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Alimah, Halim Zaharyn]
Pada keesokan paginya, sedang anak aku semalam itu bermain-main, tiba-tiba tercetus perkataan 'ADAKAH' daripada mulutnya. Selepas peristiwa itu dia terus petah bercakap. Terlalu petah pula hinggakan mendapat gelaran 'datuk' daripada kedua-dua orang datuknya iaitu Baharom Shariff dan Yasin Ahmad!
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)
[Berdiri di belakang: Penulis]
[Depan kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]
[Berdiri di belakang: Penulis]
[Depan kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]
Anak inilah juga yang terlibat dalam cerita blog aku (Permintaan Yang Tulus) ... yang memesan menu goreng ayam jantan di sebuah restoran! Anak itulah Halim Zaharyn bin Abdul Majid . . .
Maka selepas peristiwa sebutan "Adakah ..." itu aku tak perlulah mematuhi saranan isteriku seperti di atas tadi. Tak perlu bawa anakku itu berjumpa doktor pakar untuk mencari di mana tersorok peti suaranya ... peti suara yang selama setahun suku dikhuatiri hilang itu!
Apapun, aku insafi betapa besarnya kuasa Ilahi.
Blog @: Bamuda d' SUARANG
Uda N Kak Limah!
ReplyDeleteSubhanallah....paparan gambar thn 1988 semasa menuntut d Maktab Turus ATM...Allahu Akbar...mas berlalu teramat pantas...moga2 Allah sentiasa memberkati kita.AMIN