Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Gambar Studio Baru Tiba
Masih ingatkah anda pada penulisan dalam blog ini yang terbit pada satu Saturday, March 3, 2010? Judulnya "Ini Baru Permulaan" dan tajuk kecilnya "Mesti Boleh". Ha, peristiwa ketika Ame (nama glamour kat keluarga terdekat) aka Muhammad Amir Razief bin Roslan menerima Diploma Business Admin di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada 6 Mac 2010 .
Muhammad Amir Razief bin Roslan
Peristiwa tersebut telah berlangsung dengan lancarnya. Semua berjalan baik. Ucapan tahniah pun mencurah-curah diterima oleh Ame. Ucap selamat dengan penuh kasih sayang pun Ame terima dengan banyaknya. Bayangkan kalau ucapan tahniah dan ucap selamat dengan penuh kasih sayang itu bertukar menjadi wang ringgit . . . hai dah boleh jadi overnight millionaire kau Ame!
Dah lama juga peristiwa itu. Penulis dah ingat-ingat lupa tentangnya. Maklumlah dah lama (bukan orangnya . . . tapi masanya.) Itu tentang peristiwa istimewa untuk Ame. Seperkara lagi tentang gambar peristiwa itu. Seingat penulis ada gambar beramai-ramai diambil di studio selepas beberapa hari Ame menerima diplomanya. (Penulis & Isteri tak dapat turut bersama, ada hey le . . . kata orang Perak). Tetapi . . . gambar itu tidak siap atau tiba segera. Lama-lama terlupalah si penulis akan wujudnya gambar tersebut.
Gambar Studio . . . baru kelas
Tiba-tiba petang ini Penulis ternampak gambar yang dimaksudkan terletak di atas meja kecil dalam bilik Penulis. Indah sungguh kelihatan gambar itu . . . warna-warninya . . . orangnya . . . (hmm hmm ok ok aje le). Jangan mare ye . . . komen ini tercetus kerana Penulis tidak termasuk dalam kumpulan yang difotokan (kalau termasuk sama, mesti tinggi melambung pujian dan bunga bahasa yang dilontarkan! He,he).
Freestyle
Belakang dari kiri: Rashidi, Royhai'zam, Hazry, Amir, Afzan, Marlyana, Nurliza, Halmy
Tengah dari kiri: Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah (dukung Ahmad Iman Iskandar), Zolkeplay
Depan dari kiri: Hanum, Amira, Najwa, Nadira, Filza, Halim
Tengah dari kiri: Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah (dukung Ahmad Iman Iskandar), Zolkeplay
Depan dari kiri: Hanum, Amira, Najwa, Nadira, Filza, Halim
Namun oleh sebab foto-foto ini menarik (le juga) dan ada sedikit nilai komersial (yakni dari segi pembayaran yang kena kome buat kepada pemilik kedai foto tu), maka kita paparkanlah juga . . . untuk tatapan sesiapa yang suka. (Jangan kome lupa . . . blog ini teman yang punya . . . he, he).
Syabas!
Congrats to Ame & both Mum Foziah and Dad Roslan naturally . . .
And sharing your happiness . . .
Standing L to R: Royhai'zam, Rashidi, Najwa, Filza, Hazry,
Amira, Amir, Marlyana, Halim, Afzan, Halmy, & Nadira
Sitting L to Right: Hanum, Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah, Zolkeplay, & Nurliza
Standing L to R: Royhai'zam, Rashidi, Najwa, Filza, Hazry,
Amira, Amir, Marlyana, Halim, Afzan, Halmy, & Nadira
Sitting L to Right: Hanum, Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah, Zolkeplay, & Nurliza
salam....abah terima kasih atas blog tentang convocation amer....mmg xsangke la ubi menjadi nagka...termasuk juge amer nye convocation picture dlam ini blog...last but not least thank you so much abah...sorry gmbr lmbt amik dr kdai...hehehe
ReplyDeleteSalam Anakanda Amir,
ReplyDeleteAbah ok aje pasal tulis blog tentang Amir dan konvo serta foto konvo tu ... No real problem ... son!
But, as the Malay saying goes . . . "Ada Ubi Adalah Batas" . . . Ada blog adalah mee mamak dan sirap limau dalam gelas . . . he, he ok?
Teruskan usaha hingga berjaya!
Salam UDA!
ReplyDeleteTk paparan tu ..nampak Amir mcm dapat Ph.D saje...segak dan gaya tu...Amir!Pak long n Klrga ucapkan Tahniah...moga2 Amir maju n berjaya dalam hidup ...jadi seorang yang berguna,Insyaallah.
Salam Basri,
ReplyDeleteKata-kata perangsang saja yang dapat kita berikan kepada mereka ini (generasi baru yang berusaha). Hanya kita harap dan doakan mereka ini jadi 'pandai' dan 'cerdik' dalam hidup . . . kedua-duanya bersekali!TQ.
Ps: Catatan untuk Amir . . .
Harap ucapan Pak Long Basri tu, menyemarakkan lagi azam dan semangat Amir untuk berjaya!