Sunday, June 6, 2010

Julung Kali Ke Putrajaya




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bersantai Ala Aii



Pada hari Sabtu 22 Mei 2010 aku bersama isteri (Alimah), anak (Marlyana), menantu (Noorshafini), dan anak serta menantu (Mazlyna & Royhai'zam) pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya. Kami berhajat memperbarui kad pengenalan masing-masing yang sama ada telah rosak atau perlu digantikan 'chip' yang lebih terkini. Kesan utama aku rasakan ketika berurusan di sana ialah tahap perkhidmatan yang diberikan oleh staf di JPN itu jauh lebih baik dan bermutu berbanding masa-masa lampau. Mereka lebih berhemah dan cekap ketika mengendalikan tugas rasmi. Terima kasih dan syabas kerana bersikap demikian. Diharap sikap dan amalan sebegini berterusan.


Masjid Putra, di Putrajaya
yang tersergam indah

Urusan kami di JPN selesai. Perut pula terasa lapar. Aku dan ahli-ahli keluargaku pun mencari tempat makan. Kami pergi ke kompleks membeli belah Alamanda dan singgah menjamu selera di Foodcourt Rasa. Tidak disangka-sangka anak dan menantuku yang sepasang lagi turut membawa anak mereka Ahmad Iman Iskandar (Aii - cucu teman le . . .) berkunjung ke Putrajaya. Rupa-rupanya Mazlyn & Rashidi memang sudah lama berhasrat membawa Aii bersiar-siar ke sana . . . bersantai kata orang . . . sambil menikmati pemandangan yang indah di sekitar Putrajaya seperti yang dilakukan ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara. Memang pada ketika itu sungguh ramai para pelancong dilihat berkunjung ke situ.


Aii bersama Emak (Alyn)
di tepi tasik buatan manusia, Putrajaya


Kali ini Aii bersama Abah (Shidi)
di lokasi yang sama

Di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya
Aii didukung Emak (Alyn)

Mazlyn & Rashidi menjamu selera
di Foodcourt Rasa, Alamanda juga di Putrajaya.


Noorshafini, Royhai'zam, Alimah, Penulis & Marlyana


Roy, Aii, Alimah & Penulis


Alimah mengagah cucunya Aii


Alimah, Penulis, Yana, Fini & Roy


Anum & Roy


Fini, Yana, Anum & Roy


Roy & Aii

Pendek cerita kami semua bertemu di tempat makan tersebut di atas. Selesai menjamu selera aku dan ahli-ahli keluargaku sempat menunaikan solat di Masjid Putra. Selepas itu kami bersiar-siar di sekitar bandar 'moden' yang diilhamkan Tun Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia. Aku terasa amat tenang sekali. Aku tetap terpegun dan kagum dengan idea bijak pengstrukturan bandar Putrajaya walaupun ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Aku hairan mengapa ada golongan yang mengajukan kononnya pembangunan tempat yang kini dipanggil Putrajaya . . . dengan persekitaran yang begitu indah . . . adalah suatu pembaziran! Entahlah. Aku teringatkan kata-kata Inggeris yang bermaksud lebih kurang begini, What is meat to one, might just be poison to another.


Aii, Atuk Majid & Opah Alimah

Aii & Penulis

Pak Uda, Aii, Atuk & Opah


Opah, Atuk (pangku Aii) & Mak Chu


-sama dgn atas-


Fini & Anum

Anum & Roy

Berbalik kepada kisah anak dan menantuku yang membawa anak mereka Aii ke Putrajaya. Aku tanya mereka mengapa pilih bawa Aii ke sana. Jawapan mereka mudah saja. Pemandangan indah kat sana . . . biar Aii belajar menghargai keindahan begini sejak awal kehidupan lagi. [Suka hati kome lah.] Sebenarnya inilah kali pertama Aii ke sana. Dari riak wajah Aii yang sentiasa tersenyum dan gembira ketika berada di Putrajaya, aku yakin dia juga senang di sana. Insya-Allah panjang umur, ini tentunya bukan kali pertama dan terakhir Aii akan melawat Putrajaya . . .



Classified

Classified

Classified

Classified

Kelompok foto di atas adalah bahan 'classified' yang tidak memerlukan pengenalan.


Apapun, bukan itu sahaja yang hendak aku sampaikan. Aku sesungguhnya ingin menyatakan bahawa ramai orang yang berfikiran rasional akan meghargai usaha memperindahkan sesuatu bukan mencacinya tanpa asas yang kukuh. Dan, Putrajaya adalah sesuatu yang indah dan . . . terus diperindahkan.


Lagi? Sebagai warga negara Malaysia, aku akan berasa bangga apabila anak cucu cicit bangsaku seterusnya akan terjamin dapat melawati tempat-tempat yang sebegini hebat dan menikmati suasana indah persekitarannya pada masa muka . . . dengan adanya perancangan memperindahkan negara yang dilakukan dengan bijak oleh para pembangun negara yang selari bijaknya!

Insya-Allah.










dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment