Wednesday, June 23, 2010

Keluarga AMB




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Keluarga Aku Sendiri


Setelah hampir tiga dekad hidup "membujang" aku tiba-tiba terdorong untuk berfikir dengan serius tentang soal hidup "berumah tangga". Sebelumnya aku memang tidak pernah "melayan" perkara yang dianggap begitu "sensitif dan peribadi" bagi golongan remaja zaman seangkatan denganku. Memang tidak terfikir langsung untuk "melibatkan diri" dalam ikatan perkahwinan! Bukan kerana tiada "kawan" atau girl friend (dalam kata omputihnya le . . .) tetapi mungkin kerana sering mengingatkan kepada diri sendiri bahawa, "Aku belum ready untuk bertanggung jawab dalam soal sebesar itu!"

Apabila dikenang kembali . . . ternyatalah betapa ceteknya pengertian aku pada waktu itu. Pengertian tentang sesuatu yang sebenarnya menjadi fitrah manusia. Namun pada akhirnya siapalah kita untuk menentang kehendak yang ditetapkan oleh-NYA. Siapalah aku yang konon cuba mempertahankan status hidup "membujang" untuk kesekian lamanya!


Dengan kehendak-NYA jua, aku dipertemukan dengan Alimah bt Yasin (melalui sepupuku Noor Rashid bin Abdul Kamal). Gadis ini berasal dari Pulau Sebang, Melaka (tetapi bersekolah dan dibesarkan di Singapura). Pertemuan ini berlaku pada tahun 1971. Ketika itu Alimah yang bekerja di Terendak Camp, Melaka datang ke Kuala Lumpur untuk menyertai acara sukan tahunan antara jabatan. Alimah sebenarnya juga aktif dalam sukan bola keranjang. Dia dipelawa mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam sukan bola keranjang (walaupun dia seorang petugas civilian).

Pasukan Bola Keranjang (Wanita)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Alimah Yasin barisan tengah nombor tujuh dari kanan


Alimah Yasin nombor empat dari kiri




"Jodoh dan pertemuan kehendak Tuhan; Kalau dah jodoh tidak ke mana"




Foto kiri : Alimah Yasin. Foto kanan: Penulis menyarungkan cincin pertunangan ke jari Alimah Yasin





Foto kiri: Salam pertunangan & pernikahan (bersekali) . . . kami le. Foto kanan: [Berdiri ] Yasin Ahmad, Foziah Yasin, Maimunah Mahat, Zolkeplay Madiasin, Sulaiman Yasin. [Duduk] Kamariah Yasin, Sapiah Yasin, Fadelah Yasin & Alimah

Majlis Pertunangan & Pernikahan Majid & Alimah
12 Januari 1974, Pulau Sebang, Melaka.

Aku pula ketika itu bekerja di Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur. Setelah berkenalan dan kemudiannya saling mengenali peribadi antara satu sama lain selama tiga bulan aku pun masuk melamar Alimah. Lamaranku diterima dan kami berdua diijab kabulkan pada tahun 1972. Entah kenapa aku bersetuju terus "bernikah gantung" selama hampir dua tahun dengan Alimah . . . (takut melepas kalau tunggu lama-lama kot) . . . walaupun aku bukan seorang anggota tentera!


Acara Akad Nikah
[Abah] Yasin Ahmad menikahkan Penulis di rumah kampung Pulau Sebang, Melaka
pada 12 Januari 1974. Pak Awim, Pak Andak Din, Imam dan anggota masjid kariah meyaksikan


Pada zaman itu, "nikah gantung" biasanya berlaku dan/atau diamalkan di kalangan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga yang bakal pengantin lelakinya adalah anggota tentera. ( Kononnya isteri mendapat gaji juga?) Pada tahun 1974 majlis perkahwinan (persandingan) kami dilangsungkan di Bukit Sebang, Melaka. (Bukit Sebang bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan.)


Bersanding di pelamin pada hari Sabtu 27 Disember 1975 di Bukit Sebang, Melaka


Datang untuk bersanding pada hari Ahad 28 Disember 1975 di Bukit Sebang, Melaka


Makan Beradab Pengantin



Majlis Perkahwinan Majid & Alimah
27 & 28 Disember 1975 di Bukit Sebang, Melaka



Apapun, perkahwinan kami diberkati Allah dengan mengurniakan enam orang cahaya mata.Tiga lelaki dan tiga perempuan. Susunannya berselang seli lelaki dan perempuan. "Selang bunga" kata orang.

Cahaya Mata

Belakang dari kiri : Halim, Mazlyn, Halmy
Hadapan dari kiri: Marlyana, Hazry, Mazlyna


Belakang dari kiri: Alimah (pangku E),
Penulis (pangku Yana & Anum), Halim, Alyn

Depan: Halmy

Aku hanya bersyukur kepada Tuhan yang menganugerahkan. Anak-anakku sekarang berusia antara 27 hingga 33. Berikut ini diperturunkan turutannya mengikut senioriti:

1) Halmy Zahari bin Abdul Majid
2) Mazlyn Hanim bt Abdul Majid
3) Halim Zaharyn bin Abdul Majid
4) Mazlyna Hanum bt Abdul Majid
5) Hazry Zaharith bin Abdul Majid
6) Marlyana Haniz bt Abdul Majid


Alyn, Yana, Abah, Halim, E, Mak, Anum & Halmy


Ana, Halim, Halmy, Abah, E, Alyn, Anum, & Mak

Alhamdulillah kesemua anakku sudah bekerja sekarang. Aku tidak menyediakan mereka segala macam pemberian dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Aku hanya dapat menyediakan peluang belajar setinggi peringkat yang mereka mampu. Selainnya terserahlah kepada mereka untuk "mewarnakan" hidup masing-masing.


"Mentera Seorang Pesara"

[Puisi ini . . . yang aku tulis pada Julai 8, 2005
dimasukkan di sini sebagai "penghias" halaman]

Aku sebenarnya berasal dari Tapah, Perak tetapi bersekolah dan dibesarkan seluruhnya di Kuala Lumpur. Aku pernah bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Public Services Commission --PSC), Kuala Lumpur. Kemudian aku berpindah kerja di Kementerian Pelajaran. Akhirnya aku bekerja di Oxford University Press/ Penerbit Fajar Bakti (OUP/PFB) sehinggalah aku bersara pada tahun 2001 kerana mencapai usia 55 tahun.


Catatan Persaraan dari OUP/PFB
(kini Oxford-Fajar)


Kad Nama & Jawatan . . .

Jadi identiti dan kebanggaan . . .

Serta kenangan . . .

Susah senang . . . pahit manis menggalas kerjaya . . .


Demikian secara ringkas kisah awal perjalanan hidup keluargaku . . . keluarga AMB. Kini empat orang anakku telah mempunyai pasangan hidup masing-masing. Mazlyn telah berkahwin dengan Mohd Rashidi Ali.
Halmy berkahwin dengan Nurliza Zainuddin. Halim berkahwin dengan Noor Shafini Abdul Hamid. Hanum berkahwin dengan Royhai'zam Basri.

Mazlyn & Rashidi

Selepas Majlis Perkahwinan di FRIM, Kepong
14 Jun 2008


Majlis Pertunangan Mazlyn - Rashidi di d'SUARANG, Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2007
Tanah yang licin,tanah yang licin tidak berduri . . . ibarat cincin, ibarat cincin lekat di jari . . .

Tanda Setuju


Beraksi di FRIM selepas Majlis Perkahwinan . . . ala ala . . .
watak Melor dalam filem Hang Tuah tu . . . he he . . .



Barisan Besan Teman Meneman
Dari kiri: Noraini, Alimah, Rashidi, Mazlyn, Penulis & Ali
Dewan Alwy, FRIM 14 Oktober 2008


Halmy & Liza





Atas kiri: PL dan PP mengaminkan doa. Kanan: PL menyarungkan cincin perkahwinan ke jari PP.



Atas kiri: Bakat terpendam. Liza dan Halmy hebat menyanyi! (9 November 2008 di d'SUARANG). Kanan: Besan sama besan, dengan pengantin bergambar kenangan. Dari kiri: Penulis & Alimah (ibu bapa PL), Halmy & Liza, Zaleha & Zainuddin (ibu bapa PP)


Majlis Pertunangan 4 Ogos 2007 dan Pernikahan dan Perkahwinan 8 November 2008
Halmy & Liza di Kuala Lumpur



Roy & Anum

Foto Perkahwinan di Kuching, Sarawak
Sabtu 14 Jun 2009


Upacara Akad Nikah dan Majlis Perkahwinan Roy & Anum di Kuala Lumpur 30 & 31 Mei 2009


Genggaman Salam Ijab dan Kabul
Sabtu 30 Mei 2009


Di Kuala Lumpur Ahad 31 Mei 2009


Salam Setia Kasih



Kucupan Ikatan Mesra


Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Anum & Roy
pada 3o & 31 Mei 2009 di Kuala Lumpur
dan 14 Jun 2009 di Kuching, Sarawak.




Halim & Shafini


Majlis Perkahwinan H&S
Sabtu 20 Mac 2010, KL










Sekeluarga
Bergambar dengan Besan dan Anak Menantu di KK
Dari kiri: Rohani, Hamid, Halim & Shafini, Majid, Alimah


Bersanding di Kuala Ketil
Jumaat 12 Mac 2010


Bersanding dan Akad Nikah di Kuala Ketil pada hari Jumaat 12 Mac 2010


Pertunangan, Pernikahan dan Perkahwinan H&S
Kuala Ketil, Kedah ... Jumaat 12 Mac dan Sabtu 13 Mac 2010


Pasangan Mazlyn dan Rashidi telah dianugerahkan Allah seorang cahaya mata. Anak lelaki. Ahmad Iman Iskandar namanya. Aii cucu aku le tu, sekarang berusia lima bulan! Dua lagi pasangan itu . . . Halmy dan Liza serta Anum dan Roy (pada ketika penulisan blog ini) sedang menunggu kehadiran cahaya mata mereka masing-masing . . . God willing . . . next change.


Kiri: Aii bersama Abah dan Kanan: Aii bersama Emak . . . bersantai-santai di pesisir pantai


Ahmad Iman Iskandar (Aii)
Exercise Kaki

Sini Aii . . . sana pun Aii . . . semua pun Aii . . . le . . . [Suka hati blogger le!]



Aii menikmati alam sekeliling bersama Emak

Aii Berdukung Lagi


"Hazry dan Lyana macam mana pula? Masing-masing belum plan nak kahwin?"

"Relaks aje dulu . . . sampai ada seru . . . he he ," kata mereka.

Aku tunggu keputusan mereka nanti. Sekarang belum nampak apa-apa signal lagi!

Sebagai ketua keluarga ini aku memang mengharapkan semua ahli keluargaku mencapai segala hasrat dan niat mereka yang baik-baik. Aku berharap mereka dapat menjadi ahli keluarga yang bertanggung jawab dan saling membantu antara satu sama lain. Hidup biar beriman. Halus berperasaan . . . bukan asyik dek perasan!

Sesungguhnya banyak lagi yang harus kita usahakan secara berkeluarga. Banyak lagi kejayaan yang boleh kita capai bersama-sama. Insya-Allah, kebahagiaan akan kita nikmati . . . demikian doa AMB.



STOP PRESS

































dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment