Tuesday, July 13, 2010

Pertemuan Berkala /Mesra Dari Sarawak




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sedikit Suntikan Semangat

Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS)



Perkahwinan (yang bukan paksaan le ... ) memang sesuatu yang menggembirakan. Ikatan pasangan pengantin dalam tali perkahwinan yang sah (dan suka sama suka le ...) sentiasa dapat mencetuskan bibit-bibit kasih dan sayang antara pasangan itu sendiri. Kasih sayang yang bersemi dalam diri pasangan pengantin akan bertambah subur dari masa ke masa dengan kebijaksanaan pasangan itu mengendalikan tuntutan hidup sebagai suami isteri.


Pelamin dalam dewan

Lama kelamaan, dengan keserasian yang terbina dari sehari ke sehari, akan tersemat jua perasaan yang halus dan berseni di dalam jiwa pasangan pengantin yang berkenaan hingga menjadi suatu budaya yang berkekalan. Budaya hidup ini kemudiannya akan menular pula di kalangan ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Kemesraan akan terjalin di antara besan dengan besan. Menantu dengan mertua. Adik beradik dengan ipar duai. Biras dengan biras. Pendeknya antara semua anggota dalam keluarga kedua-dua belah pihak.



Berarak ke dalam dewan
Khairul Adzwan & Reyni

Seterusnya akan tertanamlah semangat kekeluargaan yang amat kuat dan sempurna! Semangat yang diistilahkan esprit de corps. Alhamdulillah, andainya segala impian setiap pasangan yang baru melalui gerbang perkahwinan ini, dapat diterjemahkan menjadi realiti maka ikatan sesuatu perkahwinan itu bolehlah dianggap serasi dan 'berbaloi' (bak kata orang sekarang!)


Kad Undangan Perkahwinan
Khairul Adzwan & Reyni

Secara peribadi, aku amat suka menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Apatah lagi majlis atau kenduri yang diadakan oleh saudara mara sendiri. Aku suka kerana di majlis sebegini aku biasanya dapat bertemu kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan dan taulan. Sanak saudara akan datang dari berbagai-bagai tempat dan pelosok negeri. Mereka yang selalu kita temui, mereka yang jarang-jarang kita temui, mereka yang sekali sekala kita temui dan juga mereka yang belum pernah kita temui!


Bersalam-salaman

Dari kiri: Abd Wahab, Baharuddin Osman,
Abd Samad, Md Nor, Penulis & Aziz Md Amin




Dari kiri: Abd Wahab, Baharuddin Osman, Abd Samad,
Md Nor Idris, Badrin Osman, Kamaruddin Mohd Nadzar,
Lokman Shariff, Mohd Nadzar Shariff, Penulis & Aziz Md Amin


Foto kiri: Susunan seperti di atas. Foto kanan: dari kiri Penulis, Badrin Osman, Md Nor Idris, Kamaruddin Mohd Nadzar & Mohd Nadzar Shariff


Foto kiri: Penulis dengan Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff. Foto kanan: Penulis dengan Tuan Hj Baharuddin bin Osman.


Ada saja yang ditanya dan ada saja yang dibualkan apabila sanak saudara bertemu. Foto kiri: Penulis bersama Badrin Osman. Foto kanan: dari kiri Penulis, Baharuddin Osman, Md Nor Idris & Badrin Osman.


Hitam putih le pulak . . . dari kiri:
Abd Wahab, Baharuddin Osman, Abd Samad,
Badrin Osman, Kamaruddin Mohd Nadzar, Penulis,
Mohd Nadzar Mohd Shariff & Lokman Mohd Shariff

Perkara begini berlaku pada hari Ahad 11 Julai 2010 yang lalu. Aku maksudkan peristiwa di majlis perkahwinan Khairul Adzwan bin Ghazali dengan Reyni bt Noorman. Khairul Adzwan adalah anak kepada adik saudara aku (pangkat dua pupu) Hjh Faridah Anum bt Tajuddin dan suaminya Ir. Hj Ghazali bin Ibrahim. Hjh Faridah Anum ialah anak kepada Tajuddin bin Mohd Said (pangkat Pak Anjang aku sebelah keturunan Tok Mohd Said, Rawang.) Ini bermakna aku dengan Hjh Faridah Anum adik beradik beratur datuk le (bak kata orang Perak.) Atau mudahnya, kami adik beradik satu moyang (sebelah Tok Mohd Said bin Hj Ismail dan adiknya Tok Mohd Shariff bin Hj Ismail.)


Bapa & Emak Pengantin
Tuan Hj Ghazali (kiri sekali) & Puan Hjh Faridah Anum (kanan sekali)

{Penulis dan isteri Alimah sempat bergambar dengan Bapa dan Emak Pengantin}


Suasana di luar dewan (bahagian resepsi). Bapa dan emak pengantin sibuk menerima tetamu.

Bapa & emak pengantin sudah tentulah sibuk melayan kedatangan para undangan. Penulis dan isteri (Alimah) pun turut sibuk ke? Bukanlah . . . hanya turut memeriahkan suasana. Lagi pun, kata kita kan sekeluarga. Apa salahnya. Kata orang sekarang "No hal" ya tak!

Aku menyebut peristiwa ini sebagai contoh untuk menunjukkan betapa baiknya keluarga kita mempunyai PTS (Pakatan Tubuh Sekeluarga). Sekurang-kurangnya kita masih tahu pertalian kekeluargaan kita. Sekurang-kurangnya kita dapat lagi berkenalan dengan saudara mara yang tidak kita kenali. Paling penting sekurang-kurangnya kita dapat memelihara perhubungan antara kaum keluarga dan sanak saudara. Yang jauh kita kenalkan, yang dekat kita mesrakan dan yang mesra kita eratkan. Pendeknya silaturahim antara semua ahli keluarga kita dalam PTS kita cuba usahakan keabadiannya. Insya Allah!




Geng Rawang ni memang hebat. Sentiasa sepakat dan ceria. Keluarga Pak Usu Osman le, katakan (keturunan Tok Mohd Said). Tapi, nampak dalam foto tu ada (macam kenal aje) gadis Sarawak (Aina/Aiza? . . . anak Roslan) juga keturunan Tok Mohd Said. Si penulis tu tak kisahlah sangat. Mana-mana pun boleh. Nak eksen sikit. Tahu tak penulis tu kena dengan kedua-dua belah pihak sekali . . . Tok Mohd Said & Tok Mohd Shariff. Itulah kelebihannya teman ini weh . . . he, he.

*{Nota: Kalau terdapat kesilapan catatan nama di mana-mana harap beritahu Penulis ya. Penulis juga mengharapkan bantuan ahli-ahli keluarga besar untuk mencatatkan nama-nama dalam caption foto. Terima kasih atas bantuan.}




Keluarga Pak Usu Osman bersama keluarga dari Sarawak
Tuan Hj Bujang & Hasnah bt Tajuddin, Aina/Aiza Roslan, dan
ahli keluarga lain Md Nor Idris, Tuan Hj Baharuddin & Penulis


Dalam majlis tersebut di atas ramai sanak saudara aku temui. Sanak saudara yang biasa aku temui, sanak saudara yang sekali sekala aku temui dan sanak saudara yang jarang-jarang aku temui. Semuanya turut hadir dan aku dapat bertanya khabar dan berbual mesra dengan mereka.









Beramah mesra dengan ahli keluarga besar



Berbicara tentang bagaimana sebaik-baiknya cara menyuntik 'kesegaran' dalam jiwa PTS. Insya-Allah dikabulkan.

Paling menyentuh perasaan aku ialah aku dapat bertemu dengan adik-adik saudaraku (pangkat dua pupu) yang datang jauh dari luar Semenanjung. Hasnah bt Tajuddin dan Roslan bin Tajuddin (dua adik beradik anak kepada Pak Anjang aku Tajuddin bin Mohd Said) masing-masingnya datang dari Betong dan Kuching, Sarawak. Mereka ialah adik beradik Hjh Faridah Anum berlainan ibu. Tetapi mereka amat rapat dan mesra dalam perhubungan antara satu sama lain. Syabas, inilah semangat yang kita mahukan dan inilah pendirian yang patut dijadikan tauladan.


Foto kiri: Roslan Tajuddin bersama penulis, Alimah & ahli keluarga yang lain. Foto kanan: dari kiri Norlin Osman, Penulis, Alimah, Hasnah Aminah Ahmad, Hasnah Tajuddin & Zaleha Jamil (Mak Uda-isteri Pak Uda Nadzar)


Foto kiri: Hasnah Tajuddin berbual dengan Kak Uda Alimah. Aina Shahirah Roslan pula diinterview Pak Uda Majid. Soalannya: "Nanti nak bertugas (mengajar) di mana?" Jawapannya: "Tentulah di Sarawak!" Ok le tu. Foto kanan: dari kiri Zaleha Jamil, Hasnah Tajuddin, Alimah Yasin, Abd Wahab, Penulis, Bujang, Md Nor Idris, Mohd Nadzar Mohd Shariff, Roslan Tajuddin & Kamaruddin Mohd Nadzar


Wah ramainya . . . kena cam sendiri le . . .
Foto diambil bersama bapa dan emak pengantin

Foto diambil bersama bapa dan emak pengantin.
*Insya-Allah details foto ini akan diberi kemudian...

*(
dgn bantuan ahli-ahli keluarga besar ini sendiri le ...
boleh kan
?)


Sekeluarga
Dari kiri: Penulis, Lokman, Bujang, Md Nor,
Mohd Nadzar, Roslan & Kamaruddin



Foto Kenangan
Bersama ahli keluarga dari Sarawak
(details to come)



Foto Kenangan
(Seperti di atas)


Sebenarnya aku sudah pernah bertemu Roslan & isterinya Hasnah buat pertama kalinya di Kuching pada bulan Jun 2009 ketika menghantar Mazlyna Hanum (anak perempuanku) ke majlis perkahwinannya dengan Royhai'zam bin Basri di Kg Stapok, Kuching. Tetapi, aku belum pernah bertemu atau kenal dengan Hasnah (kakak Roslan) sebelum ini. Maka, alangkah baiknya langkah kami (langkah kanan kata orang) dipertemukan dalam majlis yang diadakan Hjh Faridah Anum pula! Apatah lagi pertemuan ini berlaku selepas kira-kira hampir 64 tahun sekarang. Alhamdulillah.


Khas Dari Sarawak
Penulis menerangkan sesuatu kepada
Hasnah Tajuddin & Hj Bujang



Hasnah Tajuddin & suaminya Hj Bujang dibawa berkenalan dengan sanak saudara di Semenanjung. Kedua-dua foto menunjukkan Hasnah berkenalan dengan Mak Uda Zaleha dan juga Pak Uda Mohd Nadzar


Foto kiri: Penulis (Uda Majid) pula menerangkan sesuatu kepada Hj Bujang. Foto kanan: Dari kiri: Zaleha Jamil, Alimah Yasin, Hasnah Tajuddin & Penulis.


Foto kiri: Dari kiri Mohd Nadzar, Alimah, Hasnah, Bujang & Lokman. Foto kanan: Dari kiri Alimah, Hasnah & Bujang.


Dari kiri: Mohd Nadzar Mohd Shariff (Pak Uda), Zaleha Jamil (Mak Uda), Alimah Yasin (Kak Uda), Hasnah Tajuddin, Bujang, Abdul Majid Baharom (bang Uda), Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang) & Maryam Yaakob (Mak Anjang).

Lama juga aku berada di majlis itu bersama-sama isteriku Alimah, menantu Noor Shafini, anak Marlyana dan anak buah Afzan. Marlyana membantu dalam memungut sumbangan wang kekeluargaan PTS untuk keluarga Hjh Faridah Anum dan Hj Ghazali (satu aktiviti yang biasa dilakukan PTS.) Noor Shafini jadi juru audit. Afzan jadi juru kamera dah le. Thanks everybody.


Kerja mudah. Tunggu di laluan "check-point" , collect duit dan kira. Tapi, biar tally Kak. Nanti puas nak balance.



Nasib baik dulu sekolah ada belajar kira-kira (ilmu hisab) . . . outdated term? Ya lah sekarang dah panggil Matematik. Lantaklah . . . asasnya tetap sama!


Bagus ooi kerja begini. Glamour tu duduk kat laluan VIP . . . Lain kali boleh le tolong lagi ya.


Sibuknya checking (men)checking list sumbangan tu. Takpe le kalau collection tak berjuta pun. Semangat tetap ada . . . Alangkah baiknya jika mendapat sokongan yang padu dan berterusan dalam hal ini daripada semua ahli PTS.


Agaknya dah boleh kita tutup akaun sekarang. Sekejap lagi majlis akan sampai ke penghujung.


Ah, tulis dan kira betul-betul collection tu. Kerja biar berkualiti Kak . . . he, he


Kepada sanak saudara yang menyokong PTS terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Ahli-ahli yang belum sempat memberikan 'sokongan' cuba-cubalah berusaha mengenali PTS dengan lebih dekat. Mudah-mudahan mereka akan dapat juga memberi sokongan yang amat diperlukan PTS demi kebaikan keluarga besar Tok Mohd Said, Tok Mohd Shariff dan Onyang Konah.

"Tak Kenal Maka Tak Cinta"
"Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat"


Sebagai penutup aku ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Hj Ghazali bin Ibrahim dan Hjh Faridah Anum bt Tajuddin atas kesudian mereka mengundang aku sekeluarga ke majlis yang mereka adakan itu. Tahniah kepada kedua-dua mereka yang menerima ahli keluarga baru tu (menantu le . . .) Semoga cepat-cepat pula mendapat cucu. Baru best . . . boleh join kelab elit (yang teman baru aje join weh) . . . kelab 'datuk & isteri datuk' (lagi 'terangkat' daripada kelab 'datuk & datin'.) Wallahualam!



Gembira hati sanak saudara,
Hari ini dapat bertemu;

Gembiralah lagi si ibu bapa;

Hari ini dapat menantu.



Catatan: A
papun, bahagian dan peranan yang paling menyegarkan tentulah ketika berada di meja makan dalam dewan . . . ativiti menjamu selera le . . . jangan marah ha. Terima kasih daun keladi . . . sampai berjumpa lagi.


Sessi makan-makan paling menyeronokkan. Foto kiri: Penulis makan bersama keluarga Abang Shahrom dan keluarga sendiri. Foto kanan: Noor Shafini dan Afzan menjamu selera.


Hujan ribut pun berhenti ooi. Jangan marah happy-happy aje le ... dah kenyang ke?


Salam mesra dari penulis sekeluarga











dsuarang.blogspot.com

9 comments:

  1. Dah lama saya ikuti blog ni. Ternyata sesuatu yg memberangsangkan setiap kali saya membaca semua entri. Entri2 yg paling saya minat tentulah entri2 tentang keluarga besar ni.... cerita keluarga uncle turut memberi kegembiraan dan ketenangan kepada saya... terima kasih uncle majid & keluarga....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Maria kerana sudi mengikuti blog yang dikendalikan oleh 'orang tua' ni. Apalah sangat ada pada penulisan ini . . . sekadar untuk bacaan sambilan mungkin.

    Namun kalau ia dapat membantu sesiapa pun menikmati sedikit kegembiraan atau ketenangan maka bersyukurlah penulisnya kepada Allah SWT.

    Doaku supaya anakanda bahagia senantisa.

    ReplyDelete
  3. assalamuaalaikum. ini Aiza Adibah Roslan. yang diinterview itu Aina Shahirah Roslan yang jadi cikgu tu. ramai yang confuse nama kitorg ! :)

    ReplyDelete
  4. Salam Aiza Adibah Roslan,

    Sorry ya Pak Uda dah tersilap bubuh nama kalian. Orang lain, namanya pula lain! Memang agak mengelirukan.
    Takpe nanti Pak Uda betulkan dalam entri ini.

    Tu lah . . . datang-datanglah ke rumah Pak Uda. Boleh kenal keluarga lebih rapat lagi. Rasanya UIA tu tak jauh sangat dari d'SUARANG,he he:)

    ReplyDelete
  5. Ahhhh..takpe. dah biasa dah bila org tersilap nama ni. hehe. ahhh insyaAllah :) . sekarang kurang sihat sikit. tak dapat nak ikut Wa (Hasnah Tajudin) & Aina pergi rumah Pak Uda. hehe :).

    ReplyDelete
  6. Ok Aiza ... Pak Uda faham kalau gitu. Nanti bila Aiza ada kelapangan waktu datang le. You're welcome bak kata omputih:D

    ReplyDelete
  7. Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara jauh dan dekat kerna sudi datang ke majlis perkahwinan anak sulong kami.Semoga semangat kekeluargaan ini akan berterusan hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  8. Nak pantun pula,

    Kalau tidak kerana bulan
    Tidak bintang terbit pagi
    Kalau tidak kerana tuan/puan
    Tidak majlis semeriah ini

    Nasi putih nasi lemak,
    Sajian makanan di waktu pagi,
    Terima kasih banyak-banyak,
    Sudi bertandang ke majlis kami.

    Tali belati pengikat kereta,
    Kereta diikat beroda besi,
    Di hujung pena menari kata,
    Merakam budi kenangan abadi.

    Pulau pandan jauh ketengah
    Gunung daik bercabang dua
    Tunggu saja anak kami yang tengah
    Mungkin setahun lagi atau dua.

    ReplyDelete
  9. Salam Adinda Ghazali,

    Terima kasih kembali atas penghargaan itu.Hal kecil tu. Kalau omputih kata lebih kurang begini le . . ."The pleasure is ours" he he. Takpe le . . . nak juga pantun sikit:

    Pantun dijual, pantun dibeli,
    Pantun diberi, pantun dibalas;
    Eloklah kenal sesama sendiri,
    Hubungan famili barulah jelas.

    Apalah sangat sumbangan kami,
    Sekadar menyuntik semangat muhibah;
    Sokongan moral seikhlas hati,
    Mesra bersaudara makin bertambah.

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Budi bahasa tak jual beli;
    Tinggi peribadi berjiwa mulia,
    Halus bicara kita sanjungi.

    Biar teguh biar sekata,
    Biar kukuh persaudaraan kita;
    Moga terang lagi bersuluh,
    Moga tenang hidup seluruh.


    dan untuk rangkap pantun terakhir adinda itu, Uda rasa responsnya begini:

    Sinar cahaya terus ke mata,
    Terang sungguh pemandangan pagi;
    Benar kiranya bagai dikata,
    d'SUARANG menunggu undangan lagi!

    Assalamualaikum dan jumpa lagi.

    ReplyDelete