Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Aktiviti Penuh Erti : Keramat AU3
Masih Sabar Menunggu Waktu Berbuka
Susunan kedudukan dalam gambar sama seperti di atas.
Terlebih dahulu penulis sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi hadir dari petang hingga ke malam Sabtu 18 Ramadan 1431 H, bersamaan 28 Ogos 2010 di d'SUARANG. Tanpa sokongan dan kehadiran anda sekalian tidak mungkin wujud Aktiviti Semarak Ramadan PTS yang Ketiga (SR3) untuk bulan yang mulia tahun ini.
Dah Tiba Waktu Berbuka Puasa . . .
Foto kiri: Duduk dari kanan: Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff & Md Noor Idris. Berbaris dari paling hadapan: Penulis, Hj. Baharudin, Megat Husni, Roslan, Kamaruddin, Mohd Badrin. Foto kanan dari kiri: Hazry, Md Noor, Hj Mohd Nadzar & Halmy.
Berbuka ringkas sebelum bersolat fardu Maghrib.
Foto kiri dari kiri: Halmy, Md Noor, Hj Basri, Hj Abdul Wahab & Hj Suhaimi. Foto kanan dari kiri: Hj Mohd Nadzar & Penulis.
Foto kiri dari kiri: Hj Abdul Wahab & Hj Suhaimi. Foto kanan: Hazry & Penulis membentang sejadah.
Ahli-ahli keluarga membantu membentang sejadah untuk para jemaah bersolat.
Aktiviti SR3 bermula dengan acara berbuka puasa apabila masuk waktunya. Para hadirin berbuka ringkas dengan kuih muih dan buah-buahan sebelum solat Maghrib berjemaah. Imam solat fardu Maghrib ialah Tuan Hj Baharudin Osman dari Shah Alam. Tuan Hj Baharudin (Tok Sulung Din kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Onyang Konah.
Tuan Hj Baharudin Osman
Para jemaah selepas bersolat fardu Maghrib.
Para jemaah mendengar apa yang dibacakan imam
Masih giat mendengar dan berdoa
Para jemaah dapat menyempurnakan solat fardu Maghrib dengan baiknya.
Setelah bersolat Maghrib, semua ahli keluarga pun dipersilakan menyambung acara berbuka ringkas tadi. Kali ini para hadirin dihidangkan nasi serta lauk pauk sebagai sajian yang 'lebih berat' sebelum bersembahyang fardu Isyak diikuti dengan solat sunat Tarawih.
Antara juadah yang tersedia. Alhamdulillah serba sederhana.
Foto kiri dari kiri: Badrin, Md Noor & Hj Mohd Nadzar. Foto kanan: Hj Baharudin.
Foto kiri: Hj Abd. Wahab dan Foto kanan: Hj Suhaimi menjamu selera.
Ahli-ahli keluarga PTS menjamu selera.
Ahli-ahli keluarga dari Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Antara Bangsa, Ampang, Segambut, dan Keramat dll turut hadir memeriahkan perjumpaan Keluarga PTS kali ini.
Foto kiri dari kiri: Razief, Rashidi, Badrin, Hj Lokman & Hj Mohd Nadzar. Foto kanan dari kiri: Siti Rohani, Alimah & Mak Uda Zaleha.
Selesai menjamu selera masing-masing, azan Isyak pun diserukan bilal muda Hafiz Lokman (adik sepupu kepada penulis) diikuti dengan para jemaah bersembahyang sunat dua rakaat dan kemudian bersolat fardu Isyak. Imam solat fardu Isyak ialah Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dari Segambut. Tuan Hj Lokman (Pak Anjang kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Tok Shariff.
Bilal Muda Mohd Hafiz Lokman
Foto kiri: Hafiz (berazan) & Hj Lokman. Foto kanan dari kiri: Hafiz, Hj Lokman & Hj Baharudin. Di belakang: Mohd Rashidi.
Imam muda Hj Suhaimi mengimamkan para jemaah bersolat sunat Tarawih
Solat sunat Tarawih sedang ditunaikan.
Masih berlangsung . . .
Kiri: Para jemaah menunaikan solat sunat Tarawih. Kanan: Imam muda Hj Suhaimi Baharudin
Para jemaah selesai menunaikan solat sunat Tarawih.
Alhamdulillah solat sunat Tarawih juga dapat dijalankan dengan selesa dan penuh kyusyuk tanpa sebarang halangan atau gangguan.
Berihat Sebentar . . .
sebelum bertahlil dan membaca doa selamat
Sebaik sahaja tamat para jemaah mengerjakan solat Tarawih, bacaan tahlil dan doa selamat pun dilaksanakan oleh Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman. Semua yang hadir mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan segala yang terbaik dikabulkan Allah SWT.
Roslan, Royhai'zam & Megat Husni . . . dan Mak Uda Zaleha serta Siti Rohani kelihatan dalam foto turut mengaminkan doa yang dibaca pemimpin majlis tahlil dan berdoa selamat.
Di akhir majlis para hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada kaum keluarga PTS dipersilakan menjamu selera dengan sedikit hidangan 'manisan' (jamuan pencuci mulut).
Jom kita semua makan sikit lagi
Sambil itu mesyuarat tidak rasmi ahli-ahli PTS sempat diadakan dalam suasana yang mesra lagi saling memahami. Tujuan mesyuarat sama seperti yang dahulu-dahulu sebelumnya yakni untuk menyuntik semangat kesegaran kepada PTS.
Bincang-bincang
Dari kiri: Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar,
Penulis & Mohd Rashidi
Perbincangan tidak rasmi PTS
Foto kiri dari kiri: Mohd Badrin, Mohd Hafiz, Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar, Penulis, Mohd Rashidi, Md Noor & Mohd Razief. Foto kanan dari kiri: Hj Suhaimi, Kamaruddin, Hj Baharudin, Mohd Badrin & Mohd Hafiz.
Dah dapat sesuatu keputusan . . . Mari kita laksanakan tujuan baik ini . . .
Kita tunggu dan lihat le . . . sambil tu boleh makan juga . . .
Ok kami setujulah kalau begitu. Bolehlah wakilkan kepada kami tugas itu . . .
Dah . . . bolehlah kita teruskan dengan agenda berikutnya sekarang (secara tak rasmi aje) . . .
Foto Kiri: Alimah & Afzan masih gigih mengikuti perbincangan. Foto kanan: Badrin & Hafiz juga demikian.
Dan, pada akhir perjumpaan keluarga kali ini sumbangan ikhlas sebanyak RM 300 tiap-tiap satunya telah dapat diuntukkan kepada dua keluarga PTS yang kematian ahli keluarga masing-masing baru-baru ini. Sumbangan ini dapat diberikan hasil kutipan derma ikhlas daripada ahli-ahli PTS yang hadir dalam pertemuan keluarga PTS selama tiga Sabtu dalam bulan Ramadan ini (Semarak Ramadan 1,2 & 3). Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff selaku Presiden PTS kepada Pn Hjh Norlyn Osman sebagai wakil kepada keluarga Allahyarham Azlan Osman dan keluarga Allahyarhamah Sapiah @ Noraini Abdullah. Info lanjut akan disampaikan kepada ahli-ahli PTS oleh Urusetia PTS yang berkenaan melalui surat pekeliling dalam masa yang terdekat.
Akauntan Kehormat (utk malam tu saje ...)
Kira punya kira . . . dah betul ke?
Kome double check le . . . saran Presiden Hj Mohd Nadzar. Ha, dah betul dah kata Md Noor sambil diperhatikan Marlyana dan Siti Rohani.
Doa penulis, dan pastinya doa ahli-ahli PTS yang lain juga . . . semoga segala yang kita rancangkan untuk kebaikan bersama akan mendapat restu Ilahi. Mudah-mudahan diizinkan-NYA permohonan kita, serta dipergandakan Allah SWT dengan berganda-ganda lagi rahmat dan nikmat yang Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Amin.
Sehingga bertemu
pada ruang dan waktu yang lain . . .
Terima Kasih
drpd kami sekeluarga di
d'SUARANG
Padan sangat memandang ke Timur,Tepat kata Perdana Menteri; Badan sihat dipanjangkan umur,Dapat kita bercerita lagi.
dsuarang.blogspot.com