Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Aktiviti Penuh Erti : Keramat AU3
Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan agak selesa dan penuh muhibah. Dengan semangat kekeluargaan yang amat ketara. Dan paling penting dengan izin-NYA jua.
Ha, siapa gerangan yang baru tiba ni? Tak lain tak bukan salah seorang daripada mereka yang kuat menyokong aktiviti PTS.
Tentu semua ahli kenal dengannya. Kepada penulis sekeluarga beliau terkenal dengan panggilan TS Din.
Tentu semua ahli kenal dengannya. Kepada penulis sekeluarga beliau terkenal dengan panggilan TS Din.
Penulis berbual-bual dengan ahli-ahli keluarga lain yang datang untuk menyemarakkan Semarak Ramadan 3 di d'SUARANG. Kelihatan dalam gambar dari kiri penulis: Hj Baharudin Osman, Mohd Badrin Osman, Hj Suhaimi Baharudin, Hj Abdul Wahab & Lt Kol (B) Hj Basri Omar.
Terlebih dahulu penulis sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi hadir dari petang hingga ke malam Sabtu 18 Ramadan 1431 H, bersamaan 28 Ogos 2010 di d'SUARANG. Tanpa sokongan dan kehadiran anda sekalian tidak mungkin wujud Aktiviti Semarak Ramadan PTS yang Ketiga (SR3) untuk bulan yang mulia tahun ini.
Foto kiri: Duduk dari kanan: Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff & Md Noor Idris. Berbaris dari paling hadapan: Penulis, Hj. Baharudin, Megat Husni, Roslan, Kamaruddin, Mohd Badrin. Foto kanan dari kiri: Hazry, Md Noor, Hj Mohd Nadzar & Halmy.
Berbuka ringkas sebelum bersolat fardu Maghrib.
Foto kiri dari kiri: Halmy, Md Noor, Hj Basri, Hj Abdul Wahab & Hj Suhaimi. Foto kanan dari kiri: Hj Mohd Nadzar & Penulis.
Aktiviti SR3 bermula dengan acara berbuka puasa apabila masuk waktunya. Para hadirin berbuka ringkas dengan kuih muih dan buah-buahan sebelum solat Maghrib berjemaah. Imam solat fardu Maghrib ialah Tuan Hj Baharudin Osman dari Shah Alam. Tuan Hj Baharudin (Tok Sulung Din kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Onyang Konah.
Setelah bersolat Maghrib, semua ahli keluarga pun dipersilakan menyambung acara berbuka ringkas tadi. Kali ini para hadirin dihidangkan nasi serta lauk pauk sebagai sajian yang 'lebih berat' sebelum bersembahyang fardu Isyak diikuti dengan solat sunat Tarawih.
Foto kiri: Hj Abd. Wahab dan Foto kanan: Hj Suhaimi menjamu selera.
Ahli-ahli keluarga dari Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Antara Bangsa, Ampang, Segambut, dan Keramat dll turut hadir memeriahkan perjumpaan Keluarga PTS kali ini.
Foto kiri dari kiri: Razief, Rashidi, Badrin, Hj Lokman & Hj Mohd Nadzar. Foto kanan dari kiri: Siti Rohani, Alimah & Mak Uda Zaleha.
Selesai menjamu selera masing-masing, azan Isyak pun diserukan bilal muda Hafiz Lokman (adik sepupu kepada penulis) diikuti dengan para jemaah bersembahyang sunat dua rakaat dan kemudian bersolat fardu Isyak. Imam solat fardu Isyak ialah Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dari Segambut. Tuan Hj Lokman (Pak Anjang kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Tok Shariff.
Foto kiri: Hafiz (berazan) & Hj Lokman. Foto kanan dari kiri: Hafiz, Hj Lokman & Hj Baharudin. Di belakang: Mohd Rashidi.
Para jemaah menunggu untuk bersolat fardu Isyak
Tuan Hj Lokman mengimamkan para jemaah bersolat fardu Isyak. Kelihatan dalam foto kanan dari posisi paling kanan: Hj Mohd Nadzar, Penulis, Hj Baharudin & Hafiz.
Terus mengaminkan doa yang dibacakan Imam Hj Lokman selepas solat fardu Isyak.
Menunggu untuk bersolat sunat Tarawih
Solat sunat Tarawih menyusul sebaik sahaja tamat solat fardu Isyak. Solat sunat Tarawih diimamkan imam muda Tuan Hj Suhaimi Baharudin (pangkat bapa saudara muda kepada penulis) dari Shah Alam. Beliau keturunan daripada keluarga Onyang Konah. Bilalnya pula ialah Tuan Hafiz Lokman dari Kg Pandan. Beliau keturunan daripada keluarga Tok Shariff.
Masih berlangsung . . .
Kiri: Para jemaah menunaikan solat sunat Tarawih. Kanan: Imam muda Hj Suhaimi Baharudin
Alhamdulillah solat sunat Tarawih juga dapat dijalankan dengan selesa dan penuh kyusyuk tanpa sebarang halangan atau gangguan.
Sebaik sahaja tamat para jemaah mengerjakan solat Tarawih, bacaan tahlil dan doa selamat pun dilaksanakan oleh Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman. Semua yang hadir mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan segala yang terbaik dikabulkan Allah SWT.
Roslan, Royhai'zam & Megat Husni . . . dan Mak Uda Zaleha serta Siti Rohani kelihatan dalam foto turut mengaminkan doa yang dibaca pemimpin majlis tahlil dan berdoa selamat.
Di akhir majlis para hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada kaum keluarga PTS dipersilakan menjamu selera dengan sedikit hidangan 'manisan' (jamuan pencuci mulut).
Jom kita semua makan sikit lagi
Sambil itu mesyuarat tidak rasmi ahli-ahli PTS sempat diadakan dalam suasana yang mesra lagi saling memahami. Tujuan mesyuarat sama seperti yang dahulu-dahulu sebelumnya yakni untuk menyuntik semangat kesegaran kepada PTS.
Foto kiri dari kiri: Mohd Badrin, Mohd Hafiz, Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar, Penulis, Mohd Rashidi, Md Noor & Mohd Razief. Foto kanan dari kiri: Hj Suhaimi, Kamaruddin, Hj Baharudin, Mohd Badrin & Mohd Hafiz.
Dah dapat sesuatu keputusan . . . Mari kita laksanakan tujuan baik ini . . .
Kita tunggu dan lihat le . . . sambil tu boleh makan juga . . .
Foto Kiri: Alimah & Afzan masih gigih mengikuti perbincangan. Foto kanan: Badrin & Hafiz juga demikian.
Dan, pada akhir perjumpaan keluarga kali ini sumbangan ikhlas sebanyak RM 300 tiap-tiap satunya telah dapat diuntukkan kepada dua keluarga PTS yang kematian ahli keluarga masing-masing baru-baru ini. Sumbangan ini dapat diberikan hasil kutipan derma ikhlas daripada ahli-ahli PTS yang hadir dalam pertemuan keluarga PTS selama tiga Sabtu dalam bulan Ramadan ini (Semarak Ramadan 1,2 & 3). Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff selaku Presiden PTS kepada Pn Hjh Norlyn Osman sebagai wakil kepada keluarga Allahyarham Azlan Osman dan keluarga Allahyarhamah Sapiah @ Noraini Abdullah. Info lanjut akan disampaikan kepada ahli-ahli PTS oleh Urusetia PTS yang berkenaan melalui surat pekeliling dalam masa yang terdekat.
Kome double check le . . . saran Presiden Hj Mohd Nadzar. Ha, dah betul dah kata Md Noor sambil diperhatikan Marlyana dan Siti Rohani.
Doa penulis, dan pastinya doa ahli-ahli PTS yang lain juga . . . semoga segala yang kita rancangkan untuk kebaikan bersama akan mendapat restu Ilahi. Mudah-mudahan diizinkan-NYA permohonan kita, serta dipergandakan Allah SWT dengan berganda-ganda lagi rahmat dan nikmat yang Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Amin.
Sehingga bertemu
pada ruang dan waktu yang lain . . .
Terima Kasih
drpd kami sekeluarga di
d'SUARANG
Padan sangat memandang ke Timur,Tepat kata Perdana Menteri; Badan sihat dipanjangkan umur,Dapat kita bercerita lagi.
pada ruang dan waktu yang lain . . .
Terima Kasih
drpd kami sekeluarga di
d'SUARANG
Padan sangat memandang ke Timur,Tepat kata Perdana Menteri; Badan sihat dipanjangkan umur,Dapat kita bercerita lagi.
dsuarang.blogspot.com
Salam Uda dan Klrga!
ReplyDeleteSyukur dan terima kasih atas jemputan dan berkesempatan berinteraksi dgn Ahli2 PTS...saya juga mengimpikan Pertubuhan utk Keluarga Haji Othman Deli ....tapi masih belum sampai hajat. Merenung Pak Uda dan Anjang teringat pada Almarhum Ayahnda Hj Omar lebih2 lagi di bulan Ramadhan ...Alfatihah utk Rohnya..AMIN
Selamat meneruskan Ibadah Ramadhan.
Salam Adinda Basri & Famili,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi hadir dalam perhimpunan keluarga PTS tempoh hari. Terima kasih juga atas kata-kata semangat yang menyokong aktiviti yang dijalankan.
Memang menjadi hasrat peribadi Uda melihat aktiviti seperti berterusan kalau tidak pun dapat dilipat gandakan.
Insya-Allah jika usaha baik dan ikhlas adinda itu diteruskan rasanya cita-cita menubuhkan Pertubuhan Keluarga Hj Othman Deli itu akan terlaksana jua.
Dan, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan terhadap roh Allahyarham Ayahanda Hj Omar pada hari dan bulan yang mulia lagi mubarak ini. Al-Fatehah . . . Ya Allah jumlahkanlah beliau dalam golongan orang yang mendapat tempat di syurga pada kemudian hari kelak. Amin.