Friday, August 6, 2010

Apabila Sepupu Bersua




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa Khabar Aii?
Baik Saja Amb (?)


Bersua buat kali pertama. Tak tahu apa yang hendak dikata? Baru sekali berpandangan mata? Lidah kelu untuk berkata? Itu mungkin benar bagi orang dewasa . . . atau bagi orang yang baru belajar bercinta.

Bagi Azim Muqry Basrie (?) {Amb} (?) dan Ahmad Iman Iskandar (Aii) keadaannya berlainan sekali. Dua adik beradik sepupu ini belum faham istilah atau perbendaharaan kata orang dewasa. Mereka hanya tahu bersuara dengan cara masing-masing. Seorang bercakap dalam bahasa 'ayam' manakala seorang lagi bercakap dalam bahasa 'itik'. Anehnya, kedua-dua mereka itu boleh faham memahami . . .



STARZ 2 KCAMB


AZIM MUQRY BASREI (?)

Mujur seketika selepas tiba di d'SUARANG . . . mereka dah mula kenal. Nampak dah mula nak serasi. Mudah-mudahan cepatlah serasi . . . senang sikit nak uruskan 'hal ehwal' kedua-dua mereka ini.


STARZ 1 KCAMB

Ahmad Iman Iskandar

Cuma buat masa ni Aii macam kurang nak beri peluang kepada Amb (?) bermanja-manja dengan Opah Alimah, terutamanya. Aii nampak macam nak "memonopoli" Opahnya itu. Apa nak dihairankan. Sudah lebih daripada enam bulan Opah Alimah menjaga Aii.




Pertemuan dua sepupu yang "sekupu" di dalam keluarga AMB

Ada sesuatu yang ketara semenjak dua orang sepupu ini bersua. Tangisan Amb (?) jauh lebih "berkeriau" daripada tangisan Aii. Si Aii ni pandai maintain nampaknya. Maklum le dah besar sikit . . . dah jadi abang sekarang! Apa yang melucukan ialah Aii dapat mengajuk cara dan bunyi tangisan si Amb (?). Setiap kali Amb (?) menangis dengan suara yang nyaring dan lantang, Aii akan tersenyum sambil mengangkat keningnya. Selepas itu Aii akan "mendemonstrasikan" cara dan gaya Amb (?) menangis. Dia akan melakukan begitu setiap kali orang bertanya kepadanya soalan ini.

"Ahmad . . . macam mana adik nangis?"

Apabila ditanya pula,"Macam mana abang nangis?" Aii akan buat selamba aje. Berdiam diri. Macam dia tidak pernah menangis. Cerdik sungguh.




Cari Keserasian

Paling ketara kepada kami ialah sejak Amb (?) balik ke d'SUARANG Aii cepat jadi "sensitif". . . Contohnya apabila mereka yang paling rapat dengannya seperti Opah (khasnya) dan Lola memangku atau mendukung Amb (?) . . . air mata Aii akan berlinangan. Maklumlah dia sudah amat biasa berinteraksi dengan mereka ini hampir setiap hari! Belum pasti pula bagaimana "sensitiviti" Aii apabila terlihat ahli keluarga yang lain seperti Moyang, Tok Uda, Nena dan Tok Ngah, Pak Long dan Mak Long, Mak Lang, Pak Teh, Mak Chu, Mami dll. memanjakan si Amb (?) kelak!

Dan, paling menyentuh hatiku apabila melihat Aii menghulurkan tangannya kepada Pak Uda dan Mak Udanya minta didukung seperti biasa dahulu . . . ketika Pak Uda dan Mak Uda belum ada Amb (?)





Lihatlah Dunia . . . Sepupuku Sayang!


Relaks le Aii. Kami semua tetap menyayangi anda. Semua ahli keluarga (Atuk dan Opah apatah lagi) mengiktiraf anda sebagai starz 1 KCAMB yang memang selayaknya mendapat perhatian
special. Cuma . . . kami ingin Aii nanti dapat mengerti bahawa orang yang Aii sayangi itu juga berhak disayangi oleh adik Amb (?) dan adik-adik lain yang bakal ada. Sama-sama punya Opah, Lola, Atuk dll. Kena berkongsi le ya Mad . . . Kesian juga pada adik Azim.

Ate . . . gini le hair nye kome bila udah bercucu ... Kena pande pande le ...











dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment