Saturday, August 21, 2010

Foto Retro




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Tercuit Rasa . . .


Gambar mampu mengembalikan seribu satu macam kenangan kepada seseorang. Tidak kiralah sama ada kenangan itu pahit atau manis. Kata orang lagi, gambar lebih baik daripada 'seribu' perkataan. Gambar juga boleh menjadi bahan bukti. Tidak kiralah sama ada bukti tentang sesuatu kebaikan atau keburukan. Pendeknya gambar merakamkan sesuatu yang boleh menjadi rujukan abadi. Biasanya foto retro . . . mencolek atau menggeletek hati.

Ada kenangan yang hendak diabadikan? Jika ahli-ahli PTS (daripada keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah) ingin gambar-gambar lama mereka dipaparkan dalam laman blog ini . . . silalah kirimkan/sampaikan gambar-gambar itu kepada Penulis melalui e-mail atau serahan peribadi.

Harapan saya semoga ada ahli-ahli PTS yang sudi berkongsi 'peristiwa' lama melalui gambar-gambar retro mereka. Seeloknya dicatatkan juga sedikit 'kisah' berkaitan dengan gambar-gambar itu. Sekurang-kurangnya dapatlah ahli-ahli keluarga yang lain 'mengalami' atau 'mengetahui' cerita lama melalui paparan yang dibuat.

Terima kasih. Tujuan utama Penulis semata-mata untuk menjalin semangat 'mesra bersaudara' di kalangan ahli-ahli dalam keluarga besar kita. Lebih ceria lebih bermakna!

Buat permulaan, berikut ini adalah paparan gambar-gambar retro yang diterima awal. Insya-Allah kita tambah dari semasa ke semasa apabila mendapat sokongan semua.


Ikatan Tiga Keluarga

Dari Kiri: Shaari Abdullah (klrga Tok Said), Khusaini Shariff & Lokman Shariff (klrga Tok Shariff), Baharudin Osman (klrga Onyang Konah)

* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Model Motosikal?

Lokman Shariff (kiri) dan Shaharin Ariffin posing di sebelah sebuah motosikal. Seingat aku motosikal itu berjenama AJS dan nombor platnya BB 9111. Pemiliknya Ayahandaku Baharom Shariff. Foto dirakam sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Ayahanda Baharom & Sanak Saudara

Berdiri dari kiri:
Abd Kamal Mohd Shariff (Pak Ngah),
Ramli Buyong (Tok 'Balong'), Md Nor (?)

Depan dari kiri:
Abd Hamid Sidek (Tok Chor), Baharom Mohd Shariff (Bapak),
Zakariah (Tok Enda).
Masa & Tempat:
Tahun 1956 di Bidor, Perak
Peristiwa / Sempena:
Perkahwinan Baharudin Osman (Tok Sulung Din)

[Panggilan menurut hubungan Penulis]
*Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Keluarga Tok Shariff

Foto kiri:
Opah Aisyah Long (di tengah) bersama keluarga Acek Tahir (Cikgu Shamsuddin Hamzah) dan Wan Chek Aminah Mohd Shariff (kiri) & keluarga Pak Chu Zainuddin dan Wan Chu (Ibu) Noraini Mohd Shariff (kanan). Foto kanan: Tok Shariff memimpin Kamaruddin Mohd Nadzar. (Foto dirakam di Kg Pandan Govt Qrs sekitar lewat tahun-tahun 1950-an)

*Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman






Santai Di Pantai

Foto Kiri (berdiri): Tok Mohd Shariff, Penulis, Asmah Baharom & Bonda Saliah Kasirim. Duduk dari kiri: Fatimah Baharom, Zaleha Baharom & Siti Hawa Nor Baharom. Foto Kanan: Penulis adik-beradik dengan anak Pakcik Hussin (Kg Pandan Qrs) di pantai Port Dickson sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

*Foto: AMB


Di Kg Melayu (Asal) Rawang


* Berdiri dari kiri: Mohd Doni (pkt abg sdr), Osman Mohd Said (pkt Pak Usu), Azimah Idris (pkt adik saudara), Azizah Ariffin (pkt kakak saudara), Mardziah Abd Malik (pkt kakak sdr), Roslina Osman (pkt adik sdr), Badrin Osman (pkt adik sdr), Mohd Lotfi (pkt abg sdr), Penulis, Mohd Idris (pkt Pak Uteh), Mohd Amin (pkt bapa sdr)

* Baris depan dari kiri: Zainal Abidin (pkt Pak Lang), Md Nor Idris (pkt adik sdr), Mansor Idris (pkt adik sdr), Razali Idris (pkt adik sdr), (?), (?), Amran Malik (pkt adik sdr), (?) , Shaari Abdullah (pkt abg sdr), (?), Mawi (pkt sdr), Mohd Azman Baharom (abang sulung Penulis)




*[Foto ini telah dirakamkan di Rawang. Jika Penulis tidak silap foto diambil sekitar lewat tahun-tahun 1960-an. Peristiwanya ialah perkahwinan Shahrani dengan Fatimah Razak. Apapun sebarang informasi lebih tepat daripada mereka yang lebih mengetahui adalah dialu-alukan.]


* Foto AMB


Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Dari kiri: Ismail Baharom, Acek Tahir (Cikgu Shamsuddin Hamzah), Pakcik Jamaluddin (jiran), Pak Anjang Lokman Shariff, Abang Kamaruddin Zainal Abidin (jiran) & Penulis. [di belakang: 'Debot']

*Foto: AMB



Suatu Waktu di Kuarters Kerajaan No. PWD 2139-2

Foto kiri: (Berdiri): Asmah Baharom & Ismail Baharom.Tengah: Zaleha Baharom & Penulis. Depan: Fatimah Baharom & Siti Hawa Nor Baharom. Foto Kanan: Belakang: Ismail Baharom, Penulis & Asmah Baharom (dukung Siti Hawa Nor Baharom).Tengah: Zaleha Baharom. Depan: Fatimah Baharom. Foto dirakam di Kg Pandan Govt Qrs, Jalan Nakhoda Yusof (Off Circular Road dulu ... sekarang Jalan Tun Razak) sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

*Foto: AMB


Opah Montel

Opah penulis sebelah emak (Zainab bt Mohd Taib). Opah penulis ini bernama Aisyah bt Mohd Said. Anak kedua Tok Mohd Said bin Hj Ismail (Rawang) hasil daripada perkahwinan pertamanya. Opah ini terkenal dengan panggilan 'Kak Montel' di kalangan adik beradiknya yang lain sebelah Rawang (hasil daripada perkahwinan kedua Tok Mohd Said). Anak-anak buahnya memanggilnya 'Mak Ngah'.

*Foto: AMB


Kenangan Orang Lama PTS

Baris depan dari kiri: Zainal Abidin Mohd Shariff (Pak Lang), Baharudin Osman (Tok Sulung Din), (?), (?)

Baris tengah dari kiri: (?), (?), (? pangku ?), (?), Osman Mohd Said (Pak Usu), Asmah Baharom (Kak Yang), Baharom Mohd Shariff (Bapak), (?), (?), (?), (?), Aziz Mohd Amin (Abang Aziz)

Baris belakang dari kiri: (?), (?), (?), Shaari Abdullah (Abang Shaari), (?), (?), (?)



* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman











dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment