Tuesday, August 17, 2010

PTS: Ramadan di Rawang




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Aktiviti Penuh Erti : Rawang


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari Sabtu 14 Ogos 2010 yang lepas, ahli-ahli Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) dapat memulakan aktiviti Ramadan 1431 H. Aktiviti mingguan yang biasanya diadakan setiap tahun ini telah berlangsung di rumah asal keluarga Pak Usu Osman di Kg Melayu, Batu 16 Rawang, Selangor Darul Ehsan.








Adinda Badrin Osman, dengan sokongan dan bantuan adinda Hj Abdul Wahab dan kerjasama semua ahli keluarga Pak Usu Osman telah berjaya menghidupkan pertemuan keluarga tersebut. Aktiviti disegarkan dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat.

Adinda Badrin Osman


Adinda Hj Abdul Wahab

Segala persediaan bersifat sederhana namun tetap mencapai matalamat majlis seperti yang diharapkan. Perasaan erat bersaudara dapat dirasakan di kalangan ahli-ahli yang hadir dalam majlis tersebut. Kemesraan ketara terpancar pada wajah ahli-ahli keluarga di bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini. Mudah-mudahan keadaan sebegini terus berlaku hingga ke akhir masa.










Aktiviti bermula dengan acara berbuka puasa ringkas selepas azan Maghrib. Semua ahli keluarga yang hadir kemudiannya bersolat jemaah Maghrib diimamkan Tuan Hj Baharudin Osman (Tok Sulung penulis). Selepas solat Maghrib para hadirin menjamu selera semula . . . menyambung buka puasa ringkas tadi.
Tuan Hj Baharudin Osman


Tuan Hj Baharudin Osman
mengimamkan para jemaah bersolat Maghrib



Tuan Hj Lokman Shariff
mengimamkan para jemaah bersolat Isya'










Tuan Hj Suhaimi Baharudin
mengimamkan para jemaah bersolat sunat Tarawih





Selesai solat Tarawih, Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman memimpin majlis doa dan tahlil sekeluarga. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.





Sebagai acara penutup majlis ini Tuan Hj Lokman telah menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya semangat kekeluargaan seperti ini disuntik dan disegarkan lantas dipelihara selama-lamanya.














Beliau turut menerangkan lagi tentang asal usul PTS dan tujuan sebenar PTS ditubuhkan. Tuan Hj Lokman menekankan betapa mustahaknya diteruskan semangat kekeluargaan ini setelah para pengasasnya yang terdiri daripada Ayahanda-ayahanda Osman Said, Idris Said dan Baharom Shariff bersusah payah mewujudkannya berpuluh tahun dahulu. Beliau juga sempat menganjurkan pungutan tabung khairat kematian secara sukarela daripada para ahli yang hadir.


Kesimpulannya . . . penulis amat bangga dengan semangat yang ditunjukkan para ahli keluarga dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada adinda Badrin dan Hj Wahab serta keluarga yang sanggup menjadi tuan rumah pada kali ini. Allah SWT sahaja yang membalas budi baik kalian. Tidak lupa juga disampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli keluarga yang hadir menyemarakkan majlis penuh erti ini.



Sehingga kita berjumpa lagi di rumah Ayahanda Hj Lokman Shariff minggu hadapan (Sabtu 21 Ogos), penulis berharap semua ahli PTS akan terus memberikan sokongan padu terhadap usaha kita yang mulia ini.






WASSALAM




Bulat air kerana pembetung,
Bulat pembetung buatan orang;
Sepakat kata membawa untung,
Berkat untung fikiran tenang.











dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment