Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kita Sama Kita Serupa
Esok merupakan hari terakhir dalam bulan Syawal 1431 H. Lusa Syawal pasti sudah melabuhkan tirainya bagi tahun 2010 untuk memberi laluan kepada bulan Zulkaedah. Alhamdulillah banyak nikmat yang telah sama-sama kita rasai sepanjang bulan Syawal. Mudah-mudahan berterusan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua pada bulan-bulan lain yang bakal kita lalui.
Memang dalam pada kita dikurniakan nikmat segala macam, Allah SWT juga menguji kita dengan berbagai bentuk ujian. Sebagai hamba-NYA kita diwajibkan pasrah . . . Begitu nasihat orang 'tua-tua' yang arif tentang hukum hakam yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Kita harus 'reda' . . . Begitu maksudnya dalam erti kata biasa!
Apa yang tercatat di atas bukanlah sesuatu yang berbentuk 'khutbah' atau 'pengajaran' yang bertujuan disampaikan kepada khalayak. Penulis sekadar ingin mengingatkan diri sendiri bahawa segala yang dirancangkan manusia tidak semestinya menjadi kenyataan. Allah SWT yang maha berkuasa menentukan.
Apa yang tercatat di atas bukanlah sesuatu yang berbentuk 'khutbah' atau 'pengajaran' yang bertujuan disampaikan kepada khalayak. Penulis sekadar ingin mengingatkan diri sendiri bahawa segala yang dirancangkan manusia tidak semestinya menjadi kenyataan. Allah SWT yang maha berkuasa menentukan.
Penulis menyatakan demikian kerana sudah agak lama tidak dapat mengendalikan blog ini. Ada sahaja berbagai 'hal' sahabat handai, sanak saudara dan kaum keluarga yang perlukan perhatian dan bantuan penulis membereskannya. Ada rentetan halangan yang tidak dijangkakan. Maka pengendalian blog ini pun 'terbiar' buat beberapa ketika.
Tak mengapalah. Kini banyak perkara yang telah beres. Dan, masih ada kesempatan waktu yang diberikan-NYA. Maka kita 'berblog' lagi.
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menerima menantu, selamat menyambut cucu/cicit, selamat pengantin baru (lama?), selamat ulang tahun hari kelahiran, selamat menunaikan fardu haji dan banyak jenis ucapan 'selamat' lagi kepada semua yang ada hubungan atau kaitan rapat dengan penulis mahupun mereka yang sekadar mengenali penulis.
Maka sebelum Syawal 1431 berlalu . . . penulis ingin merakamkan antara detik-detik pertemuan Syawal 1431 di d'SUARANG. Terima kasih kepada semua jiran, sahabat, sanak saudara dan kaum keluarga yang telah membolehkan pertemuan ini menjadi suatu kenangan yang sugguh bermakna bagi kami di sini.
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com
Salam, Da,
ReplyDeleteMemang teman lama menunggu siaran terkini Uda ni. Bukan apa, selain nak ikuti perkembangan Uda, teman nak minta maaf dalam ruang comment ni. Teman tak dapat memenuhi undangan Uda Sabtu lepas kerana Adinda Noorrita bertungkus lumus menjadi penyambut tetamu majlis perkahwinan anak sulung bapa saudaranya.
Majlis usai kira-kira jam 5:00. Kami pulang selepas itu dengan diikuti pula oleh sepupu-sepupu Adinda Noorrita daripada keluarga bapa saudaranya yang lain sebagai tetamu hari raya pula. Jam 8:00 malam baru mereka pulang.
Tiadalah upaya kami hendak "bergerak" lagi selepas itu. Adinda Noorrita sampai migrain (sakit biasanya).
Sebenarnya, pada malam itu juga, adik teman menganjurkan open house, tak dapat teman penuhi juga. Jadi, ada dua ahli keluarga yang teman kecewakan hati mereka.
Maaf beribu-ribu maaf. Bukan tidak sudi hadir tetapi tidak berupaya untuk hadir.
(Entah mengapa, sepanjang Syawal tahun ini, teman sibuk sangat. Pelik sungguh. Insya-Allah, teman akan datang juga pada kesempatan lain. Semoga Allah memberi teman kelapangan itu.)
Salam Adinda Zul,
ReplyDeleteTak ngapa le ... teman paham le tu. Sebenonya teman pun gitu juge.Tak dapat bergerak bebas bebeno. Kena nunggu di ghomah sesaje ... dari awe raya sampe ke udahnya... Tak ngapa le ...
DIA lebih mengetahui. Adalah hikmahnya. Insya-Allah kita jumpa di ketika yang lain.