Thursday, January 13, 2011

Agam di Tengah Kota

Add Image


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Nazihah dilamar Hanif



Bukan lebah sebarang lebah,

Lebah perkasa singgah di para;

Bukan madah sebarang madah,

Madah pembuka wadah bicara.


'Wisma Kota' . . . mes pegawai MK RAJD Senggara Perhubungan (SP) di KL . . . telah menyaksikan satu majlis gilang gemilang dengan cara dan adatnya yang tersendiri. Majlis tersebut ialah majlis merisik, meminang dan mengikat tali pertunangan.




Sepasang insan sehati sejiwa pelaku utama dalam upacara ini ialah Siti Nur Nazihah Basri dan Mohd Hanif Md Jalil. Majlis telah dilangsungkan pada hari Sabtu 11 Disember 2010 bersamaan 5 Muharam 1432 H.


Mohd Hanif Md Jalil & Siti Nur Nazihah Basri

Siti Nur Nazihah adalah anak sulung Lt Kol (B) Hj Basri bin Omar dan Pn Hjh Zawiyah bt Aziz. Mohd Hanif pula merupakan anak kedua Tuan Md Jalil bin Bakar dan Puan Norashikin Lee Abdullah.



Merenung masa depan . . . Mohd Hanif & Siti Nur Nazihah


Terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, penyenggaraan 'Wisma Kota' diuruskan sendiri oleh para anggota Regimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di bawah pimpinan Lt Kolonel Sidek Abas dengan dibantu oleh Pegawai Waran II Sulaiman. Bangunan yang sederhana besar ini dilimpahi pencahayaan elektrik yang gemerlapan dengan tatarias dalaman yang cukup menarik.






Indah sekali panorama malam yang menyelubungi 'Wisma Kota' . . . berseri-seri. Mungkinkah nama 'Seri Kota' dapat menggambarkan suasana ini dengan semangat yang lebih sesuai dan tepat? Ceria dan bercahaya!









Tinggi tinggi si matahari,

Pagi petang pergi ke kedai;
Dari tadi kami menanti,
Hati bimbang selagi tak sampai.

















Yang ditunggu sudah pun tiba,
Yang dinanti sudah pun sampai;
Marilah kita ke ruang sana,
Ada kerja yang belum selesai.





Apalah syarat menangkap ikan,

Ubi halia tidak dibakar;
Silalah hasrat tuan curahkan,
Kami semua ingin mendengar.





Sirih pinang budaya Melayu,
Cincin hantaran penambah seri;
Pilih tunang berdaya sekufu,
Jalin pimpinan muhibah serasi.






Malas berjalan hari dah petang,
Balik sekarang nanti terkilan;
Jelas tujuan hati pun lapang,
Merisik meminang sekali jalan.








Risik-risik mencari khabar,
Tujuan elok langsung disebut;
Bisik-bisik menjadi benar,
Tangan bertepuk gayung bersambut.











Tarian ditari kaya irama,
Seni budaya indah kelihatan;
Hantaran diberi saya terima,
Sari kuasa dah diwakilkan.







Cincin diberi cincin diterima,

Merisik satu meminang satu;
Izin diberi sebaik dipinta,
Bisik di hati memang setuju.





Sudah terbukti khasiat kurma,
Ingatan murni minda pun sihat;
Babah dan Umi giat berdoa,
Ikatan ini semoga berkat.





Lokasinya di atas sebuah bukit yang menguasai pemandangan ke arah Menara Berkembar Petronas dan skyline ibu negara Malaysia menambahkan nilai estetik persekitaran 'Wisma Kota' ini.




Terasa dingin seluruh badan,
Angin tiada bayu pun bukan;
Teruja jiwa gemuruh perasaan,
Ingin teroka liku kehidupan.






Sebenarnya prelude kepada kelangsungan majlis telah bermula sejak lama (tahun lalu). Maka kemuncaknya dapat disaksikan oleh ahli-ahli keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan serta sahabat handai pada waktu dan tarikh yang disebutkan di atas tadi. Syabas kepada seluruh entiti famili Nazihah.



Majlis diatur cara mulia,
Masih terbayang musim berkenal;
Nazihah percaya Hanif setia,
Kasih sayang makin menebal.




Hendak berjalan cari mak andam,
Entah ke mana gerangan pergi;

Tidak tertahan hasrat terpendam,
Alah emak kahwinkan kami.

Maka, terakamlah lembaran baru dalam cerita hidup Siti Nur Nazihah bt Basri dan dengan demikian . . . bermulalah suatu episode baru dalam kitaran hidup keluarga Basri Omar!


Keluarga Basri Omar


Bakal besan & bakal menantu
Dua keluarga bercantum satu

Rombongan pihak lelaki yang terdiri daipada ibu bapa, sahabat handai dan sanak saudara anakanda Hanif diketuai Tuan Saiful Bahri sebagai jurucakapnya. Pihak anakanda Nazihah juga terdiri daripada kaum keluarga dan sanak saudara serta rakan dan taulan.





Kiri: Tuan Saiful Bahri & Kanan: Keluarga Tuan Md Jalil


Bacaan doa kesyukuran/selamat dalam majlis ini dipimpin oleh Tuan Hj Zakaria bin Hj Othman (datuk saudara anakanda Nazihah). Alhamdulillah segala rancangan yang diatur untuk majlis ini dapat dilaksanakan dengan licinnya.


Tuan Hj Zakaria

Doa dan harapan penulis . . . semoga terpelihara titik permulaan ini hingga bersemi 'kudup' yang bakal membibitkan suatu 'kekudusan' jua akhirnya. Amin.











Sudah terang lagi bersuluh,
Tidak mungkir cukup bercahaya;
Susah senang berani ditempuh,
Kelak terukir hidup bermakna.

Semoga ikatan direstu keizinan,
Maha kuasa Allah yang satu
Semoga terkabul suatu permintaan,
Berkekalanlah kalian ke anak cucu.


Antara beberapa peristiwa menarik dalam majlis pada hari bahagia Siti Nur Nazihah dengan Mohd Hanif Md Jalil yang sempat dirakamkan . . .












Sepasang balam tukang cerita,
Berkata-kata banyak sebutan;
Sepanjang malam bersengkang mata,
Semata-mata hendak meraikan.






Berkat usaha berselang tunjuk,
Mengaji pintar Quran dijunjung;
Penat tak kira hilang mengantuk,
Janji lancar majlis berlangsung.





Santai sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki





Kami dah tiba ni . . .



Apabila bakal Tok Besan bertemu rasmi pertama kali . . .

Ketulusan di hati . . . terpancar pada wajah nan berseri


Gembira hati bertegur sapa,
Mesra kekal sudahlah tentu;
Gembira lagi si ibu bapa,
Maklum bakal dapat menantu.


Dah selesai urusan penting risik merisik dan pinang meminang . . . ada satu lagi urusan yang tidak kurang pentingnya . . . Urusan makan le . . .




Kata beralas ucap berhemah,
Jadi biasa terkawal diri;
Berjiwa ikhlas tetap peramah,
Budi bahasa tak jual beli.





Sungguh susah mencari selasih,
Selasih datang dari Andalas;
Sungguh kami berterima kasih,
Budi tuan sukar dibalas.







Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati . . .





Yang bermula pasti berakhir,
Budi bahasa tak jual beli;
Silaturahim erat terukir,
Panjang usia berjumpa lagi.



Panjang joran andai sejengkal,
Lautan samudera jangan diduga;
Matang fikiran pandai berakal,
Kejutan berkeluarga halangan tiada.



STOP PRESS




Antara Mereka Yang Mewarnai Majlis . . .



Kiri: YBhg. Datuk Hj Abd Halim bin Hj Abd Hamid . . . mantan Ketua Polis Negeri tu ooi . . . Kanan: Tuan Hj Mohd Pauzi bin Hj Omar . . . mantan Pegawai Akaun O&G tersohor negara . . .




Kiri ke kanan: Ibu bapa Nazihah . . . Pn Hjh Zawiyah bt Hj Aziz & Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar . . . penat sedikit tak apa asalkan gembira



Jurufoto terkenal . . . siapa lagi . . . Ashraf le


Pn Sobehah Hj Omar



Kiri : Pak Chik Hj Zakaria Othman & Kanan : Bonda Hjh Kholijah Othman


Kiri : Mak Chik Hjh Norlia Baharom & Kanan : Mak Chik Hjh Taboriah Ali


Kiri : Mak Teh Hjh Ramlah Ismail & Kanan : Datin Hjh Salmah Endut





Kiri: Ahmad Nor Izri aka Bung dan Kanan: Keluarga Penulis
. . . Semuanya turut mendoakan kebahagiaan SNN & MH



Kiri : Tuan Md Jalil & Kanan : Pn Norashikin Lee Abdullah . . . 2 wajah ceria bakal mentua . . .








Kiri : Jurucakap rombongan lelaki & Kanan : Makcik & Pakcik Hanif



{ Foto lain akan dimasukkan apabila ada}



and . . . these personalities also . . . he,he
















Siapa mereka ni ha?








d wannabes le . . .




hingga bertemu lagi . . . jangan mare!

Salam














dsuarang.blogspot.com

8 comments:

  1. terima kasih buat pak uda & mak uda sekeluarga dlm membantu melancarkan lagi majlis kakak tempoh hari...mungkin majlis tersebut tidak dapat dijalankan sesempurna itu sekiranya tiada bantuan semua..hnya penghargaan dan ucapan terima kasih yg ikhlas dari kami sekeluarga utk semua yang hadir dan membantu

    ReplyDelete
  2. Salam 'Kakak',

    Apalah sangat sumbangan kami . . . sekadar umpama menaburkan sedikit garam di samudera yang luas . . . alahai

    Yang lebih kami harapkan adalah kebahagiaan anakanda yang berpanjangan dalam menempuh hidup yang pasti tidak akan sunyi daripada berbagai-bagai dugaan dan cabaran.

    Omputih jiran Pak Uda (yang suka masuk campur)ni kata:

    "Be strong avoid the wrongs"

    ReplyDelete
  3. Salam Uda, Kak Limah & Seluruh Keluarga!

    Syukur Alhamdulillah....Tk dan penghargaan kerana paparan ni...Doa dan harapan - Majlis di BERKATI dan di RESTUI Allah SWT...!

    Moga2 Uda dan klrga di ganjarkan Allah SWT setimpal atas segala bantuan demi menjayakan Majlis ini.

    Satu lipatan Sejarah buat keluarga kami..Jazakallahu Khairan Khatira...AMIN!

    ReplyDelete
  4. Salam Angah,

    Ooops sorry ya . . . Pak Uda tersilap sasar response terhadap komen di atas kepada Kakak. Sepatutnya penerimanya Angah le!

    Alahai dah senja-senja ni . . . mata kabur le sikit. Fikiran pun "not as sharp as when I was at your age" le Angah!

    Apapun Angah . . . begitulah lumrah kehidupan . . . saling bantu membantu dan faham memahami.

    Insya-Allah bila tiba occasion Angah pula . . . kami semua akan bantu jua. OK?

    ReplyDelete
  5. Salam Adinda Basri,

    Alhamdulillah majlis yang berlangsung di 'Wisma Kota' tu sempurna jua kelancarannya.

    Semoga dengan terbukanya lembaran terbaru dalam perjalanan hidup keluarga Adinda ini . . . banyak lagi keberkatan melalui anugerah-NYA akan dinikmati bersama sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam Uda!

    Syukur alhamdulillah..Terima kasih dan penghargaan kpd Uda,Kak Limah,Mak Cik dan seluruh Ahli Keluarga yang tak pernah jemu membantu menjayakan Majlis ini...Moga2 Allah memberkati semua dan di permudahkan segala Urusan yang berkaitan...Insyaallah!

    ReplyDelete
  7. salam p.uda..
    terima kasih sebanyak banyaknya diatas penulisan blog ini...sangat bermakna dalam satu sejarah hidup kakak...terima kasih atas bantuan p.uda,m.uda dan ahli keluarga lain...jasa kalian amat dihargai..hanya tuhan mampu membalas...
    terima kasih jugak kerana berjaya merencanakan majlis yg diimpikan...ada lagi majlis besar yg bakal tiba...dgn berkat doa kesemua ahli keluarga semoga kakak dapat menempuhi liku kehidupan dengan tenang dan sabar...amin...

    ReplyDelete
  8. Salam Anon (tau le Kakak),

    Ringkas saja . . . dalam kata omputihnya . . . "The pleasure is ours" . . . atau ada pula golongan sekarang ni yang menyatakannya sebagai . . . "No hal punya . . ."

    Apa-apa pun Pak Uda sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk anda. Selamat mencapai cita-cita yang murni itu.

    ReplyDelete