Monday, February 7, 2011

40 Tahun Dah . . .




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

























Akronim: RUMANISSA = Rumah Ini Aman, Selamat Dan Selesa. Amin.

Fokus:
Peristiwa menarik hujung minggu lepas di alamat tertera di atas. Aku dan keluarga berkunjung ke situ atas pelawaan seorang kawan lama (dan baik le . . . ok).

Pelaku utama peristiwa: Kawan lama dan baik aku di bawah ni le . . . bersama isterinya.




Main Attraction . . . d Couple cum Hosts
{ kenalah foto besar}



Ha . . . betul le tu. Kawan lama aku sepanjang zaman sekolah menengah dahulu. Zaman gemilang bergelar putera asrama!

Aku sengaja nak bagi tahu para pembaca. Hampa tau dak . . . kira-kira dua minggu sebelum peristiwa . . . kawan aku ni ada menelefon aku. Isi perbualannya (sesudah mukadimah biasa) lebih kurang begini:


"Jid, engkau free tak hari Sabtu nanti . . ."


"Sabtu bila ha?"



"Sabtu 5 bulan depanlah (Februari 2011)"


"Mengapa?"




"Tak lah . . . kalau engkau
free aku nak jemput engkau datang ke rumah aku . . ."


"Untuk apa?"





"Alah adalah buat baca tahlil . . . baca doa selamat sikit. Lepas tu makan-makan dengan kawan-kawan semua."



"Pukul berapa mula?"




"Pagi lebih kurang pukul 11."




"OK lah . . . Insya-Allah."


Begitu sahaja kata-kata kawan aku itu kepada aku ketika menyampaikan undangan melalui telefon tadi.



"Short & Sharp
," kata jiran omputih teman!


Tiba hari yang dijanjikan aku bersama isteriku Alimah, anakku Lyana dan menantuku Shafini pun pergi ke rumah kawanku itu.

Kami ke rumah Jamil adik kawanku itu terlebih dahulu sebelum sama-sama bergerak ke rumah abangnya yang mengundang kami hari itu.



Wah dah ramai tetamu ketika kami sampai pada jam 2:30 petang. Aku serombongan terus menuju ke arah khemah majlis untuk menemui tuan rumah.



Tahniah, Tahniah, Tahniah.
*{Kenapa 3x?}


Dah berjumpa dan bersalaman kami dihalakan ke meja makan. Kami pun menurut perintah le (macam kata-kata penutup pada akhir surat rasmi kerajaan dulu-dulu. . . S.y.m.p . . . Orang lama tau lah!)




Sessi makan-makan sambil posing bergambar beb . . .

Foto kiri: Alimah, Lyana, Shafini, Azreen, Penulis & Jamil Foto kanan: Alimah, Lyana, Shafini, Azreen, Penulis, Jamil & Azizah




rupanya seronok makan ni . . . tapi kenapa dah makan kenyang ha? . . . kalau tak kenyang-kenyang . . . issyh, teruk le pulak jadinya!

Foto kiri: Penulis & Jamil Foto kanan: Shafini & penulis












Tiga beranak tak toleh kiri kanan . . .


Alimah, Lyana & Shafini


Makan punya makan, cerita punya cerita, sembang punya sembang, kami pun dah kenyang. Aku duduk santai di meja makan . . . dan terpandang kepada sepotong kek dalam pinggan yang dah separuh licin.

Aku tiba-tiba terfikir untuk bertanya mengapa ada kek itu di situ. Sebelum sempat aku bertanya . . . Puan Hjh Azizah isteri Tuan Hj Jamil yang duduk bersama melayan kami di meja makan tiba-tiba saja berkata:



"Ha, itu kek Ulang Tahun Perkahwinan Along . . ."


Mungkin Azizah juga tergerak hati untuk memberi tahu perkara itu kepada kami. Maka tercetus kata-katanya tadi.




"Dia tak bagi tau pun.
Anniversary ke berapa?"




"Ke-40," kata Azizah.



Ha mungkin dia tak mahu
member datang bawa hadiah kot fikir aku sendiri-sendiri. Dia tak mahu orang bersusah payah mencari buah tangan untuknya kerana peristiwa itu. Mungkin saja begitulah . . .


Memang begitulah Harun Saeran yang aku kenali. Sejak zaman di asrama persekolahan lagi Harun memang tidak suka menyusahkan orang lain. Sebaliknya dia sering menolong kawan-kawan dengan memudahkan urusan dan keperluan mereka.

Sah . . . dah sampai usia sekarang ni pun Tuan Haji Harun Saeran tetap dengan sikapnya yang berhemah tinggi itu. Lebih mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri.

Aku dengan segera menggamit Harun ke meja tempat kami makan beramai-ramai. Aku menghulurkan tangan lalu berkata:


"Tahniah Run."


"Kenapa ni," tanya Harun.




"Tahniahlah dah 40 tahun berkahwin. Mengapa tak bagi tau? Boleh jugak aku ikhtiarkan sesuatu."



"Tak payahlah. Engkau datang ni dah cukup. Tak payah nak susah-susah,"



Harun kemudiannya memanggil isterinya Puan Hjh Madznah dan berkata:




" Majid dah taulah. Sorok-sorok pun dia dapat tahu."



Foto Kiri: Dah tau ni . . . mari kita ambil gambar kenangan . . . berdiri dari kiri:- Azizah, Madznah, Jamil, Penulis, Alimah. Duduk: Harun
Foto Kanan: Penulis dan Harun berbual tentang sesuatu . . . tapi kali ni bukan pasal nasi lemak sotong hostel dulu . . .



Foto kiri: "Aku ucapkan dirgahayu kepada anda suami isteri Run," kata penulis.
Foto kanan: "Pandai-pandai engkau pun kena surprise, Jid," kata Ayob


Foto kiri: Madznah & Mar menantunya. Foto kanan: Nadim & adiknya Haryati. Ini episod anak beranak riang.


"Tak apa le. At least aku ada bahan nanti nak tulis dalam blog aku Run . . . Aku doakan sampai golden jubilee dan lebih lagi pun . . . mudah-mudahan kita dapat meraikannya bersama-sama."


Kami kemudiannya terus bersembang-sembang. Makan-makan dan minum-minum lagi. Cerita lama dan cerita baru pun keluarlah satu persatu. Ada kenangan yang melucukan dan ada kenangan yang menginsafkan.



Sessi sembang-sembang lepas makan . . . Macam sembang-sembang kat kedai kopi aje . . .

Foto kiri: Penulis, Jamil & Ayob Foto kanan: Penulis, Jamil, Ayob, Helmi, Ustazah, Alimah, Azizah & Lyana


Ayob & penulis . . . sempat posing lepas dah kenyang perut . . . Zizah tu tak makan pun . . . senyum aje.


Alahai . . .
rosak kamera saya cik . . . ???
Kenapa ha . . .???

Alimah, Azreen & Linda


Ahli-ahli keluarga Harun turut bersembang dengan kami. Seorang kawan lama kami dari zaman persekolahan dulu . . . Mr Ayob . . . juga hadir dalam majlis ini bersama isterinya Ustazah dan anak sulungnya Mohd Helmi.


Ex-hostelites lain yang dijemput Harun tidak dapat hadir kerana masing-masing terikat dengan prior obligations. Tak apa le . . . lain kali insya-Allah mereka dapat bersama kita dalam majlis sebegini.


Sessi sembang-sembang korporat . Geng lama dan baru. Ada cerita tentang burung apa nama tu . . .

Foto kiri: Jamil, Mohd Said, Ayob, Penulis Foto kanan: Seperti sebelah + Alimah




. . . oh bila diskusi tentang burung . . . hati-hati sikit. Aku tak pasti burung layang-layang ke burung unta. Nanti le aku dapatkan confirmation daripada dua Haji adik beradik tu . . .


Eh . . . banker kita Pn Mazni (?) tu jangan biarkan pergi. Ha . . . macam tu le Pn . . . duduk pimpin diskusi ni. Yang arif pimpin le yang kurang sikit . . . banyak pahalanya.

Foto kiri: Ayob, Penulis, Alimah, Mazni Foto kanan: Jamil, Ayob, Penulis, Alimah, Mazni & Azizah. Berdiri: Helmi & Mohd Said



Ha Puan dah nak pergi . . . Tak apa le . . . sekarang biar le beliau bergerak . . . mesti ada banyak hal lain yang hendak diuruskan banker kita tu. Apa pun . . . terima kasih le . . . jangan mare ya . . . gurauan adik beradik . . .

Foto kiri: Penulis & alimah Foto kanan: Mazni & Azizah


Aku bersyukur kami dapat jua mengeratkan tali silaturahim antara keluarga dengan cara begini. Mudah-mudahan semangat begini akan berterusan di kalangan kami serta ahli-ahli keluarga kami.



Semuanya tersenyum. Petanda baik majlis ini. Mesti ada sesuatu yang menarik perhatian mereka . . . hinggakan terseyum begitu rupa . . .

Foto kiri: Azizah bersama anak saudaranya Haryati Foto kanan: Penulis bersama Mira, Linda & Mar kat belakang tu . . .



Oh . . . rupanya sedang slow talk ni . . . nak minta izin Penganjur . . . untuk start sessi joget lambak ???


Tiga kawan lama . . . Tak pernah puas buka cerita . . . Dari zaman di asrama . . . Lantak le . . .



Stage dah siap . . . Para peserta dah ready . . . Apa lagi?



Eh . . . jangan buat kerja kata Penganjur. Jangan cari pasai noo! Nanti geng masjid tunjuk perasaan kat gate depan baru haru biru . . . atau "libang libu" kata orang Perak!





acah je
no joget
no jogetlah

pasang je
a new auto gate
sudahlah
geng masjid nak datang
sure no more masalah

{Macam irama boria lak}



Sah . . . kamera saya rosak cik . . .
tu pasal satu shot sama . . . dua kali appear
he, he, he



Lama juga kami berada di rumah Harun. Apabila hari dah larut petang kami pun meminta diri untuk pulang. Sebenarnya . . . aku dan keluarga ada lagi undangan yang hendak dipenuhi pada sebelah malamnya.



Dah hampir waktu bersurai . . . Dah ke penghujung majlis nan permai . . .


Tapi mengapa tak pulang-pulang jugak . . . Lori caterer tu pun dah nak bergerak!



Bagaikan tak habis-habis bahan yang hendak diucapkan. Bagaikan tak selesai segala perbuatan, tak sempurna segala urusan tanpa diakhiri dengan sessi perbualan 'jalanan' . . . (bukan perbualan tepi jalan, tapi perbualan sepanjang tempoh berjalan . . . keluar kawasan . . . he, he.)



sembang-sembang jalanan . . . tak habis kat meja saja . . . sampai nak jalan keluar kawasan rumah pun ada rentetan perbualan . . . tak sah kalau tak begitu



sambil jalan sambil bersembang . . . biar sampai ke hujung petang



Tadi sebelumnya, kami sempat bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan. Suasana sambutan dan interaksi yang begitu mesra meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa kami masing-masing.


Smile your sweetest smile . . . you are on dsuarang's camera!


Ingatlah . . . Senyuman anda suatu sedekah . . .


Pada ketika hendak berpisah . . . dengan rasa berat hati . . . kami ucapkan juga kata-kata perpisahan untuk hari itu. Insya-Allah lain kali kita bersua lagi. Kepada Tuan Hj Harun dan Puan Hjh Madznah . . . terima kasih kerana sudi mengundang kami ke majlis yang gemilang ini.


Sambil melangkahkan kaki menuju ke kereta kami untuk pulang . . . aku terkenang akan seribu satu peristiwa pahit dan manis yang pernah kami lalui ketika di asrama dulu.



Selamat tinggal . . . hingga kita berkampung lagi . . . salam mesra daripada penulis . . .


Tapi yang paling penting . . . semangat kesetiakawanan yang kami pupuk sejak zaman persekolahan pada tahun-tahun 60-an dahulu . . . ketara masih lagi segar di kalangan kami. Moga begitulah sampai bila-bila hendaknya. Amin.



Penulis bersama Jamil di hala masuk ke RUMANISSA

(Aku pandai-pandai aje buat tekaan bahawa akronim RUMANISSA itu bermaksud 'Rumah Kenangan Manis Sekeluarga Saeran' . . . sorry ya member!)




Wassalam




*{satu untuk UTP ke-40, satu lagi jadi buzzday boy, yang ketiga kerana 'berjaya' menyeperaiskan aku . . . he, he (ada ke perkataan tu ha?)}








kenangan indah di RUMANISSA

dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment